SETIANYA SI PENGUIN
Selamat bersua kembali...dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai keindahan, keistimewaan dan kebahagiaan hidup penguin. saya andaikan bahawa setiap orang di seantero dunia mampu mengenalpasti yang manakah makhluk ciptaan Yang Maha Esa merupakan seekor penguin. kalau tak kenal, inilah dia makhluk tersebut.
Fakta mengenai penguin...
Penguin merupakan haiwan akuatik dan spesis burung yang mempunyai tahap komunikasi yang paling tinggi berbanding spesis yang lain. spesis penguin yang terbesar adalah Emperor dan The King. tinggi penguin adalah 4kaki (1,2m). penguin mampu hidup selama 15 - 20 tahun dan beratnya adalah 40kg. setiap ekor penguin akan mengeluarkan bunyinya yang tersendiri sebagai tanda pengenalan. penguin hanya akan bertelur sebanyak dua atau sebiji sahaja. pemangsa terbesar dan paling merbahaya bagi penguin adalah singa laut. penguin sangat popular di seluruh dunia sehinggakan banyak perusahaan menggunakan nama PENGUIN sebagai jenamanya. hmmmm....kenapa ya??? mungkin kerana penguin merupakan salah satu haiwan yang sangat istimewa jika dibandingkan dengan haiwan-haiwan yang lain.
Inilah keistimewaan penguin...
Seandainya manusia (makhluk spesis homo sapiens) melakukan sesuatu perkara di luar tabii, masyarakat pasti akan berkata, "perangai macam binatang!" sebab apa? sebab orang telah meletakkan persepsi bahawa binatang ini adalah sejenis spesis yang buas - iaitu tidak mempunyai akal fikiran. samalah dengan manusia seandainya tidak menggunakan akal untuk membuat pertimbangan, tahap sama dengan haiwan.
tapi, spesis penguin ini lain pula ceritanya. mereka setia dalam perhubungan. penguin tidak seperti haiwan lain - si jantan akan meninggalkan si betina setelah mengawan yang kemudiannya hanya si betina akan menjaga anaknya. penguin jantan sangat setia terhadap pasangannya. si jantan tidak akan mencari pasangan yang lain malahan akan setia kepada si betina untuk selamanya.
Jika dilihat, bukankah penguin ini semuanya sama, sehinggakan kita tidak mampu mengecamnya. bagaimana si jantan dan si betina tahu itulah pasangannya??? sebenarnya, mereka mempunyai bunyi yang unik. apabila si betina mendarat, dia akan mengeluarkan bunyi untuk menjejaki si jantan. dan si jantan juga akan mengeluarkan bunyi bagi memaklumkan tempat dia berada. setelah itu, kebiasaannya penguin akan beralih ke tempat lain kerana pertukaran musim.
Bahagia kan mereka...sedangkan manusia pun tidak mampu melakukan kesetiaan sedemikian. lihat sahaja bagaimana si jantan mampu berkorban dan bersabar demi keluarganya. bukankah itu kualiti yang si dara tagihkan daripada si teruna? hmmm....
Kesedihan si penguin...
Bak kata pepatah melayu...'disangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari'. samalah dengan kisah si penguin ini. banyak juga penguin yang tidak berjaya menemukan pasangannya. kadangkala si jantan puas menanti, si betina tetap tidak kembali. apa yang terjadi??? pernah tak anda tengok bagaimana penguin mendarat? penguin akan memecut dari dasar laut dan terus melompat keluar di permukaan air terus mendarat dengan menggunakan perutnya (ala-ala macam meriam buluh la). dari dalam air, penguin tidak akan tahu apa ang ada di darat tersebut. jika nasib mereka baik, mereka akan mendarat dengan selamat. jika nasib mereka malang, mereka akan mendarat di dalam mulut singa laut yang menganga dengan luasnya menanti si mangsa.
Saya pernah lihat di kaca tv bagaimana si betina berusaha melepaskan diri dari mulut si mangsa dan akhirnya dia berjaya. dengan badan yang berlumuran darah, si betina mencari pasangannya. namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila pasangan tersebut bertemu, si jantan menunjukkan anaknya yang keras seperti ais - telah mati kesejukan. kasihnya si jantan, dia tidak pernah meninggalkan anak tersebut walaupun dia tahu si anak telah mati. dia tetap meletakkan si anak di bawah perutnya dan mengesot untuk berjalan. kebiasaannya, apabila si betina mendarat, si anak akan dijaga oleh si betina manakala si jantan pula akan memburu di dasar lautan. namun, apa yang terjadi kepada pasangan ini, si jantan tidak mahu menyerahkan si anak yang telah tidak bernyawa itu tadi walaupun puas si betina memujuknya.
Sayu hati saya melihat betapa si jantan itu sayang kepada si anak. bagaimana pula jika si betina tersebut terus dibaham oleh singa laut tersebut? mengikut kajian, jika situasi ini berlaku, si jantan akan mati juga. kenapa??? kerana si jantan tidak dapat bekalan makanan disebabkan dia tidak akan meninggalkan si anak sendirian. anda lihatlah sendiri bagaimana kasihnya si penguin.
No comments:
Post a Comment