Journey of Breasfeeding Furqan

Bismillahirahmanirrahim,

Selepas menamatkan study, akhirnya ada anak baharu iaitu Furqan. Pengalaman menyusukan anak kali ini tak sama berbanding Sudais kerana Sudais hanya menyusu badan selama 4bulan dan aku terbang ke Mesir. Ralatnya tak menyusukan banding rasa terkesan sampai sekarang. Dan Sudais menyusu susu formula sejak dari itu.

Aku tidak pernah menyalah kan susu formula itu. Susu sememangnya penting untuk anak-anak terutama adalah susu badan itu sendiri. Namun, tempoh study yang masih berbaki setahun, dengan di bebani kos hidup di Mesir di tambah dengan keadaan yang tinggal di Asrama RNSK, menjadikan aku tiada pilihan meninggalkan Sudais bersama abinya di Malysia.

Aku redha dan aku bersyukur. Meski susu badan masih banyak lagi dan sangat terseksa putus susu dengan anak sebab apabila anak tidak menyusu, jadi perjalanan yang hampir 10 jam ke Mesir dari KLIA terasa sangat terseksa dek bengkak susu.

Selama hampir dua minggu menahan bengkak susu. Apabila rasa dah tak tahan terpaksa perah guna manual atau pam susu dan buang. Anak jauh dan peluang untuk bagi susu badan sangatlah jauh. Terpaksa buang.

Oleh itu, apabila anak ku Furqan lahir, aku berazam menyusukan anak sampai cukup haul, 2 tahun. InsyaAllah.

Pengalaman Breast Feeding


1. Apabila menyusukan anak, secara automatik kita akan berasa lapar dan dahaga. Paling tak tahan adalah rasa haus yang keterlaluan. Apabila menyusukan anak, memarng cecair dari tubuh kita akan hilang dan kita pun rasa dahaga.

Suami memainkan peranan penting, pastikan sediakan bekalan air yang mencukupi buat ibu. Letak dekat dengan ibu supaya mudah untuk di capai.

2. Tak dapat di nafikan, menyusu akan menjadikan tulang pinggang sangatlah lenguh. Sebab kita akan menyusukan anak sambil berbaring, duduk dan sebagainya. Justeru, apabila menyusukan anak sambil duduk, cari tempat yang boleh bersandar.

Jika menyusukan anak secara baring, suami bolehlah menjadi sokongan kepada kita sewaktu berbaring. Memang benar, bila dah jadi mak-mak ni,waktu tidur akan sedikit terganngu, waktu makan menjadi sekejap, waktu mandi tak selesa dan paling kelakau nak buang air besar pun serba salah anak duk merengek meragam tak tentu pasal

3. Enam bulan yang pertama, anak akan bergantung sepenuhnya pada susu ibu. Justeru, penghasilan susu ibu sangatlah banyak pada waktu ini. Jika anda adalah ibu bekerja, bermulalah buat stok susu dalam peti ais.

Beli siap-siap pam susu. Bekas stril atau botol nak simpam susu. Pada hemat saya, beli bekas susu yang plastik. pakai buang. Saya guna jenama JAPLO. Bersih dan selamat.

4. Anak juga akan asyik menempal je dengan kita, sampai pergi mana-mana pun nak ikut. Banyakkan sabar dan kasih sayang. Fikir positif. Anak kecil ni tak lama mana. Esok dah dua tahun, dah rindu balik nak ada bayi.Hiihi.

5. Sokongan moral dan suami itu sangatlah penting selain dari motivasi dalaman diri kita sendiri. Berpeganglah prinsip dan suami banyakkan bersabar dengan isteri. Syukur alhamdulilah, suami saya memahami kenapa saya mahu menyusukan anak selama dua tahun. Memang jimat kos susu tin. Susu tin mahal tau.

Sebagai isteri, ingatlah bahawa menyusukan anak adalah pekerjaan yang mulia. Setiap kesussahan dan kesulitan pasti akan di ganti dengan pahala yang amat besar. InsyAALLAH.

6. Saya ibu yang bekerja. Jadi semasa saya perah susu di pejabat, pastikan ada bekas simpan susu seperti peti ais dan apabila nak pulang bekerja simpan susu dalam cooler bag. Sampai jer rumah, simpan dalam peti ais dan jangan lupa label.

# Saya tulis post ini bertujuan meningkatkan semangat dan menggalakkan kepada orang ramai penyususan susu ibu. Namun pun begitu, saya tidak pernah menyalahkan mana-mana ibu yang tak mampu menyusukan anak nya secara ekslusif. Kita ada bermacam macam sebab dan saya tidak pernah menyalahkan atau mengecam tindakan anak. Saya juga paham perasaan ibu yang tidak dapat susukan anaknya. Sudais sehingga usia tiga menyusu susu formula. Alhamdulilah, tetap sehat dan cerdik.

Sedikit motivasi penyusuan ibu secara ekslusif

Terdapat lapan ayat al-Quran yang membicarakan soal penyusuan ibu iaitu:

1. Surah al-Baqarah ayat 233


“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya...”.

2. Surah at-Talaq ayat 6


“... kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka
berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara
kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan
(sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan,
maka bolehlah perempuan lain menyusukannya”.

3. Surah an-Nisa’ ayat 23


“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu...”

4. Surah al-Qasas ayat 7


“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia, dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan
jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan
mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya
menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami”.

5. Surah al-Qasas ayat 12


“Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada
perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan
halnya itu), kakaknya berkata: “Mahukah, aku tunjukkan kamu
kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk
kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

6. Surah al-Hajj ayat 2


“Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan)
itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang
disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan
gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat
manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi
azab Allah amatlah berat, mengerikan”.

7. Surah al-Ahqaf ayat 15


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah
payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan…”

8. Surah Luqman ayat 14


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa
dua tahun)...”.


Dipetik dari: Kertas kerja AL-QURAN DAN SAINS BERBICARA MENGENAI SUSU IBU
oleh: Prof. Madya Dr. Farahwahida Mohd Yusof, Zilal Saari, Marwah Saari


http://h.usm.my/rakanbayi/index.php/bahan-bacaan/22-bicara-al-quran-tentang-penyusuan

Penghargaan

Telah ku dedikasikan entri ini khas buat semua ibu. Tidak kisah ibu breastfeeding atau susu formula. Aku sebagai ummi tidak pernah membezakan anak-anak yang susu badan atau formula.

 Terima kasih juga kepada suami yang menyokong penyusuan ini, memahami dan selalu sediakan keperluan peralatan walaupun saya tak pernah minta. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...