Semoga setiap hari yang indah akan berkekalan dan tiadak akan menghilang di sapa hari yang mendung dan kelam. Kita sentiasa mengharapkan pelangi di waktu petang tanpa mahu ribut petir melanda hidup kita. Tetapi tahukah kita, jika tiada ribut petir, kita tidak akan tahu apakah rasanya takut, kecewa dan gusar.
Allah itu selalu memberikan yang terbaik untuk kita di saat waktu yang tepat. Allah tak pernah memberikan benda yang sia-sia untuk kita. Kita sebagai manusia harus sentiasa positif dengan hikmah yang Allah beri.
Melayani atok-atok dan mak cik mak cik di sini, menjadikan jiwa aku lapang dan bahagia. Inilah terapi yang aku cari. Aku rindu uwan dan atok. Di saat mereka hidup, terlalu banyak kebaikan yang mereka curahkan kepada kami, semoga Allah meberi kasih sayang kepada mereka berdua. Kasihanilah mereka berdua di dalam kubur sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil dahulu. Amin.
Kasih ibu ayah tidak bertepi seperti lautan pantai yang luas tiada penghujung..Begitulah kasih uwan dan atok, SEMOGA TENANG DI SANA..AMINN
No comments:
Post a Comment