Kelahiran Furqan 1


Saja mahuku coretkan di sini sebagai kenangan manis. Semoga apa yang tercatat di blog ini mampu menjadi memori indah yang dapat di baca oleh anak-anakku.

Tanggal 17 Jun 2017,jam 5.17 petang,Sabtu Muhammad Furqan As Syazulie lahir di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Due date 19 Jun, apapun syukur alhamdulilah bersalin normal. 

Furqan sewaktu proses umi mengandung, memang tiada sebarang masalah. Berat maintain. Hb ok sahaja. Cuma, aku yang kurang berjalan ekoran tak larat dan sentiasa keletihan sebab menjaga Sudaisy yang sedang ligat perlu perhatian. Sudais sewaktu itu berusia 2 tahun 10 bulan.

Kadang-kadang aku beremosi juga dengan Sudaisy sebab terlampau aktif dan lasak. Tapi terkenang ini adalah waktu bersama bonding time sebelum anak lahir. Jadi, aku kuatkan hati dan banyakkan sabar dan berdoa.

Malam sebelumnya, Jumaat. 16hb Jun mak datang rumah. Jadi, di sebabkan ini adalah bulan puasa, dan tinggal sepuluh malam terakhir,bazar pun sampai lewat malam, suamiku menagajak aku ke bazar senawang.

seronok tak terkira bila berjalan sampai tak sedar dah jam dua pagi. Malam itu aku beli baju raya saiz xxl,jubah warna terqoise sebab nampak lawa walaupun besar dan expect mungkin lahirkan furqan semasa raya. Takdir Allah, berjalan banyak dan lama bila dah due memang mujarab cepat je rasa nak beranak. Hihi

jam 4 pagi bangun nak buang air kecil. Bila selesai,terlihat ada bendalir seakan warna hijau,tapi sebab tak pakai cermin mata, mata pun mengantuk. Aku pun sambung tido walaupun dalam hati rasa, eh nak beranak dah ke?

Jam enam pagi, rasa seakan dah ada contraction. Bangun nak solat subuh, tidur balik. tapi contraction dah datang selang satu jam. Sakitnya contraction! tak tahan sangat.

Jam lapan pagi, selesai mandi, siapkan sudaisy, siapkan peralatan nak bawa ke hospital. Sarapan terus supaya nanti ada kekuatan nak meneran dan aku pun dah tak berpuasa hari itu. Sampai HTJ, pergi kecemasan dan doktor h.o seluk dah 5cm. Doktor pakar check lagi sekali dan 6cm terus. Nama suami pun di panggil sebab suruh daftarkan aku di kaunter pendaftaran. Aku keluar tukar baju dan serah beg tangan, cincin,rantai kepada emak. Salam peluk cium sudais dan mak. tunggu suami datang dan akhirnya aku pun masuk bilik bersalin jam 11 pagi.

Pengalaman bilik bersalin HTJ sangatlah wonderful! Bilik bersalin yang sangat bersifat kondusif. Nurse yang baik hati. Doktor yang peramah. Ada juga yang nurse tak berapa nak murah senyum. Aku sangka baik. Mungkin penat berpuasa dan melayan patient. Bestnya HTJ lagi doktor yang mengendalikan adalah perempuan dan jika dapat Sister pun memang sister yang berpengalaman dan baik.

Suami masuk menemani aku sekitar jam satu petang sehinggalah jam 4 setengah petang. Contraction datang terasa sakit yang amat sangat. Memang mengandung itu seronok tapi sakit kontraksi sangat ngeri. Trauma sakit itu pasti akan datang bila terkenang kontraksi yang terlmapau sakit itu.

Aku meneran banyak kali sehingga nafas pendek-pendek dan terhenti-henti.Satu jam berlalu dan doktor memutuskan bahawa aku kena czer. Rasa terpenjat yang amat sangat. Suami yang dari tadi beri sokongan, angkatkan badan aku masa meneran, sokongan moral dan emosi,tangan kena genggam kuat-kuat terpancar sedikit rasa kecewa bila dengar aku kena czer. Aku kuatkan semangat bila lihat muka dia yang gloomy. Aku tak pasti apa ada dalam fikirannya tapi aku masa itu menggigil yang teramat sangat.

Teringat semua dosa-dosa yang lalu. Paling menakutkan apabila terfikir adakah hari ini aku bakal menemui ilahi? Iya, sangat takut. Kontraksi yang masih ada, aku kuatkan hati teran lagi tapi nurse cakap bayi berada di atas walaupun dah 10cm. Tersekat di pintu. Nurse tolak dan urut perut tapi bayi masih lagi tinggi. Tambah kuat kepada czer sebab bayi macam dah berak dalam dan ketuban warna hijau.

Aku di suruh menandatangani surat yang satu butir apa pun aku tak tahu. Yang pasti cermin mata aku dah tiada, baju dah tukar baju masuk bilik bedah, suami pun dah tanda tangan surat czer. Sampai di OT, semua doktor dan nurse buat persiapan untuk operate aku. Lampu pun atas kepala, aircond yang terlampau sejuk sampai menggigil menggeletar dalam hati macam tak percaya kena czer. Macam nak menjerit tak nakkkkkkk  czerrrr..Aku kontraksi lagi.

Kali ini, doktor bagi last percubaan. " Puan ada kontraksi lagi ni..cuba kali terakhir..jika memang xberjaya..kita bedah.."
Aku tarik nafas sedalam-dalamnya dan sepanjang-panjangnya, akub teran sekuat hati,akhirnya keluar kepala furqan.

Teran kali kedua dan Furqan lahir. Mengalir airmata bila Furqan dah lahir dengan normal. Tak perlu czer lagi. Syukur alhamdulilah. Tapi, mAsalah yang lain pula datang.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...