Hadiah


Bismillahirahmanirahim,

Setinggi-tinggi ucapan syukur ku panjatkan kepada Allah SWT atas segala ujian yang memberi peluang buat kami sekeluarga. Alhamdulilah.

Jumaat,22 Dis, berakhirnya penantian suami yang kehilangan pekerjaan. Allah itu Maha mendengar DOA. Allah menjawab permintaan kami melalui jawapan SPA. Suami mendapat pekerjaan selepas hampir 2 bulan bercuti panjang. Iya, Allah tidak pernah menzalimi hamba, bahkan hambaNya selalu menzalimi diri sendiri.

Aku bersyukur atas segala limpah nikmat dan rahmat.Alhamdulilah. Kami bermula dari bawah sekali lagi akan tetapi orang islam tidak akan terjatuh pada lubang yang sama dua kali. Semoga pengalaman yang lepas mematangkan diri kami agar jangan mudah percaya pada kawan, dan lebih bersikap berhati-hati.

Namun, aku puji sikap suami yang selalu membantu orang lain walaupun dirinya selalu di ambil kesempatan oleh rakan sendiri. Allah tahu dan Maha Mengetahui. Biarlah Allah sahaja yang membalas pahala dan dosa. Kami redha, Ya Allah.

Sebenarnya, penguat yang terkuat adalah pasti emak. Jika emak tiada pasti kami akan lumpuh sehabis daya. Maklah yang memberi bantuan sokongan dan dorongan sabar dan tabah. Sokongan kewangan. Sokongan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Sokongan moral kerana tanpa semua sokongan ini pasti kami takkan bangkit dari kesusahan yang menyakitkan ini.

Semoga Allah memberi sebaik ganjaran pada emak dan ayah. Amin.

Aku sebagai isteri, sangatlah gembira dan bahagia. Aku lihat ada sinar bahagia pada wajah suamiku. Ada riang di hatinya meski selalunya wajah murung dan kusam sahaja. Menitis air mata ini apabila suami peroleh pekerjaan yang di hajati. Alhamdulilah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...