Raya haji sudah berakhir, sekarang sudah pertengahan oktober, dan tentu ramai sudah para pelajar akan pulang ke Mesir kembali.
Rasanya sekarang sudah masuk musim sejuk, mungkin cuaca masih panas tapi angin sudah bertiup sejuk. Mesti ramai yang akan ke Mall untuk beli baju sejuk yang baharu dan cantik.
Jika di turutkan hati, sekarang juga mahu pulang. Segala permasalahan dan belenggu akan hilang sekelip mata. Namun, jika kita lari dari masalah, masalah akan lama kelamaan menjumpai kita kembali, justeru selesaikan masalah dan hadapi masalah dengan berani dan tenang.
Orang yang lari daripada masalah hanya akan menjumpai jalan mati dan akhirnya hidup dalam keadaan tidak tenang. Mahukah kita hidup tak tenang, gelisah dan di selubungi bimbang?
***************************************************
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah: 214)
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah
beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)
Bila kembali kepada jalan Allah, hati yang gelisah menjadi tenang.
Hati yang layu menjadi segar,
Hati yang mati menjadi hidup.
Mengapakah kita perlu berkeluh kesah dengan ujian yang menimpa hidup kita? Tahukah kita bahawa nabi ulul azmi yang lima sangat hebat di uji oleh Allah? Diseksa oleh kaum yang jahil akan agama, sehinggakan bilangan orang yang beriman yang mahu menyertai nabi hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan kafir laknatulah.
Tapi..siapakah nabi ulul azmi yang lima..?
Baginda adalah:
Nabi Nuh
Nabi Isa
Nabi Musa
Nabi Ibrahim
Nabi Muhammad.
Tapi, aku bukan nabi...aku manusia yang lemah..
Memang betul, kita ini manusia yang lemah, tapi sedarkah kita nabi itu juga walau sehebat-hebat utusan, baginda juga adalah manusia seperti kita? Jika nabi boleh bersabar dalam sebarang musibah dan ujian mengapa tidak kita?
Jika nabi di ejek dan di lempar tahi oleh kaumnya, kita hanya di marah ibubapa barangkali kerana tidak mengerjakan solat mengikut waktu yang tepat sudah merajuk membawa diri. Tak malukah kita pada nabi? Tak malukah?
Ohh...
Konon-konon kita ini pelajar sekolah agama, kita mesti sentiasa baik konon-konon di depan orang ramai.
Mest pakai tudung labuh dan berjubah serban agar kita lebih di hormati oleh masyarakat. Kita ego bila ditanya soal jawab agama, konon-konon itu bidang kita, bila ditanya kita dengan yakin memberi fatwa sedangkan kita ini jahil lagi..
Bila di minta dalil atas pandangan ulama mufti,kita silap. Tapi bila bercakap, konon-konon itulah fatwa terbaik yang kita tahu. Itulah silap besar kita menjadi pelajar sekolah agama.
Ego.
Bukankah dulu masa di suruh belajar bersungguh-sungguh ilmu hadis dan al quran, kita duk sibuk bercinta tak ingat dunia?
Bila ilmu di uji dengan masyarakat, kita mula lupa diri. Kita berasa kita seorang yang tahu sedangkan keluarga kita pun sebenarnya kita terlupa nak dakwah.
Bukankah dulu masa Edadi satu, ustzah dah ajar, hadis 40, hadis yang pertama pasal niat? Semua seseuatu perbuatan akan dihitung dengan bergantung kepada niat. Jika baik niatnya, maka dapatlah pahala dan kebaikan. Jika buruk, maka buruklah jawabnya.
Oh, terlupa ya?
Dari Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar Ibnul-Khattab ra. katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
Sesungguhnya setiap Amal itu (bergantung) dengan Niat, dan sesungguhnya setiap orang itu dengan apa yg dia niatkan. Barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka dia berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya.
Barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia dan segala habuannya, atau kerana perempuan untuk dinikahi : maka hijrahnya kepada apa yg dia hendak berhijrah kepadanya.
(Hadis Soheh, Muttafaqun’alaih)
Setiap hari adalah hari muhasabah diri, tanyalah betapa banyak amalan yang kita buat sebelum ini tanpa niat yang baik? Tepuk dada, tanya iman..*********************************
Dan aku pun terdiam menghitung hari. Mengira detik-detik waktu hidup yang tersisa. Masihkah sempat untuk aku memperdalami ilmu agama sedangkan masa hanya terisi dengan hiburan dunia yang lalai.
Bila nak berubah je, ada je anasir jahat datang ganngu, oh, iman tdak kuat lagi..
Allahuuuuuuuuuuuuuuu. Yusaiduniiiiiiiiii, ana doifah wa ana asimah ilaika. Allahu, igfirli zunubi, La ila ha ilauwah, Muhammad rasullullah.
Nah ayat-ayat cinta buat ubat hati :
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(at-Taghaabun: 11)
Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(Taha: 131)
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
(Al-Fajr: 14-17)
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
(Az-Zumar: 49)
great entry
ReplyDelete