Saat ini..




Saat ini, aku merasa sangat bersyukur kerana aku hidup dalam keadaan masih lagi memiliki sebuah keluarga..walaupun, asasnya, setiap keluarga memiliki seorang ibu dan ayah, keluarga aku tidak begitu. Keluarga aku terdiri daripada seorang emak, aku, dan dua orang adik beradikku..wan dan atok..ayahku? wallahualam. Aku tidak punya jawapan untuk soalan itu jika seandainya disoal..


 Namaku Nurzaleha, seorang remaja yang ketandusan nilai belaian seorang ayah, tapi cukup kaya dengan limpahan kasih sayang dan rahmat tuhan. Aku sangat2 bersyukur apabila setiap kali pagi raya, aku masih punya ibu untuk disalami tangannya dan memohon meminta ampun. Alhamdulilah. Thanks ALLAH!

Cuma, ada saat, perasaan rindu menggigit tangkai hatiku..apa tidaknya, melihat kepada kawan2 yang mempunyai seorang ayah untuk dikongsi segala suka, duka dan nestapa membuatkan aku sangat2 mencemburui mereka!  Jika di asrama, hampir setiap minggu, halaman aspuri dan taman hamzah pasti kan dipenuhi penjaga dan ibu bapa..aku hanya memandang dengan taruhan harapan..moge2 ayah akan datang melawat..tapi itu tak mungkin:(


 Mengapa yea, aku tetibe bercerita tentang ayah? sebab, mungkin ingatanku padanya memang x pernah luput..tambah lagi, baru2 ni, aku membace surat khabar..majoritinya, kes melibatkan orang tua yang ditinggalkan di jalanan..ade kes tu, dengar dalam berite terkini tv3, seorang anak tinggalkan ayah dia dekat hospital sebab dah x tahan nak biaya kos cuci darah akibat sakit pinggang.. Ya Allah, sayunya hati ni, melihat raut wajah yang tua, lagi x berdaya, ditinggalkan sang anak..terpana-pana sang ayah menanti si anak menjemput.. sangat menyentuh hatiku..

Tu kes di hospital..di jalan?Arh, betapa malangnya kepada anak yang membuang ayahandanya di jalanan. Dibiarkan orang tuanya berkeliaran semacam anjing kurap di jalanan..apa, tidak ada perasaankah mereka, apabila melihat orang yang telah bersusah payah menjaga, membelai, memberi makan dan pakai, menyisir rambut sewaktu sedang  kita sibuk bersiap ke sekolah berkelana macam orang tidak tahu arah tuju di  jalanan..

Mengapakah kita sebagai manusia tidak pernah merasa puas dengan segala nikmat kurniaan dan kasih sayang tuhan kepada kita..mengapa? soalan ini acapkali ku soalkan pada diri..entah sampai bila kita akan sedar dengan rahmat Ilahi yang sangat melimpah ruah pada diri kita..ALLAHUAKBAR! Tak sedarkah mereka, ade ramai sangat insan yang tak de ayah dan nak sangat ade ayah..tapi, orang yang ade ayah..sia-siakan je ayah mereka..entah dimana, hati mereka, ntahla..


Entah mengapa, sejak umurku meningkat dewasa, aku asyik terfikirkan soal ayah..hidupkah dia, atau sudah pergi dijemput ilahi? Namun, gerak hatiku kuat mengatakan, ayah masih hidup..aku berharap sangat sebelum aku menjejakkan kaki ke mesir,( jika ade rezeki ke sana), aku dapat berjumpa dengannya..amin.

Pernah juga,suatu hari, Cg Mohamad, menawarkan khidmat untuk membantu, tapi..aku hanya menjawab sekadarnya..baik sungguh hati cikgu ingin membantuku melaksana impian jejak2 mimpi, Namun aku hanya berserah pada ilahi..aku bertawakal, aku serahkan segalanya kepadaMu. Aku redha  menerima caturan takdirku begini…setiap yang berlaku ade hikmahnya..bagi kami, hidup mesti diteruskan..:)


Akan ku cuba buktikan pada masyarakat, yang tak semua institusi kekeluargaan yang bercerai ibubapanya, atau berpisah atau sebagainya, hidup x berjaya..aku ingin mengubah paradigma pemikiran masyarakat bahawa anak yang tak berbapa juga bloeh bahagia, kaya dan berjaya..amin! aku juga ingin membantu anak-anak yang keluarganya berpendapatan rendah agar berjaya akhlak dan akademik.

Aku tak rela, nasib anak-anak yang macam aku, selalu dipandang rendah dan diperlekehkan..sungguh, hidup dalam suasana diperlekehkan orang lain memang menderita..tapi hati, emosi sume kena cekal :) redah je, biarkanla pe orang nak cakap, yang penting aku dan keluarga bahagia:) selagi pe yang kami buat tak menyusahkan orang lain, itu dah cukup bahagia dah hidup kami:)


Okla, mata dah letih sangat..moge perkongsian cerita ini mampu menjadi iktibar pada yang membacenya..kepada ayahku, pulanglah, akak sangat merinduimu..kepada yang bakal menjadi ayah, hargailah anak2 dan keluarga anda..kepada sang anak, hargailah ibubapa anda selagi mereka masih ada..tanpa ibubapa, siapalah KITA! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...