Salam Maal Hijrah

 Selamat datang tahun 2011, selamat pergi tak kembali tahun 2010! 

Ketibaan Januari 2011 kali ini ku sambut dengan penuh ceria tapi bersederhana. Hadirnya, ia menandakan akan ada pelbagai lampiran misi baharu untukku capai sepanjang tahun 2011! Semoga dengan impian yang menggunung, disertai dengan usaha yang gigih serta tawakal penuh pengharapan pada ALLAH..misi dan azam  yang ditulis, diharapkan akan mudah diperoleh dan mampu di capai. amin, insyaallah,:)




Sebagaimana orang lain, diri ini juga memiliki azam yang baharu. ada juga azamku yang tak tercapai tahun lepas, ku bawa kembali pada tahun ini..moga dengan usaha yang berterusan, diri ini bisa mencapai sume target yang sudah ku tulis. moga ia , menjadi satu kejayaan bermakna buat diriku.

Tahun lepas, dari seratus target yangku tulis, sudah hampir separuh yang ku capai..alhamdulilah..laptop. telefon bimbit, buku2 pelajaran semuanya sudah ku capai..alhamdulilah..namun, ada juga yang tidak mampu ku peroleh, sebagai misal..hasrat untuk menjejak kaki ke pulau pinang telah terlaksana..alhamdulilah..namun, untuk menjejak ayah disana, misi aku masih belum terlaksana..lantaran musim hujan, ia telah menyebabkan perjalanan aku ke bukit mertajam telah tergendala..dan aku pasrah dan reda..

Kenapa pulau pinang? sebab disanalah my home town! My father home town..Bukit Mertajam, Pulau Pinang..:) sudah lebih kurang tiga belas tahun tidak menjejakkan kaki ke Pulau Pinang, sungguh perasaan sayu, sedih, hina, gembira saling kunjung- mengunjung di dalam sukma hati.  gembire sebab, aku dapat menjejakkan kaki ke Pulau Pinang..sedih, sebab misi mencari ayah x berjaya:(

Rindunya aku pada ayah!  lamanye menghilang, sudah lupakah dia pada kami? pelbagai soalan mula timbul dalam benak fikiranku..namun, sepanjang aku hidup bersama mak, wan dan atok di felda, aku belajar banyak perkara..tiada ayah bemakna, hidup kami sering dirundum kepayahan dan kesusahan..tiada ayah juga bermakna, mak terpaksa sibuk mencari secicip nafkah buat 3 orang anak-anaknya..

tiada ayah juga, menyebabkan mak menjadi tempat kami 3 beradik menumpang kasih ayah..dialah mak..dialah ayah..maklah tempat, aku melampiaskan semua perasaan.maklah tempat aku mengadu kisah insan2 yang suka membuli aku..maklah tempat aku menyatakan hasrat hati..maklah segala-galanye, selepas ALLAH..

Biarlah, itu sume kisah lama..kisah yang tak perlu untuk aku kisahkan..cukuplah, ia sekadar menjadi renungan yang bermakna buat diriku dan penghayatan yang abadi buat kami sekeluarga..moga tahun ini, aku berjaya menjejak kesan insan yang bernama ayah..moga aku juga berjaya menjejakkan kaki ke bumi Kinanah..amin..moga memperoleh mumtaz bersame kawan2..amin.

aku juga berharap, misiku 2011 tercapai.amin! :) insyaaallah:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...