Lelaki gemar melihat seorang wanita
Salam perkongsian. Salam Sukses. salam sejahtera..pagi ni, Cik Qalam nak share ilmu yg Cik Qalam
peroleh di Fbook kawan..bace2 lah yea n renung2 kan..:) Moga kita semua berlapang dada coz ini perkongsian yang berharga buat seorangb insan yang bergelar WANITA..:) SAYA DAN ANDA:)
..Malam pasangannya siang,
..Jaga pasangannya tidur,
..Rajin pasangannya malas,
..Dan lelaki pasangannya perempuan.
..Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
--Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
--Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
--Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
--Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintahAllah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
--Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
--Simbol apa ???, semua orang tahu.
--Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jikatidak dikawal dengan iman.
--Maka mata lelaki ini selalu menjalarapabila terlihat seorang perempuan.
--Setiap bentuk badan seorangperempuan boleh dihayati oleh seorang lelakidengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
--Apabila seorang lelaki terlihat seorangperempuan, maka perkara pertama yang akandilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
--Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara olehseorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
--Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
--Apabila rambut wanita itu telah ditutup, makamata lelaki itu akan turun ke bawah melihatbentuk lehernya,maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
--Maka mata lelaki itu akan turun lagimelihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
--Setelah itu mata lelaki akanturun lagi melihatbentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentukpehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akanbentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besarsedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?
--Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampakakan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelakiitu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkantudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
--Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jikakamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
--Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.
--Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu matalelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jikaia terlihat warna yang menyerlah atau terangjika ianya berada pada perempuan.
--Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah janganmemakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
--Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
:.__Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulahpula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah denganmahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agartidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pulajanganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah, ”Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu”.
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT__.:
..Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
..Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
..Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment