Salam Perantau


Assalamualaikum dan Salam ceria:)
Buat bondaku tercinta,
Pn Zaidah Bt Hj Udin,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Maaf zahir dan batin.
Tahun ni,nampaknya tak beraya di Malaysia,maafkan akak mak,sebab tak dapat nak tolong buat rendang,tumbuk kerisik,goreng kacang,n tolong siapkan bahan2 memasak juadah hari raya:( Masak sedap2 tau,jangan marah2.huhhuuuh:)
Kepada Nabirah adikku,padan muka kena tolong buat kerje:P hehhehe.Maaf gurau je.jgn marah.nanti cepat tua:) Belajar rerajin,raya2 jugak,tapi studi jgn lupe,jgn bnyak stado tau.huhhuuhu. Nanti nak SPM DA,9A+ TAU:) AMIN.

Untuk Mohd Nazmi,jgn leka sgt dgn game,tahun depan  nak SPM,jgn gaduh2 ngan kak Birah tau.Sorilah atas segalanya.Gud Luck!:)
Untuk seluruh ahli keluargaku, Selamat Hari Raya:) Maaf zahir n batin!
Tak kan pernahku lupakan juga, buat tunangku,Zul Aimin,diri ini tahu,setiap apa yang ditulis di blog ini,akan dibaca olehmu.Maka,di kesempatan ini, Salam Hari Raya,maaf zahir n batin di ucapkan.Moga segala khilafku dimaafkan,maafkan saya jugaatas segala kontroversi yang timbul, dan juga pelbagai masalah yang tercetus disini angkara sikap degilku,maafkan saya atas segalanya:(

Walaupun semuanya jauh dimata,tapi Semuanya dekat di hati:)
Untuk kawan2 di Malaysia,Morocco,Jordan,Maahad,Fatin Syahira,Afiqah Nadzirah,Zafreena,Nabilah Syazana,Raihana,Rabiatul,Ain Najihah dan semuanya:) Selamat Hari raya,ingat daku dalam doamu:)

Hadoi.dah macam perutusan raya yang di pertuan agong pulak panjang2 macam ni.hehhehe.Tapi sebenarnya,ini kali pertama,raya di perantauan.Mana sama dengan raya di Malaysia.Tapi walau apa pun,hidup perlu diteruskan kan?Di mesir,tidak dapat ku nafikan,sambutan aidil adha sangtlah meriah.Sampaikan,kami pelajar Azhar diberi cuti seminggu:)Huhuhu.Tapi tetap tak sama suasana di Malysia.Yelah,walaupun hujan emas ditempat orang,tetap juga nak merasa hujan  batu kat tempat sendiri.Tu jugakla yang akan dikenang2:(
Jika nak di ceritakan, hidup kat sini memang tak samalah cam Malysia.Kedatangan bulan ini sangatlah meriah sambutannya.Cam raya aidil adha.Malam2 orang arab akan pasang bunga api yang macam kat KLCC.Canggih tau.Teringat kat rumah depan,asal raya je huiyo,banyak gile bunga api.Meriah sungguh:)Agak2nya ada tak lagi tahun ni?Emm,:(

Okla,keadaan kat sini pula,sepanjang awal bulan Zulhijjah ini,kebanyakkan arab mesir akan bermula puasa sejak dari awal zulhijjah hinggalah ke hari arafah.Kiranya,sepanjang sepuluh hari zulhijjah yang terawal ni memang sangat meriah dengan puasa.

Sampaikan,Cafe di Azhar menjadi lenggang dek kerana ramainya pelajar yang berpuasa.Kedengaran disana sini pertanyaan anti soimah? yang bermaksud kau pose tak? Nak koba kat sini,sangat2 lah meriah kedatangan bulan ini.Sampaikan jika tak puasa pada bulan ni cam aib kat orang arab.Bayangkan tu arab Mesir,kita?Em,muhasabah alik ye:( Bila raya bertandang,maka solat aidil adha akan bermula awal sangt,selepas subuh je dah solat.Then,taman2 bunga penuh dengan keluarga arab yang berkelah.Kiranya macam nak erat hubungan silaturahim la:) Macam kita Malaysia,bertandang kerumah masing2,tapi kat sini tak,orang arab akan berkumpul kat taman,sambil duduk bersantai dengan semua family besar:) best kot:p

Berbeza di Malaysia,tamat sahaja solat aidil adha,tak sempat khutbah,ramai dah cabut lari.Tak sempat2 nak makan rendang,lemang.Padahal,semua juadah tu tak lari pun.Huhuuhu.:) Tapi kat sini,semua masjid akan penuh dari awal sampai abiz.Kemudian,binatang korban akan disembelih dihadapan rumah masing2,maka banyaklah darah2 binatang mengalir.Bak kata pelajar Mesir yang dah lama.Mesir ni hujan nya dari bawah bukan dari atas.
Maksudnya,segala air yang mengalir di jalan2 akan bertakung dan banyak sangtlah ada kat jalan.Bila nak jalan pun,ia jadi lecak.Dek kerana banyaknya air n air tu pun tak tau nak pergi mana,coz kat sini tak de longkang.huhhuuh.Maka,tak lama kemudian,air2 tersebut akan tersejat dek hawa sini yang panas:)

Seterusnya,jika sambutan di rumah negeri pula,maka kami akan berpuasa sehari sebelum raya.Puasa arafah namanya,kemudian,semua ustazah diberikan kumpulan untuk membuat kuih muih buat juadah berbuka puasa dan juadah hari raya. Untuk saya,huhuuhu,inilah pengajaran. Agak2 jka sesapa datang nak belajar luar negara,maka pergilah berguru dengan bonda sekalian,terutama dalam buat kuih.untung tau coz nanti dapat makan n buat kuih yang kita suke!:)

Cik Leha,kena buat kuih karipap n kuih tiram.Mak,akak dah tau buat kuih lidah buaya!huhuhu.jangan jelez tau kak birah:P Tentang karipap ini, saya tau sangat ada orang yang suka sangt kuih ini:)

Walau apapun,nak rendang ke,kuah kacang ke lemang ke.Memang jangan mimpilah.Tapi boleh je buat juka ade bahan2 yang bersesuaian.Tapi memandangkan kat sini tak de buluh,santan,jadi lemang tak dapat nak buat n rendang pun same:( rindu sume makanan Malaysia:(  Then,lepas asar ada tadarus quran n khatam quran.Berbuka puasa bersama-sama dan bertakbir selepas solat.:)

Tak sangka,akhirnya,dah 19 tahun umurku,macam tak percaya,dah besar dan makin kena matang untuk hadapi pelbagai perkara. Tak tahu lagi,masih ada lagi ke tak kesempatan lagi untuk beraya pada tahun hadapan coz kita tak tahu kan masa yang berjalan sangatlahh pantas dan ajal pun bila2 sahaja bleh datang menjemput kita. Tahun ini,berbagai perkara yang terjadi merubah segala pendirianku,sikapku, agar jadi lebih matang dan terus maju!
Insyaallah.

Oh yea,dah lalut dah,huhuhu.Yang seronoknya,rumah negeri  korban 6 ekor kambing.Wah.wah,bagi yang ingin membersihkan harta,berkongsi rasa korban harta,jiwa yang sebenar,mari korban sama2 dalam bulan ini.eh salah,jomm korban pada hari raya ini dan hari tasyrik ini,Moga ibadah korban kita yang ikhlas akan diterima ALLAH.

Teringat kata kawanku dari rumah Wilayah Persekutuan. Tiba-tiba dia bertanya pendapatku bagaimana jika dia mahu berkorban.Jawapanku positif.Korbanlah sekiranya harta kau cukup coz kita sebenarnya dah cukup syarat pun nak berkorban.Lantas,aku jadi kagum dengan sikapnya,kenapa? coz datang sini bukan senang,dia datang dah la persendirian,tapi tetap juga mahu berkorban,aku yang pelajar tajaan ni pun napelah tak berfikir sampai cam tu sekali? rugi-rugi..Tahun pertama dah berkorban harta untuk memeriahkan lagi raya aidil adha ini.Moga ibadah yang kita lakukan seperti berkorban,berpuasa,berzikir etc di terima ALLAH. Sebagaimana ALLAH menerima pengorbanan Nabi Ibrahim yang hampir2 sahaja menyembelih Nabi Ismail kerana betul2 mempunyai nilai ketakwaan yang sangt tinggi padaNya.

Ya Allah masuklah,aku dan ahli keluargaku dalam kalangan orang-orang yang suka berkorban harta,masa,etc untuk menginfak di JalanMU
Amin.

Sekian,terima kasih kerana membaca:) Salam rindu buat mak,adik2,wan n atok,dan anda :)
Wasalam.

Pemergianmu sangat dirasai!


Assalamualaikum,
Selamat pagi orang malaysia:')
Semoga baik-baik sahaja hendakNya,
Buat ibuku dan seluruh ahli keluargaku,
Moga kalian sihat semuanya,
Insyaallah,
Tak kan pernah sekalipun terlupa buat tunangku,
Zul Aimin B.Hj Zakaria,
Moga dirimu sentiasa tabah melayari pelbagai bentuk 
dugaan dan cabaran,
Insyaallah.
Amin.
Entri kali ini ku tujukan khas buat arwah Ustazah Khairah Bte Hariz,
Yang merupakan antara guru-guru yang sangat aku rapat
di Maahad Ahmadi,Gemencheh.
Al-Fatihah.

Tanggal 1 November 2011,
seawal jam 8.00 pg,waktu Malaysia,
Seluruh jagat raya alam semesta,
terasa sebuah kehilangan,
Apatah lagi,
kehilangan itu turut dan pasti sangat dirasai,
oleh para pelajar atau bekas pelajar,
di Maahad Ahmadi,
Iaitu,
Pulangnya seorang insan yang sangat penting dan bermakna dalam hidup semua pelajar dan guru-guru di bumi tarbiyah,
seorang guru HEM,
Guru cemerlang Bahasa Arab PMR dan SPM,
Ustazah Khairah Binti Hariz!

Perginya beliau ke rahmatullah,
Baru sahaja aku ketahui,
Seawal jam 5.25 pagi di bumi anbiya' ini,
menerusi tunangku,
Sungguh,aku terpaku tak berdaya,
termenung di birai katil,
terpisat-pisat dengan kata-kata yangku baca di skrin handphone,
....ustzah khairah dah meninggal..
aku terus di selubungi rasa terkilan,
sedih,
terkilan,
kecewa,
sebak,
Kesemuanya bersatu!
Lantas mutiara suci turun membanjiri tubir mata,
Sebak hati Allah sahaja yang tahu.

Aku yakin,
Bukan aku sahaja yang rasa begitu,
Tapi seisi alam turut merasakan pemergian beliau yang sangat-sangat
cepat dan mengejutkan kami,
Aku selaku anak didiknya,
Ustazah tiada galang gantinya,
Dialah ustazah yang telah membukakan jalan kejayaan buatku,
Membantu saat aku menghadapi kesukaran dan kepayahan dalam melunaskan yuran sekolah,
Memberiku semangat dan nasihat sangat aku tertewas dan kecundang dalam pelajaran dan emosi,
Memberiku bantuan makanan dan kewangan,
Semenjak aku mula bertatih dibumi tarbiyah,
Sehingalah kini aku sudah berada di bumi anbiya',
Nasihatnya,bagaikan terngiang-ngiang di cuping telingaku,
Masih teringat lagi kata-kata ustazah,
..JANGAN BELAJAR SEKERAT JALAN!..

Kemudian,
Saat aku terkeliru memilih tawaran pelajaran,
Sama ada ingin berada di UIAM,atau Maktab, atau Mesir,
Lantas ustazah memberi jawapan,
Tutup mata sahaja pada surat tawaran maktab,begitu juga uiam,
Pergilah mesir,
Jadilah orang mesir!
Disana kamu akan menghadapi situasi hidup yang sebenar,
Lagipun kamu sudah bersusah payah sehingga STAM,
Mengapa mahu membazirkan peluang untuk terus melanjutkan pelajaran ke Mesir?

Ah..nampaknya aku makin tenggelam dengan emosi diri,
Semakin lama,semakin segar pula kenangan aku bersama ustazah,
Sungguh,segala kenangan aku bersamanya akan kekal dalam lubuk hatiku..
Saat aku cuti pengal juga dahulu,
 Rumah ustazah menjadi destinasiku,
Walaupun aku tinggal di asrama,
Namun,saat cuti,aku sanggup balik ke rumah sekejap dan saki bakinya cuti,
Aku habiskan belajar dirumah ustazah,
Kerana aku tahu,
saat aku dirumah,aku lebih banyak tido dan membuang masa,
Jika dirumah,mak yang jaga makan pakaiku,
Tapi...dirumahnya..
Ustzahlah yang menjaga makan pakaiku,walaupun hakikatnya,
aku sudah pun di tingkatan lima ..
ustzahlah yang menjadi tempat aku mengadu,
saat aku mempunyai masalah,
saat aku cerewat dalam makan,
ustzah jugalah yang memasak untukku,
meski,ustzah makan roti,
aku pula mengada tak nak roti,
tetap nak nasi dan juga makanan berkuah,
Ustazah sanggup masakkan..
sampaikan ustazah pernah pesan,
..sok,bila berada di mesir,
kamu kena jadi orang mesir zaleha,
kat sanalah kamu kena belajar makan makanan arab,
makan buah yang Allah sebut dalam alquran,
jangan nak makan nasi je,
rugi kamu zaleha!
tak baik tak suka buah -buahan yang disebut dalm quran,
kurma,zaitun,delima,tin,
semuanya berkhasiat,sebab tulah disebut didalam kitab suci,

Alhamdulilah,
saat aku tiba disini,
perutku sudah sebati dengan buah zaitun,roti,
ustzah yang ajar makan buah zaitun,
ustzah yang ajar aku bagaimana mahu berkomunikasi,
ustzah yang menjadi punca aku suka belajar bahasa arab,
Ustzahlah ibu kedua selepas makku tersayang!
Aku terlamapu sayang ustazah,
aku yakin,
semua sangat menyayangi ustazah..
mesti aku sangat terkilan,
kerana aku tak dapat nak telefon ustazah lantaran nombor telefon ustazah yang sudah pun betukar,
aku redha,
untuk mengucapkan redha bukan hakikat yang mudah,
meski mulut senang menuturkan,
tapi hati?
payah sekali mahu memerima hakikat kehilangan ini.
aku sayang ustazah sangat!
Yang pergi tetap akan pergi,
perginya tak kembali,
kita yang masih hidup masih lagi perlu meneruskan perjuangan!
DaripadaNya kita datang dan kepadanya kita kembali.

Sudah sampai masanya,
Tuan punya barang mengambil barangnya kembali,
Siapalah kita untuk menghalangnya?
Kita adalah insan yang biasa dan penuh noda dosa,
Ya Allah kau tempatkanlah ustazah  dan bonda tunangku,
Pn Maliah Binti Udin,
dalam kalangan  orang-orang yang beriman.
Amin.

Alfatihah.
 

Kata Abu Bakar..


Manusia itu terbentang 6 persimpangan.

Sesungguhnya iblis bediri di depanmu,

Jiwa disebelah kananmu,

Nafsu disebelah kirimu,

Dunia disebelah belakangmu,

Dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu,

Sedangkan ALLAH diatasmu,

Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama,

Jiwa mengajakmu ke arah maksiat,

Nafsu mengajakmu memenuhi syahwat,

Dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat,

Dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa,
 
Dan ALLAH,mengajakmu masuk syurga serta mendapat 
keampunanNya..

*Ya ALLAH,ampunkan dosa diriku,kedua ibubapaku,adik beradikku,keluargaku,dosa saudara maraku,dosa dia,dosa kami semua.amin.



 

Kesusasteraan Bahasa Arab?


Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum,
First of all,
Alhamdulilah.
:)

1)Coz masih lagi hidup dan bernafas dalam suasana yang aman bahagia dan sentosa.
2) Zaleha dah temui JAWAPAN,bukan ALASAN!
3)Masih lagi dapat menaip entri dan diberi idea untuk mengupdated blog comel ini
:P
OK,nape bahasa arab menjadi tajuk bualan kita dalam entri ini?
Jika di soal,adakah anda suka bahasa arab dan berikan alasan maka,
ada beberapa pilihan jawapan yang bakal kita temui,
a) Saya suka bahasa arab kerana ia adalah bahasa alquran dan bahasa nabi.
b) Saya suka kerana ia adalah bahasa ahli syurga.
c) Saya tidak suka kerana ia merupakan bahasa yang sangat payah dan memeningkan.
d) Saya tidak suka keraana belajar bahasa arab bosan.

Macam-macam jawapan yang kita akan peroleh. Namun ketahuilah belajar bahasa arab adalah sesuatu perkara yang menyeronokkan.Insyaallah.Selain kita dapat memahami bacaan dalam solat,kita dapat menghayati solat agar lebih khusuk lagi.Tambah menarik,kita lebih dekat untuk memahami dan mengetahui rahsia yang berada didalam alquran.Insyaalah.

Saya sendiri sebagai penuntut ilmu di Al Azhar,Mesir mengambil jurusan ini.Bagi sesetengah pihak,awal-awal lagi sudah mengatakan bidang ini adalah paling sukar dan payah untuk lulus.Bahkan,dalam alangan arab sendiri,apabila mereka mengetahui kami pelajar wafidat( pelajar asing) mengambil jurusan ini maka terus laju berkata,sokbah awi! ( Susah gile!)

Astarghfirullahaladzim.Istighfarlah.Ini bahasa nabi.Bahasa ahli syurga.Bahasa dipadang mahsyar.Tidaklah berat bagi kita untuk memahaminya.Kita orang yang ahli dalam bidang agama haruslah menanam semangat cintakan bahasa rab dalam kalangan pemuda pemudi.Walaupun secara hakikatnya,saya sendiri tidak hebat dalam bahasa arab ini.Tetapi,walau apa pun ini adalah cabaran yang harus di tempuhi ntuk berjaya!

Hal ini penting,Al Quran itu diturunkan dalam bahasa arab.Maka,untuk mengkaji isi kandungannya,mahu atau tidak,kita mestilah belajar dan memahami bahasa arab dengan tekun dan bersunggguh-sungguh.Insyaallah.
Bukan hasil yang dipandang ALLAH,tetapi USAHA yang berterusan yang dilihatnya dahulu.Natijah adalah hasil bagi insan yang sudah bersusah payah berusaha!

Bahasa arab adalah KUNCI.Justeru, untuk membuka pintu segala ilmu mesti ada KUNCI!
Semoga kami berjaya dalam kesusateraan arab ini selama empat tahun sahaja,amin.insyaallah:)


Untuk A.N.D.A.

Assalamualaikum.

Tidak ada manusia yang merancang untuk gagal,
tapi kita yang selalu gagal dalam merancang.

Duhai hati,
BERSABARLAH.
Mungkin jarak yang beribu kilometer
Memisahkan dua insan,
tapi tidak dapat menjarakkan dua hati..


Daku dalam dilema,
pergiku baru sebulan,
tapi ,
kegawatan telah pun terjadi.


Kenapa?
Susah sangat ke?
Payah ke?
Dari lubuk hatiku paling dalam..


Sesungguhnya,
hatiku membisikkan marah,
kecewa,
Geram,
Sedih,
Pilu..


Ya Allah,jangan biarkan aku hanyut dek emosi,jangan biarkan
aku terlupa,
dengan limpahan kasih sayangMu,
Aku insan lemah,
Sentiasa di uji,


Selepas satu ujian pergi..
satu lagi mendatang,
Kali ini,
aku kuatkan emosi,
Aku perempuan kuat!
Tak bisa gugur dengan air mata!


Walau apa pun alasan,
Aku mahu dengar dari pihak anda,
Jangan beri aku menanti,
Kelak khuatir,
Hawa nafsu membuat keputusan haru biru


Kepada anda,
bersiap sedialah dengan JAWAPAN,
bukan ALASAN!

Tolong..
Jangan buat begini,
Masih waras,
sedang mempertimbangkan,
Ayuh,jujur sendiri!


Sekali lagi,
Zaleha tunggu JAWAPAN,
bukan ALASAN!



ucapan



Saat ilham berbicara..

Qalam dan Kalam,
sememangnya tidak dapat dipisahkan,
saat Kalam berTinta,
ianya seluas Samudera..

 Credit to Pena.:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...