Kelahiran Furqan 2



Bismillahirahmanirahim..



Bila Furqan di lahirkan dalam OT,doktor beri aku lihat sekejap Furqan. Nampak mata Furqan yang besar dan bulat bersinar, tapi tak menangis. Cuma doktor tak bagi pegang dan cakap baby ni nak hantar nicu.

Doktor bersihkan bayi dan keluarkan uri dan segala darah beku dari rahim. Syukur alhamdulilah, Allah mudahkan semuanya normal. Aku risau czer sebab takut kena bedah. Dan aku kagum pada ibu-ibu czer, dan demi sesungguhnya jika aku di czer, tak tahu lah macam mana keadaan aku nanti.

Furqan di diagnosis ada hematoma di kepala which is macam benjolan besar kat kepala@ caput. Ia berbentuk lonjong ke belakang dan sangatlah besar. Untuk kali pertama, aku rasa ini adalah proses bersalin yang sangat penat dan panjang. Lepas bersalin, aku rasa sangat penat, tak larat dan melepet sangat.

Jam enam petang lebih kurang, aku di tolak masuk wad. Suami aku masukkan aku dalam wad kelas pertama. Syukur alhamdulilah. Ini adalah sangat bermakna buat aku. Sebenarnya, aku tak kisah duduk wad mana pun, tapi mungkin ini adalah satu penghargaan dari nya untuk aku, isteri yang melahirkan anak dengan susah payah. Terima kasih, abang.

Keadaan aku lepas bersalin sangatlah lemah. Sampaikan aku tak boleh nak bangun dari tilam. Aku rasa nak terkencing yang amat sangat tapi tetap rasa trak boleh nak bangun. Rasa tak berdaya yang amat sangat. Lutut terketar-ketar dan it tooks me a very long time to wake up. Finally, kendi puncing dah tak mampu bertahan, dan aku harus ganti pad dan buang air kecil. Aku bangun terkial-kial, sambil berjalan dengan berpaut di katil-katil lain. Rasanya sangatlah lemah.

Setelah selesai membuang air kecil, aku keletihan yang amat sangat. Baring di katil. Teringat bayi yang baru di lahirkan dan bila jururawat datang aku bertanya bila boleh jumpoa baby dab nurse jawab esok pagi puan.

Aku paham. Aku kena sabar. Mungkin ini adalah hikmah supaya aku berehat dan kumpul kekuatan. Jam sepuluh malam suami datang, suap makanan sebab aku rasa tak mampu nak bangun sangat.Bila suami dah balik,  Nurse tanya nak pain killers atau tak, aku jawab tidak. Aku tak pasti kenapa badan sangat menggeletar dan rahim rasa sakit sangat seolah olah ada kontraksi kali kedua. Masya Allah sangat sakit! Aku tahan sakit yang berat itu sehingga akhirnya aku terlelap dan tersedar lepas beberapa jam.

Esok paginya lepas discharge 2 petang, baru boleh melawat Furqan di NICU. Keadaannya baik-baik sahaja, namun pasih dalam pantauan. Sebab masuk NICU ada dua yang pertama,caput. Kedua nafas yang laju. Aku risau, macam mana anak dalam NICU ni akan selamat atau tidak.

Selepas mendapat jaminan doktor dan penjelasan yang panjang lebar, aku mohon wad di SCN. Alhamdulilah dapat katil kosong jadi boleh jaga anak.

PENGALAMAN di SCN, HTJ.

Di sebabkan aku dah tidur dan rehat sehari semalam. Bila discharge, adalah rasa tenaga bila nak jaga anak. Bila aku discharge, bayi pulak kena duduk NICU dan di transfer ke SCN. Aku dapat katil kosong jam 7 malam. Suami pun nak balik sebab nak berbuka. Aku dah di bekalkan siap-siap makanan pantang so memang kena tinggal lah di SCN.

Bila dah Check in SCN, nurse tunjukkan katil kita, katil bayi, tempat nak ambil susu top-up, bekas susu,pantri, tandas, dan kawasan sekitar. Dalam pantri ada syarat, makan minum basuh pinggan cawan sendri as makanan dan minuman dah siap provided. Kita bila jadi mak-mak ni janganlah jadi pengotor tak basuh pinggan mangkuk semua.

Memang kena makan dalam pantri sahaja. Lepas dah makan malam, aku pun di panggil nurse. Nurse akan pantau kita boleh tak jaga anak kita sendiri dan susukan nya. Sebab anak kita sakit, jadi penjagaan adalah lebih rapi. Nurse akan perhatikan dan ajar kita cara menyusu anak dengan betul. Jika kita lulus susukan anak, barulah anak kita dia letak dekat katil kita, kalau tak, tinggal lah anak kita kat kawasan bayi.

Sebelum dan selepas pegang bayi,cuci tangan dahulu. Pantang tetap pantang. Jadi ibu-ibu bawaklah baju sweater siap-siap sebab aircond sangat sejuk. Makanan di hopital berkhasiat. Saya yakin, ikan yang diberi pun menepati pantang. Jadi semua makanan dan minuman, roti dan kuih semua saya makan sebab nak tambah susu badan. Mula-mula memang susu tak keluar jadi saya memang bagi bayi susu top up walaupun saya bagi dia minum susu badan, tapi saya yakin, dia tak dapat hisap apa-apa jadi bagi 1 oz dan beri guna susu.

Memang kena sabar. Sebab tak boleh bagi botol nanti anak keliru dengan puting tiruan. Beri susu pula guna sudu, jadi mengambil masa yang sedikit panjang dan lama. Bila selesai bagi susu top up, tidurkan anak dan kita pun kena tidur untuk rehat fizikal dan mental.

Bila anak terjaga menangis, bagi susu dan repeat step. Selepas dua hari berkampung di SCN,kami pun balik ke rumah di Senawang. Esoknya hari keempat, nurse datang  dan ada kuning pula.

Pergi KK Senawang waktu petang, check darah dan memang kena refer masuk hospital sebab bacaan 242. Dengan rasa tak redhanya, sebab masih pantang dan penat, nak tak nak pergi juga walaupun suami cakap tak nak pergi.

Kalau kita pentingkan diri, dan tak fikir anak kita memang boleh ab ai cakap doktor..Tapi, anak adalah anugerah yang terindah. Gagahkan diri ke SCN sekali lagi dan kena duduk sana 3 hari sampai kuning turun.

Petua turunkan kuning tidak lain dan bukan adalah menyusukan dengan kerap dan pastikan anak terjaga dari tidur. Bila dah masuk wad, kena rajin lketakkan bayi bawah lampu biru sebab kalau tak nanti sia-sia kena datang lagi. Berazam sungguh-sungguh menyusukan anak, memang anak mengamuk malam-malam sejuk, kena buka baju, pampers je boleh pakai, kita pun tak cukup tidur, kejap-kejap anak memangis sebab sejuk dan tak nak tidur bawah lampu tapi apakan daya, nak sehat kena bekorban.

Sehari sebelum raya, kami keluar sebb kuning dah turun. Kepala anak masih ada benjolan yang besar. Doktor cakap ambil masa sebulan untuk turunkan benjolan tu, tapi sekarang dah enam bulan ia masih ada. Cuma, ia turun sangat perlahan, lepas ni kena refer MO PULAK UNTUK SUSULAN LANJUT. Apapun, Furqan sehat dan Sudaisy mampu terima kenyataan dia dah jadi abang dan ada adik.,

Alhmdulilah atas segala nikmatMu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...