Tahun ini, pelbagai suka duka yang aku hadapi,tapi tahun ini adalah paling sweet sebab aku dapat jugak bawa sudais datang sini. Iya, sangat seronok sebab begitu banyak ujian dan cabaran yang aku lalui. Semua itu mematangkan kita untuk menghadapi hidup yang penuh panca roba.
Bayangkan kelas yang padat timetable sampai petang pastu bila nak balik rumah kena tergesa gesa sebab nak ambil sudaisy pulak di hadhonah. Mujur sudaisy pun cepat sesuaikan diri di bumi Mesir ini. Alhamdulilah. Dia masih belum dapat bertutur lagi tapi aku sentiasa pantau perkembangan dia baik sahaja.
Dan yang paling gembira, ramai madam madam bersalin tahun ni, madam annimah, madam ain nasir,madam syeila fatin. Moga Allah mengasihi semuanya. Amin. Dan bakal menjelang adalah kelahiran dari Madam Nabila.
Semoga Allah sentiasa merahmati kau sahabat. Terima kasih sudi membantuku susah dan senang. Ambil tahu perkembangan aku dan bukan mudah menjadi kawan sejati. Kadang kadang orang yang tak rapat tu lah akhirnya jadi rapat dengan kita..huhu. Dan jujurnya aku rindu dengan persahabatan yang terbina dahulu bersama seseorang...
Mengimbau sejarah denganmu sahabat, menjadikan aku rasa rindu pada saat dahulu.Sama sama buat blog. Sama sama berprogram. Sama sama melanjutkan pelajaran di bumi ini. Sama sama ke sana sini. Sehinggakan Ustaz Danial cakap kita rapat sangat. Takut takut di bumi anbiyak tidak rapat lagi. Aku berasa gerun dengan pernyataan itu,dan akhirnya kenyataan itu menjadi realiti..
Entah mengapa, engkau yang dekat ku rasakan kian menjauh. Namun, aku sentiasa mendoakan dirimu agar di rahmati Allah bersama sahabat yang dikau sayangi. Aku sentiasa mengharapkan hubungan persahabatan yang kita bina ini tetap kekal dan utuh seperti dahulu. Tapi aku tahu, kau dan aku sudah jauh berbeza.
Namun,jika kau sedar, sewaktu program menjahit hari itu, dalam hati aku yang paling dalam, jiwaku seakan meronta ronta. Aku berharap masa tidak akan bergerak.Aku mahu kita kekal duduk di musola itu san menjahit bersama sama. Tapi siapalah aku untuk menghentikan waktu. Waktu tetap berputar dan meninggalkan kita dalam kenangan yang dulu. Dan aku tenggelam dalam kenangan kenangan yang sarat.
Aku rindu zaman dahulu, kau banyak mengajar aku erti sahabat, ukhwah, pengorbanan, dan yang paling indah kau mengajarkan aku tentang hati yang baik. Iya, manakan tidak sewaktu menjahit itu, kebetulan kita duduk sebelah menyebelah dan aku tahu menjahit adalah kepakaran mu, kau banyak memberi tunjuk ajar, terima kasih banyak sahabat.
Moga Allah tetap pelihara dirimu. Aku hanya mampu memerhati dari jauh. Semoga semuanya selamat sahaja. Maafkan aku kerana aku tak sempurna sebagai sahabatmu, jika aku yang bersalah maafkan aku. Anggap ini sebagai hadiah yang terbaik dari Allah buat kita semua kerana dapat merasai nikmat ukhwah bersamamu..
Semasa Sudaisy sakit demam teruk sehingga seminggu lamanya, aku sangat susah hati. Duit yang tak cukup tapi alhamdulilah sumbangan datang mencurah curah. Dan bila aku buka laci, ada sepotong kata kata dan sejumlah wang. Wallahi,aku tak tahu siapa, namun hati aku kuat mengatakan itu adalah dari kau, jika benar tekaan ku, terima kasih banyak, moga Allah sahaja yang mampu membalasnya.aminnn.
Dan jujur juga, aku mahu menaip namamu di sini sebagai penghargaan kepada mu,namun aku sembunyikan sahaja. Biar penduduk langit dan bumi memuji namamu. Biar terkenal di langit tapi tidak di bumi. Moga kau bahagia,sahabat.
Tahun ini kita tidak dapat bersama sama dalam kelas yang sama, namun aku berharap kita semua berjaya dengan cemerlang dan berusaha sehingga ke titisan jawpan yang terakhir di pena peperiksaan. InsyaAllah. Kita mungkin sudah membawa haluan masing masing, kita mungkin sudah ada komitmen yang berbeza tapi aku harap kita punya impian dan cita cita yang sama. Semoga api perjuangan tetap menyala dan bersemarak membakar diri agar tetap tegar mengejar cita cita tertinggi, iaitu akhirat yang abadi.
Buat Athirah, Ramizah, Jannah dan Syuhaida..aku yakin kalian tidak akan membaca karangan ini..kerana apabila aku melawat blog kalian, halaman kalian sudah kering tidak bernyawa. Bahkan aku juga seperti itu, dahulu. Namun, apabila jiwaku sudah penuh dan tidak mampu menahan lagi, aku berusaha menulis disini. Aku tidak mahu kenangan indah kita berlima pupus di telan zaman, dan aku memilih untuk mengabdikan di laman ini.
Aku bukanlah sesiapa melainkan hamba Allah yang cuba untuk menjadi solehah di mataMu. Aku juga bukanlah rakan yang baik kerana apabila aku berkeluarga aku seakan hampir melupakan kalian yang dekat,
Mungkin akulah orang yang menjauhkan diri daripada kalian,
Mungkin akulah yang bersalah, namun aku berharap Allah memberi kebaikan dalam kita bersahabat..
Aku sayang kalian kerana Allah.
Dan pagi tadi, di dalam kuliyah fiqh Lughah, ablah mengumumkan exam bermula seawal 14 mei, hatiku menjadi serabut. Kena cepat habiskan study,kena segera menghafaz al quran bagi cair. Semuanya kena bersedia sebab sekarang dah 3 April. Lagi sebulan sahaja menempuh sem akhir, YA Allah mudahkan langkah kaki ini menuju kejayaan. Aminn ya robb.
Bak kata seorang guru yang sangat aku sayangi, cikgu Mohamad.. Sukses adalah perjalanan bukan sebuah perhentian! Semoga cikgu terus sehat dan istiqamah dalam perjuangan mendidik anak bangsa melayu supaya sukses seperti cikgu. Saya rindu sangat nak berprogram dengan cikgu..huhu.
Ok, time for prep!! Keep strong and have a faith. May Allah bless u, silent reader,if i have a readers. Haha.
No comments:
Post a Comment