Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum,
Sudah bulan Mac.Kejap sahaja.Jumaat,Siti Athirah telah pun bertolak ke Tanah Suci Mekah.Sungguh cemburu antara kami berlima,dialah yang pertama menjejakkan kaki.Dialah tetamu Allah yang telah terpilih,semoga kau pulang dan pergi dengan selamat dan di Redhai Allah.Amin.
Musim sejuk juga semakin beransur pergi.Bunga-bunga mula berkembang cantik.Dedaunan mula berjatuhan.Indah! Hawa dingin juga telah beralih ke hawa panas.Perlahan-lahan sunnahtullah mengambil tempat mengganti alam supaya lebih berwarna- warni.
Sudah lama juga Facebook menjadi sesawang.Kasihan! Tapi apakan daya,aku dah malas mengulang sejarah dan jadi penat dengan suasana-suasana pening dan membosankan.Betul kata pena,untuk apa kita menulis status yang tak bermakna,di baca orang dan orang meluat kepada kita.Jika mahu tulis,tulis sesuatu yang bermanfaat.MOga semua mendapat rahmat.Aku tinggalkan dan aku selesa menikmatinya hidupku dengan cara aku sendiri.
Demi waktu yang semakin pantas bergerak,aku mula merencana beberapa aktiviti.Nasihat dan pandangan insan berpengalamanku jadikan panduan.Sungguh,aku dah lemas dengan hidup di atur orang! Aku juga lebih terperosok dalam duniaku sendiri.Seolahnya aku mementingkan diri.Tapi,aku nasihatkan lebih baik,hindarkan orang yang suka mengarah.Kelak hidupmu akan hilang ghairah dan malah menjadi tension! Amat sangat mungkin!
Justeru,elakkan diri dengan hidup dengan orang yang suke mengarah.Kepada yang suka jadi 'mem' sedarlah semua orang jadi meluat dan benci kepadamu.Lebih baik berubah sikap dan berhenti mengarah.Persoalannya,bukan kita semua tak pernah mengarah tapi silapnya pada orang yang suka mengarah ini ialah mereka hanya tahu mengarah sampai nk cakp perkataan 'tolong' pun jadi ayat perintah.Contoh,buatkan air oren.
Bukankah sopan cakap,tolong buatkan saya air oren boleh?
Kan lagi sopan dan orang yang mendengar pun rasa tenang jiwa raga.
Bagi yang kena arah,anda jangan lupa.Anda berhak menolak segala permintaan.Keputusan di tangan anda.Jadi,buatlah pilihan yang baik! Sama ada jawapannya ya atau tidak itu terpulang kepada tahap sejauh mana keikhlasan anda dalam melakukannya kerana Allah!Bukan kerana dia yang mengarah!
Buat si pengarah.
Tahukah anda,bahawa tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima? Hal ini bermakna tangan yang mengambil sendiri sesuatu perkara yang di kehendaki lebih baik daripada tangan yang asyik-asyik menerima bantuan orang lain. Jika sekali sekala kita meminta bantuan kerana terdesak itu tidak mengapa,tapi jika tiap kali kita lalu asyik2 kita je yang kena minta bantuan.Bukankah kita sebenarnya menyusahkan orang lain?
Padahal,perkara itu bila kita yang di suruh buat sesuatu,kita tak nak pun buat.Tahu arah tapi bila di arah,engkar! Sangat kurang asam perbuatan sebegini.Sahabat-sahabat,jangan amal perbuatan sebegini.Mari belajar menghormati perasaan orang lain.
Buat si yang kena arah.Jangan jadi lemah hati dan mengikut sahaja arahan. Tegurlah sikap ini.Jika anda simpan dalam hati,ketahuilah anda kan sakit hati dan ia kan menyebabkan anda akan di hinggapi sakit jantung.
Ingatlah,sekarang,serangan sakit jantung adalah serangan paling berbahaya di dunia dan pembunuh nombor satu.
A..aa..tak tahu..Jangan pendam lama-lama,luahkan dan anda jadi puas hati.Jagalah jantung anda.Semoga sihat dan bermanfaat:)
Marah? Hehehe,maflah,saya tulis kerana saya tak tahan melihat semakin ramai yang jadi pengarah tak bergaji dan akhirnya saya juga melihat kesan orang yang di arah,wajahnya monyok dan kusam.Kasihan!
Apa pun kisahnya,saya mohon maf.
Sekali lagi,jom muhasabah diri.
Tepuk dada,tanya iman.
Tanya juga dalam diri,
Sejauhmana iman kita kepada Nya.
Sejauh mana tahap kesabaran kita kepada manusia?
Sejauhmana segalanya kita mampu berhadapan?
Ok.Stay cool!
Anda kelompok mana?
Pengarah atau di arah?
Jom muhasabah.
Ikhlaskan hati,banyakkan amal dan istighfar.
Sayang semua kerana Allah.
Bukankah tegur-teguran amalan agama islam?Sampai sekarang saya masih ingat lagi kata-kata pena sewaktu saya awal-awal datang Mesir.Terima kasih.
jom muhasabah bersama... insyaAllah moga diredhoiNYA... sayang semua.. :) :)
ReplyDeleteSayang Syue juga:)
ReplyDelete