Forgive and forget


Daun yang gugur tidak akan kembali menghijau, ia akan layu dan mereput. Menjadi baja yang subur untuk baka yang seterusnya. Mengorbankan dirinya untuk kepentingan dan kelestarian hidup jiwa yang baharu. Tidak sedih dan keluh kesah apabila riwayat hidup telah tamat. Ia tahu, ia menjadi manfaat kepada yang lain. Ia tahu akan jiwa baru yang perlu diberi nafas baru. Ia redho dan terima qadak dan qadar Allah..

Lantas, persoalan yang berputar di kepala sering sahaja mengganggu, mengapa menjadi manusia, kita bersikap tamak? Kita sering sahaja puas apabila kehendak nafsu di penuhkan, namun buas apabila nafsu meminta kehendak yang lain pula. Mengapa menjadi manusia yang tamak haloba. Mengapa tidak selalu ingat hidup ini persinggahan yang sementara bukannya abadi pun. Mengapa tidak teringat langsung analogi daun yang gugur itu?

Iya, asal perkataan manusia itu sendiri dari huruf nun sin dan ya. Nasiya. (نسى)  lupa. Kita ini memang Allah ciptakan pelupa. Justeru, Allah hadirkan Rasullullah untuk menjadi petunjuk dan pedoman buat kita, si pelupa. Pengingat tatkala mahu hampir kufur, penegas tatkala dosa dan pahala tidak dapat di bezakan lagi. Baginda juga penenang jiwa bagi kita,si pelupa. 

Meski baginda sudah wafat beribu tahun, akhlak baginda masih lagi subur mewangi. Kisah pengorbanan dan ketaatan baginda pada Allah wajar kita tauladani. Baginda itu umpama cahaya matahari yang membawa sinar di siang hari. Menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan. Oh, alangkah indah dan manisnya akhlak baginda!

Justeru, pandanglah kehadapan teruskan langkah, menapaklah maju. Usahakan sepenuh daya untuk masa yang tersisa, mulakan langkah pecutan. Ini adalah baki ujian yang terakhir, usah putus asa dan kuatkan semangatmu. Syaitan menguji di saat kita lemah bergantung padaNya. Kuatkan doamu, kuatkan tahajut dan solat hajatmu. Moga menjadi asbab kejayaan. 

Pedulikan masalah yang mendatang. Jika Allah takdirkan ia selesai, aku berharap segerakanlah. Jika tidak, aku lupakan seketika untuk fokus. Konsentrasiku amatlah penting buat waktu sekarang. Moga jihad ini, di berkati Allah.

Maafkan salah silap saya, semua. Doakan saya. Road to final year. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...