Kata Imam Ghazali

 
Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa manusia ini terbahagi kepada 4 golongan:

1. Rojulun Yadri wa Yadri Annahu Yadri

Seseorang yang tahu, dan dia tahu apa yang dirinya tahu.Dan dia tahu bahawa sesungguhnya ilmu yang diketahuinya itu bukan sekadar dipelajari,tetapi juga untuk dikongsi dan diamalkan.

2. Rojulun Yadri wa Laa Yadri Annahu Yadri

Seseorang yang tahu, tetapi dia tidak tahu apa yang dirinya tahu.Iaitu seseorang yang memiliki ilmu dan kecekapan, tetapi dia tidak pernah menyedari bahawa dia memiliki potensi.Dan dia tersilap caturan mengenai ilmu.Nafsi-nafsi.Ilmu aku,untuk aku.

3. Rojulun Laa Yadri Annahu Laa Yadri

Seseorang yang tidak tahu, tetapi dia tahu yakni menyedari apa yang dia tidak tahu. Menyedari akan kekurangannya,dia berusaha mencari ilmu,dengan tekad aku ingin tahu apa yang aku tidak tahu supaya orang lain juga tahu apa yang mereka tidak tahu.

4. Rojulun Laa Yadri wa Laa Yadri Annahu Laa Yadri

Seseorang yang tidak tahu, dan dia tidak tahu apa yang dirinya tidak tahu.Golongan ini,sentiasa merasakan bahawa dia sudah mengetahui pelbagai perkara.Namun hakikatnya,dia sebenarnya tidak mengetahui.Sifat 'qanaah' yang melampau yang sepatutnya tidak ada dalam diri seorang muslim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...