Kembara ilmu di bumi Allah


Hari-hari yang aku lalui di sini seakan menjadi sedih, hatiku berasa bungkam..kecewa menjadi peneman diri.

Jika kerana harta boleh buat bahagia, apabila harta habis maka kita hati akan gelisah.

Jika kerana cantik menjadi hati bahagia, maka apabila hodoh hati akan membenci.

Jika kerana pangkat yang di cari buat hati bahagia, maka apabila di pecat pasti akan susah hati kembali.

Jika bertambah bilangan anak membuat hati bahagia, maka di saat hilangnya anak pasti kita bersedih hati.

Jika mendengar lagu membuat hati bahagia, maka apabila lagu tidak lagi di cipta maka hati akan gundah lagi.

Terlalu banyak nikmat Allah yang membahagiakan, maka mana satu nikmat yang perlu di dustakan?

Terlalu banyak hal yang menggembirakan maka kenapa harus bersedih hati?

Kutiplah semangat yang gugur,tanamlah pohon  yang baharu. Tatkala hati bersedih,ingatlah Allah itu sentiasa bersama susah dan senang.

Kita sahaja menjadi manusia yang ingat Allah tatkala susah, apabila senang lupa Allah,lupa segalanya. Allahu, ampunkan aku.

Apabila susah hati, ketahuilah Allah mahu kita kembali kepadaNya. Dia merindui rintihan kita, tangisan kita, jadi berserahlah padaNya. Pohonlah ampun. Rahmat Allah itu luas. Dia tidak pernah mensia siakan kita tapi kita sahaja yang selalu mensia siakan Allah..

Allahu, ingatkan aku selalu, semua nikmat yang aku peroleh adalah sementara,yang kekal adalah diriMu. Ingatkan lah aku tentang syurga yang hakiki manakala dunia hanyalah sementara.

Kuatkanlah imanku semoga hati ini tabah dan kuat selalu. Apabila saatku futur, jadikanlah rakan rakan sekelilingku sebagai penguat semangat. Sungguh kadang hati ini lemah,apabila di koreksi diri, terlalu banyak lompongnya diri..

Mari kita muhasabah. Check apa yang tidak cukup,tambah agar menjadi bekalan hidup di akhirat nanti. InsyaAllah.


Perpisahan guru sudais


Sedih. Kelu..Agaknya inilah perasaan apabila kita bertemu orang yang baik dan terpaksa merelakan dia pergi dari hidup kita. 

Pagi tadi semasa menghantar Sudais ke hadhonah, sedang leka Sudais lihat kucing, Madam Asma, guru hadhonah yang paling dia rapat, on the way ke taska. Lalu, kami pun berjalan bersama sama. Semasa berjalan, dia memberitahu kepadaku tentang Mrs Dunya akan berhenti kerja.

Aku speechless. Sedih. Hiba tiba tiba datang. Mood yang baik berubah jadi kelam. Dulu masa Mrs Nahal,pun cikgu Sudais, pindah ke tempat lain tanpa sempat berjumpa. Sebab Sudais demam, jadi xdpat datang dua hari, alik alik datang je Mrs Nahal dah takde.

Bila aku tahu dia nak pindah Khamis ni, suami cakap berilah hadiah kepada beliau. Perasaan aku sangat sedih sebab dekat 
Mesir ni merekalah kawan arab yang selalu ambil berat tentang aku dan Sudais.

Perpisahan itu menyakitkan dan menyedihkan. Kenapalah perlu ada perpisahan? Tapi itulah realiti hidup. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Mak selalu pesan, bila sayang seseorang, sayanglah bersederhana,sebab bila jadi perkara macam ni susah rasanya nak move on.

Semoga cikgu sudais selamat dan di berkahi Allah kerana sabar menjaga Sudais. Semoga Sudais di jaga dengan orang lain yang juga baik dan mampu menyanyangi dia sepertimana aku dan suami menyintainya. Amin.

Aku juga bakal meninggalkan bumi ini lagi dua bulan. Maka, nikmatilah kehidupan sebaik baiknya di sini. Aku berdoa semoga ini tahun yang terakhir, dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Amin.

Throwback, sahabat..



Mengimbau kenangan sepanjang lima tahun ini membuatkan aku sebak untuk berfikir pulang ke Malaysia. Iya, ini tahun akhir, insyaAllah. Semoga Allah mengabulkan permintaan aku kali ini. Amin ya robb. Takdirkanlah kawan -kawan seperjuangan yang berada di tahun empat kuliyah bahasa arab najah kabir,amin ya robb.

Tahun ini, pelbagai suka duka yang aku hadapi,tapi tahun ini adalah paling sweet sebab aku dapat jugak bawa sudais datang sini. Iya, sangat seronok sebab begitu banyak ujian dan cabaran yang aku lalui. Semua itu mematangkan kita untuk menghadapi hidup yang penuh panca roba.

Bayangkan kelas yang padat timetable sampai petang pastu bila nak balik rumah kena tergesa gesa sebab nak ambil sudaisy pulak di hadhonah. Mujur sudaisy pun cepat sesuaikan diri di bumi Mesir ini. Alhamdulilah. Dia masih belum dapat bertutur lagi tapi aku sentiasa pantau perkembangan dia baik sahaja.

Dan yang paling gembira, ramai madam madam bersalin tahun ni, madam annimah, madam ain nasir,madam syeila fatin. Moga Allah mengasihi semuanya. Amin. Dan bakal menjelang adalah kelahiran dari Madam Nabila.

Semoga Allah sentiasa merahmati kau sahabat. Terima kasih sudi membantuku susah dan senang. Ambil tahu perkembangan aku dan bukan mudah menjadi kawan sejati. Kadang kadang orang yang tak rapat tu lah akhirnya jadi rapat dengan kita..huhu. Dan jujurnya aku rindu dengan persahabatan yang terbina dahulu bersama seseorang...

Mengimbau sejarah denganmu sahabat, menjadikan aku rasa rindu pada saat dahulu.Sama sama buat blog. Sama sama berprogram. Sama sama melanjutkan pelajaran di bumi ini. Sama sama ke sana sini. Sehinggakan Ustaz Danial cakap kita rapat sangat. Takut takut di bumi anbiyak tidak rapat lagi.  Aku berasa gerun dengan pernyataan itu,dan akhirnya kenyataan itu menjadi realiti..

Entah mengapa, engkau yang dekat ku rasakan kian menjauh. Namun, aku sentiasa mendoakan dirimu agar di rahmati Allah bersama sahabat yang dikau sayangi. Aku sentiasa mengharapkan hubungan persahabatan yang kita bina ini tetap kekal dan utuh seperti dahulu. Tapi aku tahu, kau dan aku sudah jauh berbeza.

Namun,jika kau sedar, sewaktu program menjahit hari itu, dalam hati aku yang paling dalam, jiwaku seakan meronta ronta. Aku berharap masa tidak akan bergerak.Aku mahu kita kekal duduk di musola itu san menjahit bersama sama. Tapi siapalah aku untuk menghentikan waktu. Waktu tetap berputar dan meninggalkan kita dalam kenangan yang dulu. Dan aku tenggelam dalam kenangan kenangan yang sarat.

Aku rindu zaman dahulu, kau banyak mengajar aku erti sahabat, ukhwah, pengorbanan, dan yang paling indah kau mengajarkan aku tentang hati yang baik. Iya, manakan tidak sewaktu menjahit itu, kebetulan kita duduk sebelah menyebelah dan aku tahu menjahit adalah kepakaran mu, kau banyak memberi tunjuk ajar, terima kasih banyak sahabat.

 Moga Allah tetap pelihara dirimu. Aku hanya mampu memerhati dari jauh. Semoga semuanya selamat sahaja. Maafkan aku kerana aku tak sempurna sebagai sahabatmu, jika aku yang bersalah maafkan aku. Anggap ini sebagai hadiah yang terbaik dari Allah buat kita semua kerana dapat merasai nikmat ukhwah bersamamu..

Semasa Sudaisy sakit demam teruk sehingga seminggu lamanya, aku sangat susah hati. Duit yang tak cukup tapi alhamdulilah sumbangan datang mencurah curah. Dan bila aku buka laci, ada sepotong kata kata dan sejumlah wang. Wallahi,aku tak tahu siapa, namun hati aku kuat mengatakan itu adalah dari kau, jika benar tekaan ku, terima kasih banyak, moga Allah sahaja yang mampu membalasnya.aminnn. 

Dan jujur juga, aku mahu menaip namamu di sini sebagai penghargaan kepada mu,namun aku sembunyikan sahaja. Biar penduduk langit dan bumi memuji namamu. Biar terkenal di langit tapi tidak di bumi. Moga kau bahagia,sahabat.

Tahun ini kita tidak dapat bersama sama dalam kelas yang sama, namun aku berharap kita semua berjaya dengan cemerlang dan berusaha sehingga ke titisan jawpan yang terakhir di pena peperiksaan. InsyaAllah. Kita mungkin sudah membawa haluan masing masing, kita mungkin sudah ada komitmen yang berbeza tapi aku harap kita punya impian dan cita cita yang sama. Semoga api perjuangan tetap menyala dan bersemarak membakar diri agar tetap tegar mengejar cita cita tertinggi, iaitu akhirat yang abadi.

Buat Athirah, Ramizah, Jannah dan Syuhaida..aku yakin kalian tidak akan membaca karangan ini..kerana apabila aku melawat blog kalian, halaman kalian sudah kering tidak bernyawa. Bahkan aku juga seperti itu, dahulu. Namun, apabila jiwaku sudah penuh dan tidak mampu menahan lagi, aku berusaha menulis disini. Aku tidak mahu kenangan indah kita berlima pupus di telan zaman, dan aku memilih untuk mengabdikan di laman ini.

Aku bukanlah sesiapa melainkan hamba Allah yang cuba untuk menjadi solehah di mataMu. Aku juga bukanlah rakan yang baik kerana apabila aku berkeluarga aku seakan hampir melupakan kalian yang dekat,
Mungkin akulah orang yang menjauhkan diri daripada kalian,
Mungkin akulah yang bersalah, namun aku berharap Allah memberi kebaikan dalam kita bersahabat..
Aku sayang kalian kerana Allah.

Dan pagi tadi, di dalam kuliyah fiqh Lughah, ablah mengumumkan exam bermula seawal 14 mei, hatiku menjadi serabut. Kena cepat habiskan study,kena segera menghafaz al quran bagi cair. Semuanya kena bersedia sebab sekarang dah 3 April. Lagi sebulan sahaja menempuh sem akhir, YA Allah mudahkan langkah kaki ini menuju kejayaan. Aminn ya robb.

Bak kata seorang guru yang sangat aku sayangi, cikgu Mohamad.. Sukses adalah perjalanan bukan sebuah perhentian! Semoga cikgu terus sehat dan istiqamah dalam perjuangan mendidik anak bangsa melayu supaya sukses seperti cikgu. Saya rindu sangat nak berprogram dengan cikgu..huhu.

Ok, time for prep!! Keep strong and have a faith. May Allah bless u, silent reader,if i have a readers. Haha.

Puisi Hambar

Hidup ini adalah realiti yang sebenar,
Manakala cerita novel adalah fantasi semata-mata,
 Mana mungkin fantasi menjadi realiti,
Hakikatnya plot didalam novel adalah imaginasi pengilusi,
Penuh kejutan, dramatik dan emosi,
Namun adakah perlu untuk kita membelakangi realiti? 
Tidak. 
Menjauhkan diri daripada hakiki menjadikan kita lupa diri,
Ayuh, berdiri gagahlah, berusahalah memandang cabaran sebagai penguat diri,
Berdirilah dengan kaki sendiri,
Usah goyah dengan tribulasi yang mendatang,
Hasilnya akan menjadikan kita kuat dan hebat,
Bukan lemah dan lembik..
Betapa momokan di media adalah arus hedonisma yang terbesar,
Kita parah dalam hakikat membezakan antara realiti dan fantasi,
Manusia yang lemah dan dhoif berusaha mengikut jejak cinta yang asyik, 
Sehingga alpa syurga dan akhirat adalah penamat yang bahagia dan mengasyikkan..


Teaser 2016

                Teaser


Tiga tahun sudah berlalu. Aku meninggalkan laman ini bersawang dengan lamanya. Keinginan yang begitu membuak-buak untuk menulis terpaksa di lupakan sementara waktu lantaran kekangan tanggungjawab yang terlampau banyak melebihi masa yang ada. Semoga lepas ini aku terus istiqomah untuk menulis.

Menulis menenangkan jiwa..
Menulis mampu melepaskan stress yang terbuku di hati..
Menulis menjadikan aku sentiasa khayal dalam cita-cita dan impian..
Betapa menulis ini sentiasa menjadikan aku lebih bersemangat menghadapi masa depan dengan positif..
Menbuatkan aku sentiasa mahu bangkit dari kegagalan dan mahu merangsang diri agar sentiasa bermotivasi..

Sudah tentu aku rindu menulis, sehingga aku hampir hampir sahaja terlupa aku memiliki blog kecil ini sebagai wadah untuk mencurahkan kasih terbuku dan rasa di dada.

Semoga aku akan kuat untuk menulis. Lebih fokus untuk merekod data. Kerana masa yang tersisa moga dapat aku manfaatkan sebaiknya sebelum aku berlalu pergi dari bumi kinanah ini.

Salam juang tulus ikhlas,
Ummu Sudais.

Secangkir pengharapan


Tengah malam tiba-tiba terjaga, pusing kanan sambil raba-raba jam dalam gelap, oh pukul lima pagi da..Pusing pula kiri, tengok susuk tubuh sebelah sudah hilang..tengok belakang..dan..

Mak tengah bertahajud..dalam hati rasa syahdu sangat..sudah beberapa kali lihat mak bangun qiam..aku kagum dengan semangat berani dan tabahnya walau di hina dan di maki..dia tetap kuat semangat..

Memang tak dapat di nafikan sejak dua tiga menjak ini, masalah semakin bertambah..tekanan semakin kuat..memang mengharapkan pertolongan Allah semata-mata selepas segala usaha ikhtiar kepada manusia tidak berhasil..bukanlah makna kata Allah itu di ketepikan..tidak sama sekali..


"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya"[Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Dan untuk menjadi kuat itu sangat payah dan susah tapi tidak salah untuk mencuba..jangan lupa Allah sangat suka dengan hambaNya yang kuat..

Sepertimana kata-kata pepatah arab dan tak pasti jika ia adalah hadis, orang mukmin yang kuat dan sihat itu lebih disukai berbanding orang mukmin yang lemah..

Aku yakin, manusia apabila semakin kuat di uji akan bertambah mantap imannya..dan aku sebagai pelajar agama pun kalah dengan emak apabila acapkali mak bangun qiam lebih banyak dari diriku yang lemah ini..Allahu..

Dan benarlah kata suci al-quran,

’Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ...} ‘’Surah Al Baqarah..

Teringat ayat quran ini dalam al mathurat..Intinya, Allah itu Maha Mengetahui segala kekuatan dan kelemahan hambaNya..dan Dia pasti tidak akan mensia-siakan hamba yang berusaha..

Selepas berusaha bersungguh-sungguh maka bertawakallah..Allah Maha Tahu!

                                ***********************************

Pagi tadi masa beli barang di Bahau, sambil menjinjit barangan yang berat dan banyak, aku dan mak lalu di depan kedai penggurup wang..dalam hati terfikir rasa macam nak je pinjam duit kat situ..bila ajukan kepada mak.. 

mak cakap..kita dah usaha..duit tak cukup nanti, mesti Allah akan cukupkan..lagipun, jangan terlibat dengan ah long kak..duit yang haram tak tahu sumber mana dia peroleh duit tu..mak cuba usahakan cara lain..

Nauzubillahimin zalik..Moga jauhkan pinjaman ah long ini..Dan aku pun senyap..dalam hati  berdoa banyak-banyak, moga Allah cukupkan perbelanjaan masa kenduri nanti..dan hari ini pun hari jumaat..moga Allah mudahkan semuanya..amin..

Bila malam, pak teh telefon..

InsyaAllah apa yang terdaya adik beradik mak cuba membantu..Dalam hati sangatlah bersyukur..walaupun tak tahu apa yang mereka boleh bantu, sekurangnya hati ini lapang sedikit..alhamdulilah..

{Al-Baqarah; 214} Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? .... Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Malam ini, alhamdulilah, terlampau banyak rahmat Allah yang datang..Memang kewangan tidak dapat membeli bahagia..Hanya dengan bergantung harap pada Allah, nescaya Allah akan menolong, cuma..

Kuatkan hati banyakkan sabar dan solat..Insyaallah Allah bantu..Alhamdulilah.. meski tak banyak tapi aku sangat bersyukur..Alhamdulilah..

Epilog Dia.


Abang hanya  ada sebuah motor untuk kemana-mana, boleh?

Angguk laju-laju, xpalah, itu sudah cukup. Alhamdulilah.

Awak ok ke?

Saya sangat okkk. Xpalah, alhamdulilah, kita mulakan semuanya dengan yang paling bawah boleh kan? :)

Tentu sahaja boleh..Kita kembali susah tapi tak bermakna kita goyah. Insyaallah.

                                            *****************************

Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. Zaman kini bukan tak boleh buat baik tapi kadang-kadang bila buat baik, orang pijak kepala kita.

Namun, memandangkan kita masih muda..Kita berdua boleh gunakan masa yang ada dan tenaga yang ada untuk menmgumpul harta sambil mengutip pahala. Boleh kan?

Untuk sekejap, Allah pinjamkan nikmat harta. Bila Allah ambil, kita harus redha dan pasrah dengan ambilan harta tersebut.

Dan aku kagum pada dia yang selalu sahaja di timpa susah tetapi bersyukur dengan nikmat yang ada. Meski aku dan dia adalah watak yang berlainan, namun simpatiku pada dia mengatasi segalanya! Moga Allah dakap dia dalam pelukanNya. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...