Alah bisa tegal biasa


Alah bisa tegal BIASA! Huhu! Sekarang Cik Qalam berada dirumah, menikmati hari-hari bahagia bersama seisi keluargaku..

Keluarga bahagiaku, mak, wan,atok, Nazmi,Nabirah,comel,huhuhu..
Hum,jika nak diikutkan Cik Qalam dah berada dirumah sejak 1 April 2011..huhu...Jika nak dibandingkan dengan sume kengkawan yang seangkatan semuanya dah start bercuti sejak Nov 2010...Cik Qalam je yang terlambat..papepun, ALhamdulilah, coz nak ikutkan ade lagi yang tak cuti2, etc..Fasi Kembaq..Mabruk, sahabat teruskan perjuangan!

Saat diri Cik Qalam ditanya, apakah yang awak buat dirumah, apa lagi, dengan senang hati, Cik Qalam terus menjawah, Saya seorang SURIRUMAH TANGGA YANG BERJAYA, KAYA DAN BAHAGIA!
He,hehe, maka tanpa banyak soal, semua yang bertanya Cik Qalam akan secara spontan bertanya siapa pula PENYERI SURI? Wahhh...soalan yang cukup membuatkan diri Cik Qalam akan tersenyum bahagia sampai ke telinga, hehehhe...


Papepun, biarlah apa pun yang orang nak cakap, tetapi saya punya alasan sendiri kenapa saya meemilih kerjaya itu..huhuuu
Sebabnya, saya masih lagi boleh bekerja walaupun saya memilih menjadi surirumah tangga..HAH? BEKERJA? YUP!
Tidak percaye? hu,hu, Dirumah, saya mengutip semua ilmu rumahtangga bersama bonda tersayang, huhuhu...:)

Apa yangku mahu ceritakan sekarang berkaitan tajukku ialah,walaupun di marah, di bebel, di kutuk dan dipuji, huhhu..etc..oleh kerana kadang2 masakanku yang tak bape nak menjadi, pada mula2 la nak masak dulu oleh mak, wan dan juga atok, huhuhuhu, Cik Qalam naik angin jugelah, but, lama-lama Cik Qalam buleh terime, ingatla DIRI KITA TAK SEMPURNA!

Walaupun secara zahirnya, manusia tak boleh untuk menjadi sempurna, tapi kita masih lagi boleh cuba menjadi sempurna. Oleh hal yang demikian, untuk kearah menyempurnakan diri sendiri, maka orang lain berhak untuk menegur dan membimbing diri kita.

Alah bisa, lama-lama jadi biasa..Batu yang keras pun lama -lama boleh jadi lekuk kerana disebabkan titisan air yang berterusan.Apatah lagi bila kita ditegur, seharusnya, kita harus berlapang dada.cewah...hem, ni sebenarnya cakap kat diri sendiri juge.


Selain itu, kita harus sedar dan faham bahawa, tidak semua perkara yang kita lakukan disukai ramai..Oleh itu, Try untuk Muhasabah diri kembali what we wrong..

Mengingat kembali kepada pimpinan Sof perjuangan dakwahku bersama Akademi Sukses, menjadi salah seorang orang kuat AS, bukanlah perkara yang mudah. Kadang-kadang menjadi Penolong Fasi membuatkan kita harus mengawal keadaan program supaya sentiasa terkawal.Bukan setakat itu sahaja, kita juga harus bersabar dengan pelbagai kerenah rakan-rakan fasi..adik-adik peserta lagi bukan lah perkara yang mudah dan senang tapi ia tak MUSTAHIL!

Belajarlah mengawal emosi semasa berkerjaya, tidak kisahlah anda seorang Perdana Menteri, Ulama, Doktor, Peguam, Guru, pekebun mahupun surirumah tangga. Try to control yourself well! Hal ini bukan lah sebab kita berjawatan tinggi kita harus jaga reputasi, BUKAN!, tapi kita harus mengawal diri dari bersikap tidak wajar agar diri tidak dibenci lantas menyebabkan orang lain menyampah dengan sikap kita.
Of Course, Sabar ada hadnya, tapi Cik Qalam kata, KAWAL! Bukan kata tidak boleh marah, kadang-kadang MARAH ADALAH SANGAT PERLU  agar orang lain sedar kesilapan diri dan takkan di ulangi lagi, but BERPADA-PADA ye!

Belajarlah menjadi insan LUARBIASA walaupun dengan usaha yang BIASA-BIASA!
 

Guruku, Gurumu jua!

Assalamualaikum.

Terima kasih, cikgu!
16 MEI 2O11!

Meski tarikh saya menaip entri ini sudah terjangkau lamanya..

Namun, itu tetap tidak menghilang saya untuk mencoret sesuatu buat dirimu guruku..

Besarnya jasamu mendidikku sungguh memberkas jiwaku..

Dari saat umurku satu hari sehingga kini 19 tahun 23 hari, saya mula melangkah menjadi matang..

Guruku yang pertama pastilah ibuku, mendidik, mentarbiah, menjaga, mengasuh, mengajarku pelbagai pekara..

Kita bukan seperti nabi Adam, baginda diangkat martabat sehingga guru yang mengajar baginda ialah Allah..Mulia pangkatnya,

Firman Allah dalm kitab muliaNya,

Dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada para malaikat,seraya berfirman, sebutkan kepada Ku nama semua benda ini jika kamu yang benar..
Surah Al Baqarah, ayat 31.  

Itu para nabi, kita? maka,  Ulama adalah pewaris para nabi..
meski kita tidak mampu menjadi ulama,
apalah salahnya jika kita mempelajari ilmu daripada para ulama.

Menuntut ilmu adalah wajib keatas semua manusia. Oleh itu, definisi guru sebenarnya bukanlah tertakhluk pada guru di sekolah sahaja, atau daripada ulama, erti guru adalah sangat subjektif..iaitu sesiapa yang mengajarkan sesuatu kepada orang lain itu sudah cukup layak di gelar GURU..

Hebat! Tak percaya? Ingat lagi kisah Imam Syafie? Kisah bagaimana dia mengiktiraf seorang yahudi sebagai gurunya, hanya kerana yahudi itu mengajarnya membezakan anjing betina dan anjing jantan.Allah...Hebat! 

Guru..Satu ungkapan yang sangat subjektif..4 aksara yang sungguh meninggalkan bekas di hati saya,

Merungkai kembali sejarah guru2ku, terlalu banyak kisah yang daku peroleh..

Jika di sekolah, saya akan jadi sangat cemburu kepada kawan-kawan yang diingati guru..jika boleh, saya juga mahu diingati guru...saya pernah mendengar kata2 keramat ustazah, sesiapa namanya yang diingati oleh gurunya, itu tanda guru itu memberkati ilmunya pada nya...

Oleh hal yang demikian, saya sangat menyanjungi guru2 saya, saya sangat mengasihi mereka, saya bnyak terhutang budu, terhutang masa, dan pelbagai lagi perkara  yang tak perlu saya huraikan..

Untuk Ustazah Khairah, dan Ustazah Norliah, terima kasih ustazah kerana selalu memberikan saya pelbagai kemudahan  untuk saya belajar dari  tingkatan satu hingga tingkatan enam..terima kasih kerana membenarkan saya menumpang tidur dirumah ustazah, belajar tanpa menolong ustazah masak,he,he,membantu saya ketika saya pitam time trial spm..dan pelbagai lagi..terima kasih ustazah!


Ustaz Idris, Ustaz Khedr, Ustaz Taufiq, Ustaz Nasir, Ustaz ADnan, Ustaz Ezzadin, Ustazah Ismariah, Ustazah Norliah, Ustaz Hafiz, terima kasih ustaz dan ustazah, jasamu ku kenang.. mendidikku Stam, memberi semangat untukku belajar..semangat untuk aku melanjutkan pelajaran ke Mesr.. 

 


Jika menyingkap sejarah saya di Maahad Stam, aduhai, macam2 peistiwa yangku lalui, menangis dihadapan ustaz Nasir kerana markahku kurang dalam Tafsir..begitu juga Quran..ada juga ku beria-ria meminta menambah markah balaghah, tpi tak berjaya pun, hem, di tempik Ustaz Idris, he...he...macam2...adoi...bikin malu hu,hu...tpi saya yakin inilah pengalaman..dan ia mematangkan diri..

Cg Mohamad, guru yangku anggap bapaku sendiri, selalu ada berdiri di belakangku tika saya hampir rebah, selalu menyokong tindakan saya dan selalu juge saya keras kepala di hadapan cg..namun, cg tetap bersabar dengan pelbagai kerenahku..cg ini paling ku sayangi kerana selalu memberiku pinjam buku2nya, memberikan hadiah berupa buku dan majalah...sungguh terharu...sering juga membelanjaku makan..juga menjadi pelindungku tika diri rapuh..terima kasih cikgu..
Ayahanda, jasamu mengajarku Kembaq, takkanku lupa, semua ilmumu, ku aplikasikan semua, moga melekat menjadi amal dalam diri....amin.Ayahanda, terima kasih kerana memahami diriku, kita jumpa di Pdi, insyaallah.

Cg Yunos. Terima kasih kerana mengajar saya matematik..satu2 nya subjek yang paling saya tak leh skor....sampai setiap kali akan dirotan dalam kelas,sehingga saya di beri tumpuan khas kerana tak leh skor math..mafkan saya cikgu kerana selalu menjuraikan air mata kerana tak tahan belaja math...namun pun begitu, saya tak penah lupa cikgu masakkan makanan yang tak pedas untuk saya, walaupun saya dibebel, saya sayang cikgu,he,he,terima kasih kerana meyakinkan saya untuk mendapat A dalam Math SPM..

Ustaz Fuad, Cg Rosleen, Sir Azmi, Cg Khairul, Cg Jamaludin, Cg Rahman, Teacher Adzlina, Cikgu Azlina Azid, Ustazah Hasyimah, dan semua guru2 MAAHAD AHMADI, dan S.k Pasir Besar, dan semua kawan2..terima kasih cikgu! 


Terima kasih semua!


Semoga ALLAH melimpahkan rahmat kepada semua guruku..amin..

Pengumuman!

Assalamualaikum


Blog ini dalam proses pembikinan dan pengubahsuaian..


Sekian, Salam hormat,



Cik Qalam yang sukses:)

Emak, engkaulah ratu hatiku..:)


Selamat hari ibu,


walaupun belum hari ibu lagi..

betapa banyak dosa dan sikap keterlaluan ku pada  mak,

Astarghfirullahhaladzim,

Akak mohon ampun,


Banyak khilaf, banyak dosa,


Halalkan makan minum kakak, duit belanja, pakaian dan semuanya...

Love u mak :)

Namun, yang penting aku takkan lupa segala pengorbanan mak dalam kehidupan ku,


Aku nekad untuk belajar bersungguh-sungguh!


Nekad untuk terus menjejak kembara mimpi,

Nekad untuk berusaha,


Nekad untuk bermimpi besar,


Nekad  untuk menjadi insan berjiwa besar,


Nekad untuk maju,

Nekad untuk mencari redha NYa

Amin..

For u,


Puan Zaidah Bt Hj Udin
No 298, Peringkat 2, Felda Pasir Besar,
73420 Gemas,

Dari,
Anakandamu yang nakal, lagi banyak kerenah.
Mafkan akak, sayang mak!:)



Twitt..Twitt..SMS..



From me...

Islam itu indah kerana  syariatnya,

Bunga itu indah kerana warnanya,

Rumah itu indah kerana bahagianya,

Lukisan itu indah kerana coraknya,


Ibadah itu indah kerana ikhlasnya kita pada Rabb,

Sahabat indah kerana persahabatnnya,


Cita-cita indah kerana impiannya,


Malam indah kerana bintang dan bulannya,

Dan...

Hati indah kerana CintaNya dan cinta insan yang mencintai kita ikhlas kerana Nya..


Nurzaleha Bt Ab Talib,

Temuduga Mains



 26 April 2011, bersamaan Selasa, jam 8.00 pagi, Cil Qalam ditemuduga oleh Mains berkaitan dengan tawaran pinjaman pelajaran ke Mesir. Subhanallah, ALhamdulilah,pengalaman yang sangt menarik untuk dikongsikan bersama..:)

Untuk Makluman, prestasi ana biasa2 sahaja ketika ditemuduga, credit to Syuhaida dan semua sahabat-sahabat kerana berjaya menempuhi pengalaman di Psiko sebegitu hebat:) oleh para ahli panel yang cukup berpengalaman, berkaliber dan sangat mantap dalam memberi soalan.

Ehem,ehem,ehem...he,he..

Berikut adalah cerita Cik Qalam:

Zaleha, kenapa nak pergi juge Mesr. sedangkan menghantar semua banat negeri sembilan adalah sangat membazir beras. aiseh..ni mujadalah yang sangt merunsingkan pale Cik Qalam..dengan rasa penuh bercelaru, Cik Qalam pun menjawab sampai terpusing pusing nahu dan ikrob..he,he..maf  ayahanda, ustaz idris, dan semua guru2 semua..

Saya tergelabah sekejap,he..he..tpi ini jawapanku, hem, saya tak setuju! Saya makan roti bukan makan beras! he..he..hadoi..tpi kena tegur la...kamu bercakap intonasi hilang, muke tak de perasaan, dan yang paling penting tak mempromote negeri sembilan...adoi...perit...perit...tpi gelak dan senyum je:)

Aiseh...macam mana la, nahu ter out..tpi Cik Qalam tebus balik dengan menjawab mana2 soalan yang dikemukakan..memang sangt berprestij..hadoi..nak nangis pun ada..tpi..cool je...seperti biasa, Cik QALAM MELEMPARKAN SENYUMAN PALING MANIS KEPADA PARA AHLI PANEL...:)

He,he, Lagi macam2 la..ade juge yang tak dapat jawab...adoi ..memang tak patut..tu la...tpi tawakal je..dah usaha, dah datang tinggal tawakal dan berdoa..but so far, so good:)

Ada juga rasa down, but pesan sahabat pada diri, ko dah wat yang terbek, jd jangan takut...ini caturan ALLAH...jika dia mengkehendaki berlaku, maka akan berlaku,,,:)thanks sahabat:)

Ade juga kalam perangsang, dulu para ulama dan orang2 hebat selalu diasak dengan menyatakan kebenaran, Zaleha dah cakap ape yang sepatutnya, jadi buat apa harus gentar lagi? betul juga, Allah, sangat bermanfaat! Syukran:)

Namun, ending temuduga ku, sangat yang terbaik..itu padaku ye:)ku mengatakan pada Ustaz Nor Azamil Alias..Ustaz, terima kasih kerana sudi menemuduga kami :) banyak sungguh saya sedar kelemahan diri, tpi ustaz sebab ustaz tanya saya tak dapat jawab la..., saya nak pergi mesir..jadi, walau apa pun yang ustaz katakan td, saya tetep berpendirian tegas untuk ke Mesir! ( coz sangt teruk di psiko, hu3)

Aiwah..rasa macam seorang peguam tengah berucap menegakkan hujah si anak guaman pula...tpi...itu yang ku katakan, moga mereka memahami hasrat hatiku, mewakili hasrat anak felda dan merangkumi anak2 negeri sembilan:)

Walau bagaimana pun, aku redha dengan semua ketentuannya, temuduga men jadikan kita matang! Moga hasratku tercapai ke Mesir:) amin, insyaallah:)

Alfu syukran ila Ustaz Nor Azamil Alias, Timbalan Mufti, Beliau banyak memberi sokongan , dorongan dan cabaran serta pelbagai soalan yang berbelit serta psiko dan syadid untuk dijawab...walaubagaimanapun, terima kasih, ustaz jasamu dikenang:)

More u give, more u get!

Catatan hatiku



Dear Allah,

Sesungguhnya, hari ini hambaMu ini sanagt bersedih hati, apa tidaknya, esok adalah hari untuk aku berjaya, tetapi ada sahaja yang berlaku seolah menghalang aku untuk terus melangkah dengan lebih maju ke peringkat pelajaran yang lebih tinggi..

Y a Allah, ampunkan dosaku, sesungguhnya, aku tidak mahu termasuk dalam kalangan hambamu yang tidak tahu bersyukur.jauhkanlah aku daripada semua sifat yang boleh menyebabkan aku berpaling daripada menjadi hambaMU yang tidak tahu bersyukur.amin.

Sesungguhnya, di saat kita membuntukan pertolongan, ALLAH menguji kita dalam kepayahan.Dalam kemiskinan juga ALLAH mengajar erti sabar. Dalam kesempitan hidup yang terbelenggu dengan cengkaman masalah, ALLAH mengajar erti berusahalah.Dalam kesempitan waktu yang tinggal ala-ala nyawa ikan, ALLAH masih lagi menguji erti tawakal.
                                        

Oleh itu, nikmat manakah yang lagi kamu dustakan? ALLAH mencampakkan rahmat yang melimpah ruah, makanan yang lazat untuk dinikmati saat kelaparan, minuman yang sangat menyegarkan tatkala kita kehausan, angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tatkala kita berasa panas berhaba, pokok –pokok yang tumbuh menghijau membesar memberi nafas oksigen pada kita semua.Nikmat manakah lagi yang kita tidak wajib bersyukur? Nikmat yang manakah, sahabatku?

Satu saat, kita berjaya gilang-gemilang,semua orang mengagumi kejayaan kita, semua menghampiri kita semata-mata mahu menjadi yang terbaik, mengangkat kita menjadi pemimpin, membelanja kita atas sebab-sebab yang tak tentu, maka janganlah kita lupa, hidup ini umpama roda.sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di tengah, kadang jatuh terus ke bawah..

Bila jatuhnya kita, maka lihatlah, siapa kawan, siapa lawan..hanya teman sejati yang akan hidup sehati sejiwa menemani diri kita yang sedang terkapar-kapar..lihatlah juga, pada siapa kita mengadu? Lihatlah kembali, bagaimana kita memuhasabah diri supaya kita kembali menjadi yang hamba yang terbaik..sejajar dengan kalamullah, …tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku..surah az zariyat, ayat 56.

Temanku yang budiman, saat ini saya sangat memerlukan kamu, sangat perlu, jangan tinggal daku…tpi, antara kasihmu, dengan kasihku pada penciptaku, aku mengutamakan kashku pada penciptaku..kata-kataku bukan mainan mulut, bulan sahaja larian jari di atas keyboard, tapi, ia adalah rahsia hatiku..aku sangat memerlukan semangatmu, tpi aku masih juga memerlukan  semangat ibuku yang berlelah berusaha mencari rezeki melalui tulang empat keratnya, meski, aku sangat memerlukan wang dan pelbagai kemewahan lagi untuk meneruskan hidup, namun aku sudah cukup bersyukur, aku masih lagi memiliki cinta hati bagi sang pemilik hati yang sangat2 mencintai diriku, dengan itu semua aku sudah berasa sangat kaya dengan kasih bahagia yang dilimpahkan, alhamdulilah,justeru, aku ingin tanggalkan semua selimut dunia, semata-mata untuk mencapai kasihMu. Y a Rabbi,redakanlah hatiku....

Sesungguhnya, hatiku ini tidak kuat untuk meminta-minta pertolongan pada manusia, aku malu, bukan kerana  egoisma, tpi memang aku tak sampai untuk meminta.teringat aku memiliki tubuh badan yang sihat, otot yang tegap, jadi aku malu meminta pada manusia,aku juga tak mahu dipandang rendah oleh manusia, justeru, aku banyak memohon kepadaMu.kuatkanlah hatiku untuk menahan semua tohmahan dunia,kuatkanlah jiwaku agar aku kalis dari semua serangan penyakit hati, kuatkanlah langkahan kakiku untuk mencapai kecemerlangan,kuatkanlah fikiranku untuk terus memikirkan masalah ummah, masalah agama, agar hatiku bertambah kuat kecintaan kepadamu berbanding cntaku pada ayah dan ibu, cinta pada wan dan atok, cinta pada kuargaku, cinta pada insan yang mencintaiku,moga aku mencintaimu lebih dari segalanya, kuatkanlah diriku..aku ingin menjadi mukmin yang kuat kerana,

…Allah lebih menyukai orang mukmin yang kuat berbanding orang mukmin yang lemah..
                                            
 Sungguh hari iniku tersentuh hati sekali, pelbagai belenggu datang bertimpa-timpa, aku kadang-kadang lupa, selayaknya, aku menitiskan air mataku untuk ALLAH dahulu berbanding pada manusia..lantaran itu, kelak dihadapan semua manusia, aku ingin menjadi insan yang kuat,takkan menjatuhkan air mata sesuka hati kepada yang bukan layaknya,amin.:)

 Semoga aku menjadi NURZALEHA yang lebih kuat, matang, berfikiran jauh dan sentiasa positif, berintergriti dan optimis dalam semua aspek dan produktif dalam kerjaya.amin.
                                         

Catatan hati,25042011,1511,Kg.Selayang.Pandang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...