Guruku, Gurumu jua!

Assalamualaikum.

Terima kasih, cikgu!
16 MEI 2O11!

Meski tarikh saya menaip entri ini sudah terjangkau lamanya..

Namun, itu tetap tidak menghilang saya untuk mencoret sesuatu buat dirimu guruku..

Besarnya jasamu mendidikku sungguh memberkas jiwaku..

Dari saat umurku satu hari sehingga kini 19 tahun 23 hari, saya mula melangkah menjadi matang..

Guruku yang pertama pastilah ibuku, mendidik, mentarbiah, menjaga, mengasuh, mengajarku pelbagai pekara..

Kita bukan seperti nabi Adam, baginda diangkat martabat sehingga guru yang mengajar baginda ialah Allah..Mulia pangkatnya,

Firman Allah dalm kitab muliaNya,

Dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada para malaikat,seraya berfirman, sebutkan kepada Ku nama semua benda ini jika kamu yang benar..
Surah Al Baqarah, ayat 31.  

Itu para nabi, kita? maka,  Ulama adalah pewaris para nabi..
meski kita tidak mampu menjadi ulama,
apalah salahnya jika kita mempelajari ilmu daripada para ulama.

Menuntut ilmu adalah wajib keatas semua manusia. Oleh itu, definisi guru sebenarnya bukanlah tertakhluk pada guru di sekolah sahaja, atau daripada ulama, erti guru adalah sangat subjektif..iaitu sesiapa yang mengajarkan sesuatu kepada orang lain itu sudah cukup layak di gelar GURU..

Hebat! Tak percaya? Ingat lagi kisah Imam Syafie? Kisah bagaimana dia mengiktiraf seorang yahudi sebagai gurunya, hanya kerana yahudi itu mengajarnya membezakan anjing betina dan anjing jantan.Allah...Hebat! 

Guru..Satu ungkapan yang sangat subjektif..4 aksara yang sungguh meninggalkan bekas di hati saya,

Merungkai kembali sejarah guru2ku, terlalu banyak kisah yang daku peroleh..

Jika di sekolah, saya akan jadi sangat cemburu kepada kawan-kawan yang diingati guru..jika boleh, saya juga mahu diingati guru...saya pernah mendengar kata2 keramat ustazah, sesiapa namanya yang diingati oleh gurunya, itu tanda guru itu memberkati ilmunya pada nya...

Oleh hal yang demikian, saya sangat menyanjungi guru2 saya, saya sangat mengasihi mereka, saya bnyak terhutang budu, terhutang masa, dan pelbagai lagi perkara  yang tak perlu saya huraikan..

Untuk Ustazah Khairah, dan Ustazah Norliah, terima kasih ustazah kerana selalu memberikan saya pelbagai kemudahan  untuk saya belajar dari  tingkatan satu hingga tingkatan enam..terima kasih kerana membenarkan saya menumpang tidur dirumah ustazah, belajar tanpa menolong ustazah masak,he,he,membantu saya ketika saya pitam time trial spm..dan pelbagai lagi..terima kasih ustazah!


Ustaz Idris, Ustaz Khedr, Ustaz Taufiq, Ustaz Nasir, Ustaz ADnan, Ustaz Ezzadin, Ustazah Ismariah, Ustazah Norliah, Ustaz Hafiz, terima kasih ustaz dan ustazah, jasamu ku kenang.. mendidikku Stam, memberi semangat untukku belajar..semangat untuk aku melanjutkan pelajaran ke Mesr.. 

 


Jika menyingkap sejarah saya di Maahad Stam, aduhai, macam2 peistiwa yangku lalui, menangis dihadapan ustaz Nasir kerana markahku kurang dalam Tafsir..begitu juga Quran..ada juga ku beria-ria meminta menambah markah balaghah, tpi tak berjaya pun, hem, di tempik Ustaz Idris, he...he...macam2...adoi...bikin malu hu,hu...tpi saya yakin inilah pengalaman..dan ia mematangkan diri..

Cg Mohamad, guru yangku anggap bapaku sendiri, selalu ada berdiri di belakangku tika saya hampir rebah, selalu menyokong tindakan saya dan selalu juge saya keras kepala di hadapan cg..namun, cg tetap bersabar dengan pelbagai kerenahku..cg ini paling ku sayangi kerana selalu memberiku pinjam buku2nya, memberikan hadiah berupa buku dan majalah...sungguh terharu...sering juga membelanjaku makan..juga menjadi pelindungku tika diri rapuh..terima kasih cikgu..
Ayahanda, jasamu mengajarku Kembaq, takkanku lupa, semua ilmumu, ku aplikasikan semua, moga melekat menjadi amal dalam diri....amin.Ayahanda, terima kasih kerana memahami diriku, kita jumpa di Pdi, insyaallah.

Cg Yunos. Terima kasih kerana mengajar saya matematik..satu2 nya subjek yang paling saya tak leh skor....sampai setiap kali akan dirotan dalam kelas,sehingga saya di beri tumpuan khas kerana tak leh skor math..mafkan saya cikgu kerana selalu menjuraikan air mata kerana tak tahan belaja math...namun pun begitu, saya tak penah lupa cikgu masakkan makanan yang tak pedas untuk saya, walaupun saya dibebel, saya sayang cikgu,he,he,terima kasih kerana meyakinkan saya untuk mendapat A dalam Math SPM..

Ustaz Fuad, Cg Rosleen, Sir Azmi, Cg Khairul, Cg Jamaludin, Cg Rahman, Teacher Adzlina, Cikgu Azlina Azid, Ustazah Hasyimah, dan semua guru2 MAAHAD AHMADI, dan S.k Pasir Besar, dan semua kawan2..terima kasih cikgu! 


Terima kasih semua!


Semoga ALLAH melimpahkan rahmat kepada semua guruku..amin..

2 comments:

  1. :-) sweet...dirimu jua guru pada diriku... jadi selamat hari guru sahabat.... :-)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari guru juga sahabatku manissssss:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...