Buat bakal isteri...


Kepada yang bernama isteri, kalian bergelar SOLEHAH,

Jika cintamu kepada suami berpada-pada,

Agar jika terpisahnya kalian,

tidak 'membunuh' kewarasan minda,

Mencedera teruk perasaan dan emosi,

Hingga menjejaskan ibadah dan taqwamu dan cinta suami,

Kerana perpisahan itu pasti, 

walau sementara mungkin,

Salah seorang dari kalian mungkin lebih dahulu menemui ilahi,

 lalu terpisah..

Hatta jika kalian menemui ilahi bersama, ruhmu akan bergerak berasingan..

terpisah,

Jika ditakdirkan kalian ke syurga..

Tidak diketahui berapa tempoh sebelum pertemuan di syurga itu, terpisah,

Kerana masing-masing pasti ada urusan perlu diselesaikan,

Bagaimana pula jika salah seorang masih belum di Syurga..? 

Nauzubillah...

Justeru, wahai isteri..cintailah suamimu selepas Allah & RasulNya,

Pastinya Allah denganmu tiada terpisah, 

Dengan itu, perpisahan dengan suami mampu ditanggung, 

Rindu mampu ditangani, 

Ujian dan cabaran cinta, emosi & perasaan,

 merapatkanmu kepada Allah

Bukan menjauhkan...

lalu jadilah kalian ISTERI SOLEHAH.

Yang cintai suami dan dicintai, 

dari jenis CINTA AKHIRAT bukan cinta DUNIA.

Ingatan sama juga untuk suami, juga terhadap anak-anakmu.

Sumber : Zaharuddin.net

Note to myself two


Bismillahirahmannirahim.

Sejujurnya hati sudah berdebar-debar..entah mengapa..agaknya macam ni perasaan mahu mendirikan sesuatu yang baik..

Aku bersangka baik dengan semua takdir Allah..Kita merancang, Allah ada perancangan, dan sudah tentu Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan..Ya Allah, permudahkan lah urusan hambamu ini..Allahu, amin.

Sebulan sahaja lagi, apabila sampai tarikhnya nanti saya pasti bertukar status. 

Apabila hati rasa gementar sangat-sangat, justeru saya menelefon sifu master yang berpengalaman. Ukhti itu berpesan agar menetapkan niat yang baik dan ikhlaskan hati. 

Banyakkan dekatkan diri pada Allah. Banyakkan lebihan masa dengan ibubapa, kerana selepas itu, masa kita perlu di utamakan kepada yang lebih berhak. Allahu robbi..nervous pun ada cuma mengharapkan nasihat kakak dan sahabat-sahabat.

Ini making the ummah, bukan perkara yang main-main. Ini perkara yang super serius dan sangat besar dalam hidupku. KepadaNya aku memohon agar semuanya di mudahkan. 

Allahu robbi, la taj alani minal ghofilin.. Amin.

Sindir diri sendiri~


Raya haji sudah berakhir, sekarang sudah pertengahan oktober, dan tentu ramai sudah para pelajar akan pulang ke Mesir kembali.

Rasanya sekarang sudah masuk musim sejuk, mungkin cuaca masih panas tapi angin sudah bertiup sejuk. Mesti ramai yang akan ke Mall untuk beli baju sejuk yang baharu dan cantik.

Jika di turutkan hati, sekarang juga mahu pulang. Segala permasalahan dan belenggu akan hilang sekelip mata. Namun, jika kita lari dari masalah, masalah akan lama kelamaan menjumpai kita kembali, justeru selesaikan masalah dan hadapi masalah dengan berani dan tenang.

Orang yang lari daripada masalah hanya akan menjumpai jalan mati dan akhirnya hidup dalam keadaan tidak tenang. Mahukah kita hidup tak tenang, gelisah dan di selubungi bimbang?

                                     ***************************************************

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). 

(Al-Baqarah: 214)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah 

beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

(Al-Ankabut: 2-3)
Bila kembali kepada jalan Allah, hati yang gelisah menjadi tenang.

Hati yang layu menjadi segar,

Hati yang mati menjadi hidup.

Mengapakah kita perlu berkeluh kesah dengan ujian yang menimpa hidup kita? Tahukah kita bahawa nabi ulul azmi yang lima sangat hebat di uji oleh Allah? Diseksa oleh kaum yang jahil akan agama, sehinggakan bilangan orang yang beriman yang mahu menyertai nabi hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan kafir laknatulah.

Tapi..siapakah nabi ulul azmi yang lima..?

Baginda adalah:

Nabi Nuh

Nabi Isa

Nabi Musa

Nabi Ibrahim

Nabi Muhammad.

Tapi, aku bukan nabi...aku manusia yang lemah..

Memang betul, kita ini manusia yang lemah, tapi sedarkah kita nabi itu juga walau sehebat-hebat utusan, baginda juga adalah manusia seperti kita? Jika nabi boleh bersabar dalam sebarang musibah dan ujian mengapa tidak kita?

Jika nabi di ejek dan di lempar tahi oleh kaumnya, kita hanya di marah ibubapa barangkali kerana tidak mengerjakan solat mengikut waktu yang tepat sudah merajuk membawa diri. Tak malukah kita pada nabi? Tak malukah?
Ohh...

Konon-konon kita ini pelajar sekolah agama, kita mesti sentiasa baik konon-konon di depan orang ramai.

Mest pakai tudung labuh dan berjubah serban agar kita lebih di hormati oleh masyarakat. Kita ego bila ditanya soal jawab agama, konon-konon itu bidang kita, bila ditanya kita dengan yakin memberi fatwa sedangkan kita ini jahil lagi..

Bila di minta dalil atas pandangan ulama mufti,kita silap. Tapi bila bercakap, konon-konon itulah fatwa terbaik yang kita tahu. Itulah silap besar kita menjadi pelajar sekolah agama. 

Ego.

Bukankah dulu masa di suruh belajar bersungguh-sungguh ilmu hadis dan al quran, kita duk sibuk bercinta tak ingat dunia?

Bila ilmu di uji dengan masyarakat, kita mula lupa diri. Kita berasa kita seorang yang tahu sedangkan keluarga kita pun sebenarnya kita terlupa nak dakwah.

Bukankah dulu masa Edadi satu, ustzah dah ajar, hadis 40, hadis yang pertama pasal niat? Semua seseuatu perbuatan akan dihitung dengan bergantung kepada niat. Jika baik niatnya, maka dapatlah pahala dan kebaikan. Jika buruk, maka buruklah jawabnya.

Oh, terlupa ya?

Dari Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar Ibnul-Khattab ra. katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W  bersabda:
Sesungguhnya setiap Amal itu (bergantung) dengan Niat, dan sesungguhnya setiap orang itu dengan apa yg dia niatkan. Barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka dia berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya.
Barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia dan segala habuannya, atau kerana perempuan untuk dinikahi : maka hijrahnya kepada apa yg dia hendak berhijrah kepadanya.
(Hadis Soheh, Muttafaqun’alaih)
Setiap hari adalah hari muhasabah diri, tanyalah betapa banyak amalan yang kita buat sebelum ini tanpa niat yang baik? Tepuk dada, tanya iman..

                                   *********************************

Dan aku pun terdiam menghitung hari. Mengira detik-detik waktu hidup yang tersisa. Masihkah sempat untuk aku memperdalami ilmu agama sedangkan masa hanya terisi dengan hiburan dunia yang lalai.


Bila nak berubah je, ada je anasir jahat datang ganngu, oh, iman tdak kuat lagi..

Allahuuuuuuuuuuuuuuu. Yusaiduniiiiiiiiii, ana doifah wa ana asimah ilaika. Allahu, igfirli zunubi, La ila ha ilauwah, Muhammad rasullullah.
Nah ayat-ayat cinta buat ubat hati :

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 
(at-Taghaabun: 11)

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. 
(Taha: 131)

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); 
(Al-Fajr: 14-17)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). 
(Az-Zumar: 49)

For myself


Memang kadang-kadang pilihan itu buat diri kita rasa tersepit dan lesu serta putus asa untuk menghadapi dugaan hidup, rasa tak kuat semangat dan rasa macam dah tak tabah.

Tapi, kita mesti mendepani masalah dengan berjiwa kental dan tabah, justeru barulah ada terasa hidupnya kita di muka bumi ini.

Jika kita membiarkan rasa lemah dan gelisah menguasai diri, memang parahlah hidup. Itu sebab nabi cakap kita perlu ada kumpulan, atau jemaah atau sekumpulan agar saling kuat menguatkan antara satu sama lain.

Saat aku sedang mencari cari akan kebenaran akidah kelompok itu, aku di tinggalkan sepi kerana lemahnya ukhwah antara kelompok itu menjadikan aku tidak kuat lagi. Bagai mengharapkan pagar, pagar makan padi.

Terasing di dunia sendiri, menjadikan nafsu merajai diri. Diri yang hakikatnya milik Allah, terus terabai rohani dan hati mulai menghitam.

Hidup gelisah dan dunia terasa kosong. Apa sahaja yang harus aku buat?

Benarlah kalam suci Allah itu, demgan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Ah, hati ini demam barangkali kerana jauhnya kelompok itu dariku..

The making of Ummah

Bismillahirahmaniirahim, dan selamat berbahagia semuanya.

Tak sangka aihh..nampak tembam sangat la pula~ haha. ni the making of kurus la pula~

Tak sangka akhirnya sudah ramai kawan-kawan yang telah melangsungkan bahtera rumah tangga dalam seawal usia 21 tahun. Alhamdulilah. Semalam menjadi sejarah, berlangsungnya sahabat mendirikan rumah tangga. All the best wishes to Hana Szied and her couple, Bro Hafiz, Barakallahu lakuma wa jamak baina kuma fil khoir~ Amin.

After two years jugaklah saya juga dah tak bejumpa dengan member lama, well semalam the dreams comes true. Haha~ Sampai-sampai sahaja, sudah di serbu oleh Syafiqah, Aan, Ija dan Fatin Nabila. Masing-masing still the same. Masih berwajah sama, berpesonaliti sama cuma universiti sahaja yang lain-lain.

Apabila sudah makan, pergi bertandang ke meja kawan-kawan ex maahad, dah berjumpa, gelak sakan xingat dunia da~ Hee..kami bergambar dan sempat juga berborak, dan antara isu yang hot adalah :

~ Bila aihh nak kawen..

~ Amboihh...macam mana boleh berubah badan ni? hahaha. hati bahagia la katakan..tu pasal badan seperti di pam-pam..ohhh...heehhe

~ Bila nak balik Mesir?

~ Amboih..pasangan pun sama- sama bahagia naaa...pun seprti di pam-pam..

~ Dan the left is the rest...hehehe

By the way,  “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ruum [30]: 21).

Fot the zaujah dan zauj, ingatlah bahtera yang kalian bawa adalah bahtera yang selamanya panjang dan berliku. Allah telah mengatakan dalam ayat-ayat chentaNya, suami dan isteri itu diciptakan agar terwujud rasa kasih sayang dan belas kasihan antara keduanya. Allah menciptakan manusia dengan sebaik kejadian, justeru binalah layar dengan baik. Pandulah dengan sebaik- baik nakhoda.

Tempoh yang paling penting selepas pernikahan adalah melalui proses fasa perkahwinan itu dengan sebaiknya. Bagaimana membimbing isteri menjadi taat dan solehah serta tunduk kepada perintah Allah.

And being husband is just not give nafkah, but in deep meaning give both zahir n batin with full dedicated to Allah. Allahu.. And those who is in the making of ummah, or on the way of making ummah, the first step is jadilah orang yang soleh, nescaya kita akan memperoleh yang solehah juga. Saya tumpang gembira untuk anda sahabat:) Doakan saya juga.

“...Wahai manusia, takutlah kepada Allah dalam urusan perempuan. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai isteri dengan amanah Allah. Kamu punya hak atas isterimu dan isterimu juga punya hak atas kamu. Ketahuilah, aku wasiatkan kepada kalian untuk berbuat baik terhadap isteri-isteri kalian. Mereka adalah penolong kalian. Mereka tidak memiliki apa-apa untuk dirinya dan kalian pun tidak memiliki apa pun dari mereka selain itu. Jika mereka patuh kepadamu, janganlah kamu berbuat aniaya kepada mereka.” (HR. Muslim dan Turmudzi)

Begitulah kasihnya rasullulah kepada kita sehingga mewasiatkan kepada para lelaki bergelar suami untuk berlaku baik dan adil pada wanita yang bergelar isteri. Justeru, pandulah rumah tangga berdasarkan lunas dan jalan  syariat islam. Allahu~

Teringat kata seorang sahabat, padanya untuk berkahwin bukanlah perkara yang main-main. Jika dia di ajak kahwin, she will take a long time to answer it. By the way, im proud with you!

Bagi saya, sekiranya sudah sampai jodoh dan di berkati ibubapa, dan berdoa sungguh-sungguh pada Allah agar pilihan tepat, saya juga akan menyahut seruan kempen kawan-kawan the making of ummah, insyaallah. Moga pilihan yang di berkati Allah jua.

Moga ALLAH  redha usaha kita semua. Allahuma amin.

Coretan hati

Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum.


Pertamanya, alhamdulilah atas segala nikmat Allah saya telah berusia 21 tahun. Atas usia itu saya telah melakukan pelbagai keputusan penting yang selalunya bisa mengubah hidup saya. Alhamdulilah juga, walaupun sudah kali kedua Mesir bergolak lagi, saya masih ada kesempatan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti tertua di dunia itu, Al Azhar, Mesir. Berkat doa ibubapa, guru-guru, rakan-rakan dan semuanya alhamdulilah, saya menjejak ke tahun tiga dalam bidang pengajian islam bahasa arab dan kesusasteraan pada tahun ini. Alhamdulilah.

Tatkala ini, saa masih di rumahku syurgaku, Negeri Sembilan, Malaysia. Insyaallah, jika tiada aral saya akan berangkat ke Mesir sekitar 31 Oktober 2013 untuk menyambung kembali pengajian yang tertangguh. Moga-moga tahun ini saya memperoleh keputusan yang cemerlang seterusnya melonjakkan diri menamatkan pengajian selama empat tahun sahaja. Allahu Akbar. Insyaallah, Amin.

Aktiviti sepanjang di rumah ni adalah memasak, menolong wan dan atok, jadi jururawat pun ada, membaca buku cerita yang tertangguh berbulan lamanya, tidur sepuasnya, hehe, mengajar adik-adik UPSR untuk mempertingkatkan lagi kemahiran, berprogram bersama mahasiswa negeri sembilan. Alhamdulilah.

Selain itu juga, tahun ni setelah mempertimbangkan pelbagai keputusan, ruang dan peluang dan menjaga hati banyak pihak, akhirnya saya telah membuat keputusan yang besar dalam melayari kehidupan yang sementara di dunia ini. Pilihan ini ku anggap yang terbaik kerana ianya telah mendapat restu ibubapa dan keluarga. Moga Allah mentakdirkan yang terbaik buatku dan semua, Amin. Sekadar melepaskan apa yang terbuku di kalbu, nanti saya tulis lagi. Hehe.

Ikan paten masak tempoyak

~Ikan paten masak tempoyak~
 Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum, apa khabar dan salam bahagia.

Hari ini dah masuk 28 ramadhan, dan saya terasa sangat- sangat nak makan ikan paten. So, Allah makbulkan. Alhamdulilah. Saja nak kongsi resepi turun-temurun wan untuk semua. Manalah tau, besok-besok ada hari mak mertua tiba-tiba menguji nak test masak, menggagau cik puan. haha..So, sharing is caring, tak rugi pun bagi tahu...

Bahan-bahan :
 ( Untuk makan 4 orang)

Seekor ikan paten di potong kecil-kecil,
Segengam cili padi yang segar,
kunyit hidup,
Tempoyak,
Air masak,,
Terung,
Garam,
2/3 Batang serai di tumbuk tak hancur

Cara memasak :




Tumbuk cili padi dengan kunyit. Tumbuk kunyit dulu sampai lumat, baru campur dengan cili dan tumbuk bersama garam kasar. Hal ini bertujuan untuk memudahkan anda menumbuk cili bila letak garam sekaligus mengelakkan anda terlupa memasukkan garam dalam masakan nanti. huuu~

Tumbuk sampai lumat, tak de biji lada. 

Next, letak ikan dalam kuali, lumurkan segala hasil tumbukan tadi dengan ikan agar sebati. Hidupkan api dan masukkan air secukupnya, macam nak masak gulai kuning gitu...campurkan tempoyak. Makin banyak letak, makin mengancam rasanya~ Nyum, eh poce..huuu~ Campakkan serai, penambah rasa..

Untuk tambahan, letak terung bila gulai tadi dah menggelegak. Ni kira macam side dish la~ Coz, kalu gulai kosong je , ok gak, but my umah suke letak terung dan serius nice~ Kacau perlahan-lahan takut ikan hancur, paling elok masak dalam periuk~ Masak sampai masak~

Masa nak basuh ikan, gunalah limau supaya hanyir ikan hilang~ oh, marvelous~

 Tambah garam secukupnya bila masak, ok?

Then, ready to serve!

Ps: Moga Allah meredhai segala amalan kita pada bulan ramdhan yang menghujung ini. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...