Dan setahun berlalu lagi dengan sangat pantas.
Setahun juga, ku tinggalkan blog ini dengan sarang lelabah. Tak berkunjung, sepi.
Selepas entri terakhir, hati kecilku..di akhir perenggan aku ada berdoa semoga aku dapat berkonvo di Mesir. Syukur, doaku di makbul Allah.
Masa yang berlalu sangat pantas, atok memberikan aku sejumlah wang dan bulan Oktober akhirnya aku terbang bersama Sudaisy ke Mesir. Tinggal di sana selama seminggu untuk melepas rindu. Macam-macam cerita, macam-macam ragam akhirnya tika aku nak pulang ke Malaysia dengan Saudia Airways,aku terlepas kapal terbang. Menangis tak berlagu aku waktu tu.
Kesal. Menyesal. Terduduk. Tak berperasaan. Semua rasa berkecamuk. Kecewa dengan diri sendiri. Berpuluh kali aku menaiki kapal terbang, tapi akhirnya tersangkut juga. Mujur, ada insan yang baik hati sudi menawarkan bantuan kewangan, akhirnya,aku selamat sampai ke tanah air dengan Etihad airways.
Ya, pengalaman yang manis dapat, yang pahit juga dapat. Pulang sahaja, aku terus dapat pekerjaan sebagai guru pasti di Pasir Besar. Sangat seronok berada di alam pekerjaan. Merasai peluang berkejaya, bersosial selama lebih kurang lima bulan. Sehingga Mac, aku berhenti kerana kandungan sudah memasuki usia enam bulan. Dan seronoknya, pertama kali akan berpindah ke rumah sewa. Duduk sekeluarga selama lebih empat tahun berkahwin.
Namun, ku sangka panas sampai ke petang..rupanya hujan di tengah hari. Suamiku yang telah naik pangkat,kontraknya tidak di sambung lagi. Lalu menjadilah kami tiada sumber pendapatan. Sudahlah gaji tidak di bayar penuh, komisyen juga tidak di beri, pampasan pun tidak di peroleh lagi, maka kesempitanlah kami di tengah kota.
Menjadilah kami seperti " Sireh pulang ke gangang". Aku pulang ke Pasir Besar ke rumah mak. Mujur, mak memahami. Aku pasrah meski aku kecewa juga. Tapi nak di bandingkan kecewa suamiku, tak tertanding rasanya. Saat kontraknya tidak di sambung, air matanya menitis masih terbayang-bayang di mindaku. Gara-gara fitnah, dia yang merupakan pekerja terbaik di putuskan kontrak. Aku berdoa, semoga ada sinar bahagia buat kami.
Aku percaya dan yakin..Rezeki kami di pegang Allah. Jika Dia mengkehendaki sesuatu pasti Dia akan memberi saat tiba masaNya.
Ini adalah masa untuk kami bangkit dan berdoa lebih kuat lagi. Aku yakin,ini adalah ujian untuk menguatkan keimanan, bukan melemahkan. Aku terima takdir yang tertulis. Semua ini untuk kebaikan bukan untuk keburukan.
,

No comments:
Post a Comment