Kelebihan istighfar

Bismillahhirahmanirrahim,
Credit. Bila agaknya saya boleh jadi macam matahari? menerangi orang lain dan mendatangkan manfaat dengan berasa gembira tanpa perlu fikir perkara yang menyedihkan.

Assalamualaikum, Salam Bahagia dan ceria,

Segala puji dan selawat hanya untuk Allah dan pesuruhNya, Nabi Muhammad S.A.W, Allahuma solli ala saidina muhammad,

Kepada sahabat dan orang tersayang saya di Mesir, semoga anda selamat, di jauhkan dari bahaya dan bala bencana, moga Allah menjadikan anda cekal, tabah dan selamat di sana. Allahuma amin. Serius saya sangat risau. Moga Allah menjaga kalian.

Dan malam ni tak tahu kenapa hati rasa sangat gelisah, serba salah, dan macam - macam lagi perasaan yang tak baik. Seorang sahabat saya selalu ingatkan saya, jika berasa begitu, maka beristighfarlah, kerana itu tanda hati sedang di ganggu syaitan. Astargfirullah hal adzim.

Dan saya seperti biasa, menghabiskan malam yang saya rasa kelam - kelibut ini dengan membaca buku. Sedang membaca buku bertajuk Anthem karya Hlovate. Dah nak habis, tapi terpaksa menangguhkan bacaan sebab tangan ni rasa macam nak menaip. Bila tak luah, rasa macam nak meletup hati ni, hehehe, ok, hiperbolanya!

Sedang duk baca, belek -belek pula  solusi, mana tahu ada manfaatnya, maka ternampak pula, kelebihan istighfar, dan saya kira sangat bermanfaat jika kita boleh mengambil intipati dan mengamalkannya, insyaallahh. Amboi, panjangnya mukadimah :D

Allah telah merakamkan kelebihan istighfar dalam surah Nuh, ayat 10-12,

Dalam ayat ini, Allah menceritakan bahawa nabi Nuh menggalakkan umatnya beristighfar kerana ganjarannya banyak, antaranya, :

Allah akan menurunkan hujan lebat yang dapat menyuburkan tanah-tanah mereka, sehingga menghasilkan tanaman dan buah-buahan yang mendatangkan kebaikan kepada mereka.

Allah juga akan menganugerahkan kepada mereka harta kekayaan yang banyak dan beraneka rupa dan ragam.

Allah akan menganugerahkan zuriat yang akan melanjutkan keturunan mereka, sehingga mereka tidak pupus.

Allah akan mengalirkan sungai yang berperanan mengairi kebun-kebun mereka, sehingga tanam-tanaman hidup subur dan menghijau.

Walaupun wasiat ini berkaitan dengan perutusan nabi Nuh tetapi sesuai dengan perutusan Al Quran yang manfaatnya bersifat kekal.

Dan sesiapa yang selalu beristighfar hatinya akan menjadi lembut, dan bersih. Senang menerima nasihat dan ilmu mudah masuk. Jadi, amalkanlah istighfar. Perlulah di ingat, kita mengamalkan bukan sekadar mahu mengejar ganjaran, tapi kita perlu betulkan niat melakukuan semata mata kerana ALLAH.

Allahuma zuqna himmatan a'liyatan fi tolibil ilmi. Allahuma amin. Allahuma faqihna fiddin, wa alimna ta'wil, birah matika, ya arhamarrohimin. Amin.

Semoga Allah redha usaha kita semua. 
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...