Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum,W.b.r.
Salam sejahtera ke atas semua.
Sudah hampir sebulan rasanya,Cik Qalam berada di bumi auliya.Alhamdulilah,nampaknya,Cik SQ sedang giat menaip entri tebarunya.hu.hu..hu..tak pe..tak pe..:) Keep it up my frens:)
Sesungguhnya, pelbagai pengalaman telahku kutip disini,berada di tempat orang tak sama seperti di tempat sendiri.Ialah manakan sama hujan batu di tempat sendiri,hujan emas di negeri orang.he..hehe..papela..
Berbumbungkan atap batu,berdindingkan batu juga,Cik Qalam tinggal aman sentosa dirumah Negeri Sembilan.Iaitu di Bandar Nasr City,Cairo.Sekitar haiyu Sabik( Seksyen 7).
Untuk kali ini,entri Cik Qalam akan berbentuk santai sahaja.Lebih banyak bercerita dan berkongsi,insyaallah. Cik Qalam dedikasikan entri ini pada ibuku,Puan Zaidah Binti Hj Udin.Moga terhibur hendaknya mendengar kabar berita dari anakandamu yang jauh.
Cik Qalam berpisah dengan Malaysia beribu batu,meninggalkan rumah,mak,keluarga,tunang,sahabat,tanah air,masyarakat.Perjalanan selama hampir sepuluh jam begitu melemahkan aku yang berada didalamnya.Hinggakan saat kapal terbang sudah tepat mendarat di lapangan terbang Qatar,maka aku pun tanpa sempat ditahan lagi,mengeluarkan semua isi perut.Loya,pening,penat,tapi yang penting aku lega kerana aku dah muntah:) he.he.he..
Dari Dhoha,transit lebih kurang setengah jam,kami terus menaiki kapal terbang Qatar Air Ways ke Mesir.Berada didalam kapal terbang sememangnya bosan jika kita tak de benda yang mahu dibuat.Namun,bagiku,aku memanfaatkan teknologi didepan mata dengan menonton TV,makan,tidur,bace buku,ulang baqarah,tajdid niat dan makan..:)
Seterusnya,kami tiba dibumi anbiya’ jam 3.30 petang bersamaan pukul 11.00 malam Malaysia.Alhamdulilah,sebaik tiba kakiku menjejak di bumi Mesir ini,aku terus memasang niat.Moga2 kedatanganku kesini hanya keranaNya.Semoga harapanku yang menggunung dipundakku,yangku galas kiri dan kanan akan ku tunaikan dengan kejayaaan sewaktu kepulanganku ke Malaysia nanti,insyaallah.Tunggu akak,mak.Tunggu saya,empat tahun sahaja.Insyaallah.
Tiba dirumah negeri,selama seminggu kami berorentasi.Dikendalikan oleh para Ustaz dan Ustazah yangku kira semuanya sudah berkebolehan dan mantap dalam mengurus adik-adik baharu seperti kami.
Macam biasala,sampai je kat sana,pelbagai penghormatan diberikan kepada kami.Para isi umah membantu adik baharu mengangkat barang,mengemas,memberi tunjuk ajar dan macam2 lagi la..Namun pun begitu,..
Paling tak leh aku lupakan,sampai sahaja disana,Kak Ain Syafiqah selaku Ketua Disiplin Dan Protokol memberi arahan supaya kami tidak boleh mandi.wahhh…nganga mulut lebar:D..Hehhe..bukan cam tu,tapi cam ni:o.Atas alasan kesihatan.Kerana dikhuatiri kami akan mudah dijangkiti penyakit lantaran tidak lagi biasa dengan cuaca disini.
Segala arahan kami terima dengan akur.Walaupun penat nak mandi je rasanya,tapi demi kebaikan kami turuti jua..hu..hu..
Disinilah,segalanya bermula:)
Bangun pagi seawal awalnya,jam empat pagi sahaja sudah azan subuh,jam du belas tengah hari zuhur,tiga petang asar,maghrib jam enam petang dan tujuh sengah solat isyak.Malam akan mulai memekat jam enam petang manakala jam lima pagi pula sudah cerah.
Suasana di Mesir tidak sama rasanya di Malaysia.Malaysia bersih namun disini,emm..agak berdebu,hampir kesemua bangunannya tidak bercat warna –warni.Hanya warna coklat sahaja.Disini,sampah je kita boleh tengok banyak merata-rata.tapi walau bagaimana pun,aku tetap bersyukur dapat menjejak kaki ke bumi Mesir.Merealisasikan jejak-jejak mimpiku!
Alhamdulilah:)
No comments:
Post a Comment