Pengalaman di Program Saudara Baru

Assalamualaikum, kepada pembaca setia entriku..
Pagi ini, Cik Qalam nak  berkongsi dengan pengunjung blog tentang  pe yang Cik Qalam buat sepanjang seminngu Cik  Qalam..he, he..

Pertamanya, bermula sahaja, 1 Mac sehinnga 3 Mac, Cik Qalam ke P.D.I. atau nama penuhnya, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Seawal jam 7.15 pagi, Cik Qalam telah bertolak dari Pasir Besar.untuk pengetahuan semua, rumah Cik Qalam agak jauh daripada jalan raya,  ditambah dengan Cik Qalam yang tak reti bawa motor atau pe pun kenderaan melainkan BASIKAL dan KERETA MAINAN...hehehe, jadi, Cik Qalam kenalah menapak untuk jalan kaki ke jalan besar..

Nak jadi cerita, Cik Qalam pun menapak jalan kaki sengsorang..penat? letih? x payah cakap la..tapi, saat itu, Cik Qalam rasa ALLAH sedang menguji sejauh mana keihklasan diri untuk pergi berkhidmat untuk masyarakat. tengah on the waya\ jalan kaki dan sambil melayan perasaan, beserta kayuhan kaki yang yang laju, tetibe, bantuan diperjalanan sampai..ALHAMDULILAH..seorang mak cik menawarkan khidmat menghantarku ke jalan besar..:) lihat, ALLAH memermudahkan urusan hambaNya..

Setibenya Cik Qalam ke P.D.I..

"Assalamualaikum, dimana saya boleh tahu tempat untuk mendaftar sebagai fasi untuk program Saudara Baru?".lalu, dengan segera Cik Qalam di suruh berehat sebentar menunggu Ustaz Nirwan..yelah, dahlah begku, berisi 4Kilo...hu3pe tidaknya, dia suruh berehat..hehehhe ..sewaktu menunggu, Cik Qalam melihat ramai peserta terdiri dalam kalangan India, Cina, Iban, Kadazan, Filipina, Thailand, Myannmar.MasyaALLAH! Subhanllah!Tau nape Cik Qalam cakap begitu? Inilah kali pertama,Cik Qalam diberi kepercayaan oleh Unit Ukhuwah P.D.I untuk mengendalikan program SaudarA Baru..

Pada anggaran Cik Qalam, Saudara Baru yang hadir adalah seramai 53 orang..menurut pihak urusetia, jarang-jarang angka peserta baharu yang hadir menjangkau seramai ini..sesungguhnya, ramai ke sedikit ke bilangannya, kami perlu juga meneruskan tugas sebagai FASILITATOR..atau sebagai PEMBIMBING...:)

Sebagai perkongsian, bukan mudah untuk membimbing mereka..sementelahan lagi, mereka tidak mahir atau tak reti langsung dalan menulis jawi atau bertutur dalam bahasa arab..oleh itu, kami sebagai fasi haruslah bijak mengawal emosi dalam membimbing mereka..Selain itu, kami juga perlu menterjemahkan semua bacaan yang niat agar mudah difahami..

Tugas kami sepanjang 3 hari 2 malam bukanlah mudah..berhadapan dengan Saudara Baru menuntut kekuatan spiritual yang sangat tinggi..hal ini kerana, mereka seperti bayi yang baharu lahir...ibarat kain putih.kitalah yang harus mencorakkannya..sama ada menjadi warna kuning, biru atau hitam..cantik  cantingnya, jadilah batik yang indah..bahkan bermanfaat kepada orang lain..tpi!!! jika salah corak jadilah ia seperti baju tak siap corak..

Oleh hal yang demikian, apabila Cik Qalam diberi amanah untuk menjadi fasi bagi Saudara Baru, Cik Qalam rasa sangat bersyukur dan bertuah..selain tambah pengalaman, Cik Qalam juga dapat mempelajari pelbagai perkara.sangat indah..:) Di P.D.I, barulah Cik Qalam tahu, untuk menjadi pendakwah, kita mesti belajar menguasai pelbagai bahasa. Iyelah, cube fikirkan bagaimana kita, seorang daie nak sebarkan islam tapi dia hanya tahu satu bahasa..sangat rugi.Teruja Cik Qalam nak cerita satu kisah, kisah seorang mufti dan seorang paderi

Ketika itu, seorang mufti sedang duduk dalam sebuah majlis keramaian..duduk di sebelahnya, adalah seorang paderi kristian..bayangkan, yang si mufti hanya mampu tersenyum, begitu juga si paderi.namun dalam fikiran masing-masing, si paderi cube untuk mengkristiankan islam, dan si mufti cube mengislamkan paderi..namin, tiada langkah yang mampu diambil..kedua-duanya hanya tahu satu bahasa,.cube bayangkan seandainya, seorang mufti itu mampu berhujah dan bertutur dalam bahasa inggeris, tentu sahaja, beliau dapat mengislamkan sang paderi tersebut. huhu...sayang + rugi +sedih!

Untuk pengetahuan kalian, ahli kumpulanku terdiri dalam lingkungan umur 23 tahun sehinnga 27 tahun, kebanyakkan daripada mereka adalah orang Iban, Kadazan, Indonesia, Cina,Myanmar dan India. Sukenya Cik Qalam nak kongsi, tentang saudara baru dari Myanmar..memang mencabar..tau mencabar nape? coz Cik Qalam kena speaking dengan dia..aduhai..memang insaf betul rasanya! huhuh. Cik Qalam dah la Band 2 je MUET, jadi agak-agaknya kalian boleh bayangkan tak cam ne Cik Qalam cakap..huhu..tapi, jangan salah faham tau...Cik Qalam selalu je tanya dia, " ....Ayu Raudhah, could u understand what i'm talked to u? "  n she alwaz say, "Yes, Ustazah"..power tak? huhuu:)

Selain itu, setiap fasi juga perlu menjadi M.C untuk setiap kali majlis ceramah..disebabkan Cik Qalam paling muda n paling comel..hehehehe..Cik Qalam kenala jadi M.C..so, pelajaran kedua, Cik Qalam kena mempersiapkan diri untuk bertutur di khalayak ramai..kali pertama Cik Qalam perkenalkan diri, Cik Qalam terus ajar mereka senyum satu, dua, tiga..hehehe...paling best, usai je Cik Qalam wat macam tu semua, Cik Qalam dapat penghargaan terima kasih, daripada seorang saudara baru..pak cik india yang sudah berusia..tapi,  sangat peramah..:) disebabkan Cik Qalam yang perkenalkan senyum 1, 2, 3.. Cik Qalam pergi ne2...sume peserta yang hadir, sume suke senyum kat Cik Qalam..bahagianya...:) tgk, THE POWER OF SMILE... bayangkan, sampai bile muke Cik Qalam monyok, mereka pula yang ajar Cik Qalam..aiwahh..ni sape guru ni? hehehhhe..terus ilang muke monyok kedut tahap lapan belas..huhuhu..

Sebenarnya, terlalu banyak untuk dikongsi, tapi nanti dulu lah, ada free...Cik Qalam tulis lagi..huhuh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...