Syukur
“Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangkanya. Dan barang siapabertawakal kepada ALLAH, niscaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan- Nya. Sungguh ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
Surah At- Talak, ayat 3
Pagi ni, ana bangun dengan penuh rasa kerendahan diri.duduk, baca doa dan terus mandi. Ana fikir ana mahu menunaikan solat tahajud dahulu, tapi tidak mengapalah, ana hanya melazimkan bacaan ayatul kursi sahaja sebanyak tiga kali, hal ini kerana ana teringat pesan ustazah Khairah tentang kepentingan membaca ayatul kursi, terutama penting bagi pelajar, macam ana.
.
Selepas mandi, azan pun terus berkumandang, walaupun hari ni azannya tidak berlagu, ana redha melangkah kaki ke musolla. Ana teringat hadis Rasullullah, sesiapa yang berjalan kaki ke musolla, maka setiap langkah kakinya akan diampuni ALLAH. Ya ALLAH, besarnya rahmatMu kepada hambaMU. Alhamdulilah!
Ya ALLAH, terima kasih kerana sudi menggerakkan ana bangun setiap pagi. Bisa menghirup udara nyaman setiap pagi. Melazimkan diri menunaikan solat2 sunat. Alhamdulilah, thank u ALLAH! Seterusnya, kami semua menunaikan solat subuh berjemaah. Pagi ni terasa betul, bertautnya iman dan ukhuwah antara kami. Ya ALLAH, Moga kau kuatkan tautan mahabbah antara kami. Amin.
Kemudian, seperti biasa, selepas solat subuh, masing-masing akan mencapai Al –Mathurat untuk di baca beramai-ramai. Sebenarnya ramai manusia tidak mengetahui, didalam buku kecil itu terkandung pelbagai himpunan zikir yang di lazimi di baca oleh Rasullulah. Masyaallah, sangat beruntunglah kami kerana pengarang atau pengumpul tuan kitab ini, Hassan AL banna, sanggup mengumpulkan dan mengedarkan risalah kepada kami. Hanya semata- mata demi kemalahatan, umat nabi Muhammad!
Kembali kepada kisah ana pagi ni, ana pun rasa dah rindu sangat tak baca surah waqiah, lalu bacalah surah waqiah, rahman dan yasin.. ini memang surah kegemaran ana. Aku teringat balik, dulu jika ana masih di tingkatan menengah rendah, setiap pagi, ana mesti baca waqiah, ustaz, pernah kata bagus baca surah ni kerana surah rezeki. Lalu, lama-lama ana jadi minat dan tertarik kepada surah ni..
Tapi, ana memang tak dapat nafikan setiap kali, bila ana istiqamah baca dan hayati makna surah-surah ini, semakin banyak rezeki yang hadir. Alhamdulilah! Belajar pun semakin dipermudahkan ALLAH. Senang je nak faham. Dari segi kesempitan wang, hidup ana di maahad tak pernah lagi kehabisan wang. Hal ini kerana , akan ada sahaja huluran bantuan kepada ana, alhamdulilah.
Pagi ni, syue minta ana temankan dia naik jumpa ustazah. Dia nak buat cermin mata baharu krana cermin mata dia pecah. Lalu, ana memang suka berjalan, ana pun memang setuju nak naik atas. Lagipun, nanti boleh pulangkan pendrive cikgu dan hantar insyak ustazah Norlia….huhuhutapi, yang ana terkejut tu, dia sanggup berkongsi wang dengan Kak Mira untuk suruh ana buat cermin mata baharu.terharunya ana!
Ya ALLAH, alhamdulilah! Terima kasih kerana sudi mengurniakan sahabat yang baik hati! Semoga Syue dan Kak Mira dipermudahkan hidup mereka kerana sanggup berkorban untuk orang lain. Benarlah hadis nabi, tidak beriman seseorang itu sehingglah dia mencintai sahabatnya melebihi dirinya sendiri. Ana sangat bersyukur dan terharu. Thank Allah! Hal ini membuatkan ana jadi lagi bersemangat nak menghafaz dan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Terima kasih sahabat! Semoga kita sama-sama mumtaz sufi. A min!
No comments:
Post a Comment