Jalan itu..

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, aku memohon perlindungan dariMu, Ya Allah daripada segala perbuatan jin dan syaitan yang terkutuk..daripada segala gangguan dan godaan hawa nafsu daripadanya , Ya Allah, aku mohon , Kau tetapkanlah jalan itu..moga, ia adalah jalan yang terbaik yang pernahku pilih agar hidupku sentiasa dirahmatiMu..amin.

Ya ALLAH, kali ini, perjalanan dakwahku rasakan makin mudah, pelbagai teknologi multimedia yang serba canggih memudahkan segala urusan gerakan kerja dakwah. aku juga tidak turut ketinggalan menggunakan laman sesawang untuk tujuan jihad fi sabillillah..Ya ALLAH, moga segala usahaku yang sangat kecil ini, dipandang olehMu, biar pun kadang-kadang usahaku ini, kadang-kadang dipandang sepi oleh segelintir masyarakat, namun aku cuba tepis, kuatkan hati, tabahkan jiwa, agar mampu jadi muslimah sejati. amin..

Ya Allah, tabahkan hatiku..kadang-kadang, ada saat,aku merasakan diriku sangat lemah, aku hampir sahaja tewas dengan cubaan dan godaan dunia yang mendatang..kerap kaliku rasakan, dunia seakan kelam dan tidak bermaya menyambutku..aku jadi kaku dan kaget..apakah, aku sudah jauh dari kasih sayangmu? Ya ALLAH, janganlah kau palingkan hatiku, setelah kau memberi hidayah kepada diriku..Ya Allah, jika aku hilang setitis cinta manusia, tidak mengapa YA ALLAH,  namun, aku tak sanggup, jika cinta mu ku langsung tak peroleh..aku takut..ya ALLAH, pimpinlah diriku kepada kebenaran..jalan yang lurus, jalan yang kau redai..amin..

Ya ALLAH, saat ini, aku bertawakal kepadaMu, aku sudah memulakan langkah yang paling penting dalam hidupku..aku bertawakal kepadaMu..ku sangat mengetahui, langkah hidupku masih lagi panjang, semoga Kau memberikan petunjuk dan hidayah atas segala perjalanan hidupku..Ya ALLAH, tetapkan hatiku pada jalan ini, jalan dakwah, jalan liku kepahitan..namun ku yakin, perjuangan tak selamanya pahit, kerana syurga itu manis!

Ya ALLAH, semoga perjalanan dakwahku dibantu oleh insan yang benar-benar memahami liku dan seni dakwah..mampu memahami diriku yang serba lemhah..mampu menerima segala kekurangan dan kelemahan diri.. semoga bakal imamku,mampu memimpin diri ini ke jalan yang Kau Redai..jalan yang mengikut lunas-lunas islam..jalan yang berpandukan syariat al-quran dan as-suunah..amin..Ya allah, semoga bahtera yang belayar menjadi sebuah medium dakwah untuk aku meluaskan sayap perjuangan..ya ALLAH, semoga aku juga, mampu menjadi sayap kiri  yang solehah buat bakal imamku.dan mampu melahirkan zuriat tentera islam yang soleh dan solehah..amin. Ya ALLAH, tetapkanlah hatiku, amin..moga yang terbaik dariMU untukku amin!

Jalan itu,
ada pelbagai cabang,
sangat berliku,
sangat sukar,
sangat pahit,
nampak indah pada zahirnya,
seakan fatamorgana,
tapi,
apabila menitinya penuh duri,
kaki perlu berhati-hati melangkah..
takut-takut,
kaki yang memijak titi terpijak duri,
atau titi itu yang terpatah sendiri,
walau apa pun,
di sepanjang jalan itu,
aku bertawakal dan berusaha berhati-hati,
pada ALLAH yang sangat mengerti diri,
kerna ku tahu,
pahit takkan selamanya,
kemanisan akan menanti juga di pintu syurga...
amin..

Melangkah itu mudah,
Namun mencari arah itu yang terkadang payah,\
Mencari jalan itu mudah,
Namun memahami destinasi itu yang susah,
Menyusuri susur itu mudah,
Namun, menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.
Dalam semua ini, menjaga istiqamah itu paling susah, payah dan lelah,
Namun Dia amat faham, bagi hambaNYA, Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik,
Hanya perlu melakukan yang terbaik,
Meletakkan sandaran dan keyakinan kepadaNya,
Lantas Dia akan mengurus yang selebihnya.
Agar yang terbaik menjadi milik kita.
Moga perjalanan kita sentiasa dalam lindunganNya..
AMIN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...