Tragedi gigi patah

Bismillahirahmannnirahim,

Semasa bercuti di Terengganu dan baru sahaja check in di Grand Puteri, Terengganu.. Mahu mandikan anakanda yang bertuah ini.. well, anak anak bila masuk bilik air sudah tentu sangat suka bermain air.

tak semena mena furqan tergelincir dan jatuh terlangkup. aku segera menyelamatkan furqan, tetapi giginya telah patah separuh. dan percutian memang spoil sebab furqan dah meragam. kesian, anak umi. bila pulang ke negeri sembilan..isu gigi furqan memang hot. Penat umi nak ceritakan satu-satu.. dan of course, abimu marah umi..adohailaaa anakanda...

Sekarang sudah lebih dua bulan berlalu, ajaibnya,gigi furqan tak jadi rongak. alhamdulilah.

 hari kejadian

sekarang, nampak seperti patah siket je.



Cuti-cuti Kelantan

Bismillahirahmanirrahim,

love

Syukur kepada Allah kerana memberi peluang dan pengalaman merasa bermusafir ke negeri orang. Kelantan, negeri tumpah kelahiran almarhum Nik Aziz.

Alhamdulilah.

Tanggal 22hb, adinda Nabirah telah menjalani konvokesyen di UMK Pengkalan Chepa,kemudian di susuli adinda Nazmi tanggal berikutnya iaitu 24hb Okt di UMK,Pengkalan Chepa.
adinda Nabirah, konvo isnin


Kami menyewa homestay deeja, di Bachok. Alhamdulilah, selesa dengan rumah dan ruang tamu yang luas dan besar. Tiga bilik yang sederhana besar, dua daripadanya bilik berhawa dingin. Suasana sawah bendang di belakang rumah, di tambah dengan kerbau, itik dan bangau menggamit kenangan kembali.

adinda Nazmi, Rabu konvo.

Negeri kelantan, serambi mekah. penuh dengan sifat tawadhuk ahli ilmu dan kesederhanaan penduduk yang menerima pembangunan setempat seadanya. 
big family

Menariknya di Kelantan, pelbagai makanan nasi kak wok, nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu dan kuih muih pelbagai bentuk dan rupa,rasa sedia terhidang. pendek kata, tak susah nak cari makanan di sini. Makanan pun murah dan senang di dapati.

husband and wifey

mydin terengganu

Antara tempat makan yang menarik untuk di review,

Nasi ulam cikgu,
nasi kerabu kak ma,
nasi kerabu kambing,
pantai senok, gerai makan coconut shake oreo, magggi tiram, udang celup tepung.

Tempat yang di kunjungi,

Pasar khadijah
pantai senok
pantai irama
pantai pcb
umk pengkalan chepa
Pengkalan kubor
Khota Baru.

ok, nak post gambar.

dua ketul heros

Bonda sayang

Pantai Batu Burok, terengganu


 Pantai Senok, Bachok





20 September 2018


Bismillahirahmaniirahim,

"Ingat tak hari ini hari apa sayang?"

Aku pun berfikir sehabis baik, emm hari ini 10 muharam kenapa? anibersary ke tapi 12 muharam kalau bulan islam..hmmm apa ya?

Dan tetiba kenangan pahit menerjah fikiran, ia tarikh inilah tarikh suamiku tidak di sambung kontrak ptptn nya. Bagaimana dengan airmata dia memandang aku dan anak-anak. Bagaimana dengan perasaan yang lemah gemalai dia menunggu berhari-hari apakah ada deringan talifon dari HQ untuk dia kembali bertugas. 

Tetapi tiada.

Diam,terjeda dia berhari-hari. 

Setelah dua minggu, masing-masing saling mengumpul kekuatan untuk menghadapi cabaran ujian yang Allah beri. Aku memujuk memberi semangat supaya kita bersabar dan bertabah atas ujian Allah yang besar ini. 

Memujuk suami supaya terus move on dengan kisah hidup pahit yang realiti ini.

Apa tidaknya, aku tidak bekerja. Furqan baru berusia 3 bulan dan Sudais makin meningkat besar. Kami ada hutang peribadi yang perlu di bayar setiap bulan. ada bayaran pinjaman yayasan yang perlu di jelaskan. ada bayaran duit motorsikal yang perlu di jelaskaskan. Ada duit sewa rumah yang tak terbayar, bahkan duit pula telah susut sedangkan kami tiada langsung simpananan!


Terasa hidup ini gelap seperti tidak namapak jalan. Tiba-tiba mak hadir memberi cadangan, pulanglah ke Pasir Besar. Tinggal dengan emak kembali.

Cadangan yang menyebabkan suami aku malu kerana terpaksa menumpang kasih emak kembali. dan itu bermakna mak yang bakal menanggung semua kos kami.

Caturan Allah itu sangat cantik sekali, apabila tiba-tiba Ustaz Shukri menelefon menawarkan kerja sebagai EPD di Baitulmal Gemas. Alhamdulilah. cantik sekali!

Bulan Oktober sepatutnya aku mulakan kerja tapi ada beberapa perkara yang buat aku perlu selesaikan dahulu, maka November baru aku lapor diri. apapun, alhamdulilah atas segala nikmat.

November juga suami menerima panggilan iv SPA untuk jawatan kerani dan juga bahagian kewangan.

dan lewat Januari 2018 keputusan dia keluar dan lulus berjaya,kembali memelukku saat aku sudah lewat untuk bekerja. syukur ya Allah atas segala nikmat.

Sepanjang aku bekerja, aku suruh suami yang menjaga anak-anak. dia yang menghantar dan menjemput aku daripada bekerja. Dan, dia telah sedaya upaya berusaha mencari pelbagai pekerjaan namun jawapan yang hampa sahaja, sehingga tekadnya untuk bekerja di KFC Gemas dan pagi itu dia mendapat jawapan iv yang lulus. aku berasa sangat gembira.

Benarlah, doa orang yang di aniaya itu makbul, jangan sesekali menganiaya orang. Semoga awak-awak semua diberi hidayah dan Allah sahaja yang akan membalas perbuatan terkeji itu. aminn
 















Mee goreng mamak

Bismillahirahmanirahim,


Bahan-bahan:


Mee kuning

3 ekor sotong
Udang saiz kecil segenggam 
Fish ball
Fish cakes
Taugeh
Daun kucai
Sebiji telur
Sos tiram
Cili kisar
Kicap
4 biji bawang merah kecil ( ditumbuk bersama garam kasar)
4 biji bawang putih ( di tumbuk bersama garam kasar)

Cara-cara membuat : 



  1. Basuh mee kuning supaya rasa kapur dapat di nyahkan.
  2. Panaskan minyak masak secukupnya.
  3.  Tumis bawang yang telah di tumbuk sehingga naik bau dan garing.  Masukkan fish ball, fish cakes, sotong dan udang. tumis lagi sehingga garing dan naik bau.
  4. Masukkan telur sebiji dan goreng sehingga masak dan garing,
  5. Tumiskan cili kering yang di kisar mengikut jumlah pedas yang di ingini.
  6. Masakkan cili sehingga garing supaya tidak sakit perut nanti.
  7. Masukkan sos tiram secukup rasa,perasakan segala rendah jika tidak cukup garam,maka tambahkan garam secukup rasa
  8.  Masukkan mee dan gaul rata. Setelah gaul sebati, masukkan taugeh dan daun kucai.
Siap!

Dan buat mee goreng basah ni setelah beberapa kali try error, macam macam cara ubai suai akhirnya jadi.

Sebab buat ni nak mengurangkan suami supaya tak pergi kedai mamak lagi,ahhahhaa.

Ok, bai:)


#ummiiscubarajin 


Sagu gula merah

Bismillahirahmanirahim,

Saja nak share resepi supaya dapat bantu orang lain sama -sama memasak dengan sedap dan cinta.


  1. Sagu segenggam di rendam seketika
  2. Selepas di basuh, di rebus dalam periuk dan letak air lebih kurang sejengkal siket dari paras sagu yang di rebus. letak pewarna merah, kuning, hijau kalau suka.
  3. Rebus sehinnga hilang warna putih berbiji dan angkat dan letak dalam bekas, letak dalam peti ais dan sejukkan
Gula melaka

  1. Cairkan gula melaka tu mengikut banyak gula yang kita mahu mengikut jumlah sagu.
  2.  Letak daun pandan untuk wani.
  3. Selepas betul-betul gula melaka cair, angkat dan letak dalam botol simpan dalam peti ais.
Susu.

Saya menggunakan susu menggantikan santan sebab rasa sedap.

Bila cuaca panas, maka letakkan sagu tadi, kemudian gula melaka mengikut jumlah manis yang kita mahu dan tuangkan susu sejuk, dan memang walllaaaahhhhh makan sejuk dalam keadaan cuaca yang panas



Hari masak sedunia

Bismilahhirahmanirahim.

Taktahu la kenapa macam trigger nak post semua aktiviti kat blog,sebab macam nak jadikan macam diari sebenarnya. Supaya suatu hari,aku akan ingat semua benda yang pernah aku buat dan apa yang pernah lalui dan semoga anak, dan suami pun akan baca di saat aku sudah tiada nanti.

Tiada buku diari yang aku dapat tinggalkan,selain tulisan tulisan yang berjiwa besar dan kadang kecil untuk tatapan semua.

31 OGos 2018,jatuh pada jumaat,sabtu ahad Dah memang cuti. Dan setiap kali cuti,memang aku ada aim aku sendiri apa yang nak di capai. Maka,sepanjang tiga hari ,memang memasak sahaja kerjanya..


Mee goreng mamak
Nasi goreng cili api
Sagu gula melaka
Donut coklat
Kari daging

Semua yang aku buat semua untuk bahagiakan keluarga.terinspirasi dari semua chef yang suka masak dan Letak gambar bekal for the beloved ones.

Semoga ummi sentiasa rajin masak dan mencuba masakan baharu.amin


Awak itu kejam

Benar kata pepatah, kerana mulut, badan binasa.

Kerana mulut, saudara menjadi musuh,
kawan menjadi lawan,
abang menjadi sawan, 
adik menjadi abang.

Sebab itu nabi pesan, jika tidak dapat bercakap yang baik, maka diamlah.

Hari ini, aku benar-benar menyaksikan sebuah keluarga yang harmoni dan aman, berakhir dengan kepincangan hanya kerana kata nista mulut.
Sudah tentu, aku rasa sangat sedih. Saudara yang aku sangat sanjung bertukar sikap dan arah kerana harta pusaka.

Tambah menyakitkan, apabila ibuku yang menjadi pentadbir, di tuduh pecah amanah dan makan harta arwah wan dan atok.

Aku berdoa semoga awak-awak yang baik sangat dalam menjaga harta tadbir itu di beri balasan yang setimpal oleh Allah kerana memfitnah ibuku.

Jika di ikutkan hati yang rajuk dan amarah yang membuak di hati, sudah lama aku menghembur dan menyakitkan hati mereka.

Cukuplah selama ini, sabar dan cekal aku terapkan dalam diri, kini semakin menjadi-jadi pula perangai saudara yang tidak sedar diri ini.. mahu saja aku pm sorang sorang, tapi mak melarang aku melakukan begitu.

Tak sangka apabila kita berdiam diri, kita di perkotak katikkan oleh orang yang jahat hati dan dengki diri. aku sendiri tak menyangka mereka biadap dengan kakak mereka yang telah selama ni menjalankan kewajiban mereka.

arwah wan dan atok, tengoklah bagaimana anak-anak atok dan wan buat dekat mak, sampai hati mereka tuduh mak macam-mcam..padahal, maklah dulu yang di balun oleh wan dan tok sebab  nak siapkan adik-adik. tapi bila adik-adik dah besar, semuanya membuat keji pada mak.


Aku berdoa semoga mak sentiasa tabah dan cekal hati dan aku berdoa semoga segala pelaku jahat ini di balas Allah secepat mungkin kerana memfitnah mak. kau sahaja sebaik baik penolong, semoga Allah membuka pintu hati mereka dan satukan lah hati mereka semua adik beradik.


dan , janganlah jadikan kami adik beradik ini bercerai berai dan bertelagah sesama sendiri. jadikanlah kami bersatu hati dan aman damai. dan janganlah kami mengulangi kesilapan orang-orang yang terdahulu. amin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...