~ Nikah Khitbah ~

Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

Sumber

Antara 12hb dan 14hb Februari


14 februari, tarikh yang dinantikan oleh pasangan yang asyik dalam dunia cinta. Kita mengenali tarikh itu sebagai tarikh memperingati kekasih,lalu menyambutnya bersama kekasih dengan pelbagai gaya dan cara.Ada yang menyambutnya dengan memberi bunga, memberi coklat, keluar bersama kekasih ke suatu tempat yang romantik untuk di nikmati saat-saat indah bersama orang yang di sayangi, dan bermacam-macam lagi.

12 februari, tarikh yang agak sukar untuk kita congak simboliknya kepada kita. Ada apa dengan 12 februari? Hari memperingati apa? 12 februari tidak pernah meminta disambut kedatangannya, dan laluilah 12 februari seperti mana biasa. Namun 12 februari 1949, telah mencatatkan satu peristiwa penuh tragis, syahidnya Imam Hassan Al-Banna, pergi menghadap Allah untuk selama-lamanya.

Dan kisah pembunuhan As-syahid Imam Hassan Albanna diceritakan sebagai;

Ketika kejadian, Hassan Al Banna berjalan bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari 'sesuatu.'

Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.

Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya, Imam Al Banna di bawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al Malik) Faroq, Imam Al Bana di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliua menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhn kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid Hasan Al Banna.

Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4/7/49 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan.
Mereka dianugerahkan elaun khas di atas 'jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara.'

14 februari, diingati sebagai hari memperingati kekasih, manakala 12 februari berlalu tanpa apa-apa memori padanya. Itulah masyarakat yang sedang kita hadapi. Baru-baru ini kita di kejutkan dengan kes pembuangan bayi yang cukup sifat di negeri sembilan. Ianya bukan baru. Kes yang sama jugalah yang pernah berlaku 10 tahun dahulu. Ianya kes yang berulang-ulang dan menunggu masa untuk disiarkan dalam akhbar, kemudian menjadi "gempar" sedangkan penumpuan kita tidak pun pada penyelesaiannya.

Merenungi kisah perjuangan Imam Hassan Albanna, pernahkah kita bertanya, untuk apa beliau berjuang sehingga dibunuh dengan sebegitu kejam? Adakah disana terdapat komisen, wang pencen, habuan duniawi yang diperolehi beliau? Begitu jugalah kisahnya dengan perjuangan Imam-imam besar islam. Imam Bukhari merantau jauh dan pada satu masa terpaksa memakan daun-daunan kerana tiada makanan hanya kerana ingin mengumpul hadis. Apa yang imam bukhari dapat dari dunia ini dengan berusaha dengan sebegitu rupa?

Dunia ini tiada apa-apa. Dalam suatu hadis Qudsi Allah swt berfirman: 
"jika sekiranya dunia ini berharga umpama satu sayap nyamuk disisi Allah, maka Allah tidak akan memberi makan dan minum kepada orang-orang kafir.."

Mereka bahagia dalam keyakinan. Luaran kelihatannya mereka terlalu susah dan payah, namun ketenangan itu milik mereka. Sekali lagi saya ulangi. Mereka bahagia dalam keyakinan!Pada hari ini, kita risau apabila memikirkan halatuju masyarakat. Fikiran kita berserabut memikirkan formula apakah yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang melanda. Ianya tanggungjawab semua. Semua bakal dibicarakan untuk apa yang mereka sumbang dan untuk apa yang mereka diamkan.



Sesekali insan dakwah menyalahkan cinta sebagai penyebab kepada beberapa permasalahan seperti zina, buang anak, pergaulan bebas, dan seumpamanya. Lalu cinta itu dimusuhi oleh beberapa insan. Sedarlah bahawa cinta bukanlah untuk dipersalahkan apalagi untuk dimusuhi. Terlalu banyak perkara yang akan kita kerugian apabila cinta dimusuhi. Begitu juga permasalahan pluralisme dalam berjemaah. Variasi itu janganlah dimusuhi dan apabila ia dimusuhi, akan ada benda yang kita kerugian.

Kita menghadapi masalah masyarakat yang tidak faham apa itu agama. Krisis sikap, keras, dan cepat merasakan diri sendiri itu betul. Dimana-mana sahaja kita dapat mengesan perkara ini berlaku. Mat rempit contohnya mewarisi sifat kekerasan. Hati mereka tidak lembut untuk dilentur lalu mereka menganggap merekalah yang betul. Remaja yang berkrisis dalam masalah pergaulan bebas, zina, buang anak, dan seumpamanya pula tidak faham apa itu islam. Ahli jemaah menghadapi krisis sikap yang menjuruskan diri mereka kepada mentaliti centric dan sebagainya.

Islam mengajar bahawa; Prevention is better than cure

Namun ia tidak berakhir disitu. Islam memberi panduan kepada manusia bagaimana untuk prevent dan bagaimana untuk cure. Satu pakej lengkap yang tidak akan dijumpai dalam mana-mana agama lain. Prevent dengan apa? Dengan iman dan syarak, cure dengan apa? Dengan undang-undang dan pemerintahan islam. Lalu disuatu ketika kita membariskan berpuluh-puluh alasan untuk menjustifikasikan keingkaran kita terhadap ajaran islam. Multi racial? Tidak mampu? Dan apa-apa lagi yang difikirkan wajar dan manis,lalu kita meninggalkan islam dengan mencari kemuliaan dengan benda selain dari islam yang berwajahkan kemajuan, hadhari dan sebagainya.

Islam datang dalam keadaan ia menerima fitrah manusia. Jika manusia inginkan cinta, maka islam membenarkannya. Namun islam mengajar tatacara memandu cinta itu ke matlamat yang betul.Kita mungkin sudah terlambat untuk menyedari bahawa, islam datang untuk menolong ummat manusia, bukan datang untuk memenjarakan ummat manusia. Dan saya bersetuju dengan cadangan kahwin awal, buang persepsi lama yang me"limit"kan perkahwinan hanya apabila telah mencapai umur sekian-sekian dan sekian.

Artikel ditulis oleh Zulkifli Abdullah. 

Monolog hati kecilku.


Revolusi Syria 2012!

Palestin di anjung kezaliman Israel. Tanah milik sendiri di rampas anjing penjajah!

Somalia di landa gerun lagi.Tentera menghalang semua bantuan kemanusiaan dari negara luar.Rakyat islam dilanda kebuluran tahap melampau!

Saurah Mesir di Tahrir juga turut mengorban ulama' dan pemuda islam.Ramai yang syahid menegakkan kebenaran.

Benarlah kata Saidina Ali,

Sesungguhnya  kebenaran yang tidak dirancang akan di tewaskan oleh kebatilan yang di rancang!

Namun pun begitu,

Lama kelamaan kebatilan akan di tewaskan kembali oleh kebenaran yang hakiki!

Dunia islam di ambang kelemahan.Umat yang ramai ibarat buih-buih kosong.Terbang mengerbang ke sana kemari tanpa hala dan tuju.Dek sinar mentari panas,buih-buih tak mampu bertahan dan pecah!

Dunia timur sebelah sana lain pula halnya,masyarakatnya semakin berwawasan tinggi.Konon-konon mahu mencapai wawasan 2o2o. Namun pun begitu,sedih. Kecewa. Hancur luluh hati melihat kebobrokkan dunia sebelah sini!

Anak muda berjoli sana sini.Berpimpin tangan tak kira halal dan haram.Botol arak dan kondom semakin menjadi perkara biasa dalam pandangan  mereka. Kata-kata kesat dan dendam seolah menjadi darah daging. Seolah sebati dalam jiwa.

Hati pun menjadi kering.Mati.Hitam.

Dunia barat sebelah sana pula lain ceritanya. Seks bebas,berpeleseran tak di hiraukan sangat.Generasi baharu sudah di lancarkan di dunia sebelah sini.Propaganda hitam dan jelek tersebar di dunia timur.Anak muda mula hilang pertimbangan diri.

Dunia barat pula kian hebat dengan pelancaran sindiket baharu.Pelancaran demi pelancaran kian giat di jalankan untuk memusnahkan Islam dan Umatnya! Satu demi satu negara islam di takluk dan di jajah.

Syiah,Wahabi,tidak juga alpa.Membunuh satu demi satu umat islam.Memperkosa gadis dan isteri sehingga hilang kesucian.Anak- anak kecil di bunuh dan di seksa,di rogol di depan mata ibubapa.Dicampak mayat dan di kerat.Seolah bangkai busuk dan jijik di buatnya!

Air mata berjujuran.Sampai bila mahu berdiam?
Sampai bila harus pasrah? 
Sampai bila perlu berdiam?
Sampai bila?

Saat kebangkitan esok.Semua manusia akan di bangkitkan.Tidak ada satu utas benang pun akan membaluti tubuh.Padang Mashsyar menjai lautan penuh.Matahari tertacak di atas kepala,Hanya sejengkal!

Saat itu Allah pun bertanya,apakah sumbanganmu kepada islam?
Terdiam kaku.
Mulut terkatup rapt.
Hanya tangan,mata,kaki dan anggota lain menjadi saksi perbuatan kita.
Apakah ada sumbangan atau tidak?

Allah,Allah,Allah,,

Ampunkan kami,umat islam,hanya memandang dan mendengar!Tidak mampu mengangkat senjata.Namun,biar blog menjadi saksi,sesungguhnya aku memang tidak mampu. Moga islam dan tulisan-tulisan kebangkitan tercetus dan semua bangkit dari tidur lena yang panjang.
Semoga hati-hati kami akan terikat erat dan bangkit bekerjasama memandu islam dan menegakkan syiar ke arah yang tertinggi! Ya Allah,aku sudah mulai leka dan alpa,sibuk dengan hal peribadi sedangkan gadis seusiaku dibunuh dan di rogol.Aku takut! Aku juga perempuan.Ada adik perempuan.Jauhkan negaraku dan keluargaku dari sebarang bahaya.Ya ALLAH,moga dengan Cakna ini mampu menjadi saksi aku juga sangat-sangt mengikuti perkembangan saudara seaqidahku!

Moga islam menjadi gemilang semula!
Amin!

Wahai rakan-rakan seblogku,mari kita bersatu hati,terus mengikuti perkembangan Syria.Kekejaman dan kezaliman yang berlaku sangat meruntun hai dan jiwa.Merka saudara seakidah! Saudara islam! Cubit paha kanan,paha kiri turut terasa!Jom sama-sama berdoa dan menghulur bantuan.Musim sejuk di Syria sudah hampir bahkan mungkin sudah tiba.Mari hulurkan bantuan kewangan.Jika kita hari ini enak makan nasi ayam dan ayam goreng.Namun mereka pula,enak berdoa dan berikrar bahkan semangat berkobar untuk mati syahid di jalanNya!

Allahu robbi! Doalah semoga laknat kepada pengikut syiah dan pemimpim Ahmad Basyar dan seluruh keturunannya!Amin

Wallahualam.

Jom CAKNA isu Syria!

Assalamualaikum,Selamat Berbahagia!


Straight to the point. Jom jadi muslim CAKNA! Mari kita bersama sama berdoa untuk Syria,saudara kita yang sedang berada dalam kesusahan dan kezaliman.Ditindas dan di cabul.Para wanita diminta menanggalkan jilbab.Para suami melihat sendiri anak perempauan dan isteri tercinta di rogol dihadapan.Leih menyayat hati,para pemuda yang berikrar syahid di seksa dan dipukul demi melampiaskan hasrat dendam si pemerintah zalim!

Ya Allah,berilah pengadilan kepada umat islam ahli sunnah wal jamaah di sana.Tetapkan hati mereka supaya mereka terus cekal dan bersemangat meneruskan revolusi syria! Tetapkan juga hati-hati mereka untuk syahid menghidu jannah! Ya Allah,ampunkan dosaku,sesungguhnya aku sedang berada di bumi anbiya,bumi Mesir.Berdekatan sahaja,namun tidak mampu mengangkat senjata membantu saudaraku seislam di sana.Ampunkan dosaku,berikan kekuatan dari segi lain untuk membantu mereka.

Meski,aku tidak mampu berkorban senjata,ku harapkan secebis penulisanku dan maklumatku akan dapat memberi faham kepada orang lain dalam membantu menegakkan syiar islamMu.

Sedikit maklumat yang ku berjaya peroleh,

MENGAPAKAH REVOLUSI SYRIA TERJADI?.

Revolusi Syria (Al-Thaurah al-Suriyyah)*

Jinsiyyatunā al-Islām (Kewarganegaraan kita ialah Islam);

Di dunia sebelah sini (Asia Tenggara), pertengahannya adalah Malaysia (Awsaṭuha Maliziā) yang sedang memberi banyak sumbangan kepada perjuangan Islam;
Syria jantung umat Arab dan juga miftāh ‘ala al-gharb (kunci ke Barat);

Makam sahabi Hasan ibn Thabit al-Ansari (Makam di Hama); Hama dan Homs merupakan markaz Aiyubin (Salahuddin al-Aiyubi); Hama terkenal melahirkan ulama mujahidin;

Balad Nawa (tempat Imam al-Nawawi);

Kelompok Nusairiyin, ‘Alawiyin, adalah cabang daripada golongan Syiah – mereka tidak wajib salat, puasa, zakat, haji, maka mereka bukanlah umat Islam;

Komponen rakyat Syria: (6% Nusairi); (10% Kristian, Druz & Kurdi Sunni); (84% Arab Sunni – 70% sekular, 30% multazim);

Dalam sejarah perjuangan Islam mutakhir di Syria: ulama dibakar, wanita diperkosa;
1973 Hafiz al-Asad (dibantu oleh para penasihat Russia) berkuasa selama 32 tahun dan menukar perlembagaan “Islam sebagai masdar” kpd “Islam satu dpd masadar”, supaya presiden Syria tak perlu daripada kalangan umat Islam;

Hafiz Asad mengumpulkan ulama dan menyatakan bahawa tiada satu ayat Qur’an pun yang bercakap tentang hijab – tapi Syeikh Abdul Wahab Zuhaili menyangkal Asad dan menegaskan bahawa wujud enam ayat Qur’an tentang hijab;

Pasukan payung terjun wanita ‘Alawi ditugaskan untuk membuka hijab para mukminat, tapi akhirnya hijab dibenarkan selepas bom dibaling ke arah mereka yang menentang hijab;

Di penjara Tadmur di padang pasir, setiap hari Isnin dan Khamis 10 orang ikhwan dibunuh – 950 orang Ikhwan syahid pada tahun 1980 (semuanya 1150 orang Ikhwan syahid);

Rifa’at Asad (adik Hafiz Asad) mempunyai 40,000 orang tentera yang menjaga rejim; berkata bahawa Stalin telah mengorbankan 10 juta nyawa untuk mempertahankan rejim dan ia pula “bersedia untuk membunuh...”; antara perangai buruknya ialah ia suka menculik wanita jelita di jalanan.

Majoriti tentera daripada golongan Sunni, tapi empat tahap kuasa teratas daripada puak ‘Alawi, tahap yang ke-5 barulah daripada puak Sunni yang fasiq;
Hingga 2 Mac 1982, 46,000 rakyat terkorban, menyebabkan 1.5 juta rakyat berhijrah ke negara-negara lain;

Asad mendakwa negara Syria benteng yang berdepan dengan Israel – satu pembohngan kerana tak pernah sebiji peluru pun ditembakkan ke arah Israel, Bukit Golan masih milik Israel;

Bashar Asad dan saudara perempuannya Bushra menghubungi Netanyahu yang menyatakan bahawa Bashar tetap pemimpin yang menjaga maslahah Israel;

Lapan bulan sebelum revolusi, rejim telah mengaharamkan pemakaian niqab dan 2,500 orang guru telah dipindahkan ke bahagian pentadbiran kerana memakai niqab;

Sebab thaurah: ‘Atif Najib (rapat dengan Bashar Asad) antara para penzalim; punca revolusi ialah kezaliman dalaman yang sudah lama yang dilakukan oleh Bashar;

Pencetus thaurah: 28 pelajar sekolah yang menulis protes di papan dinding ditangkap –seorang dibunuh dan selainnya diseksa, apabila bapa mahu mengambil anaknya yang sudah tiada, para penyiksa mengatakan bahawa “biar kami bersama wanita kamu supaya dapat anak baru!”

15 Mac 2011 bermula pemberontakan besar-besaran hingga kini; 157 tempat memberontak
(hancurkan patung Asad); Jumaat 2 Disember yang lepas 3 juta rakyat memberontak;
Pada mulanya Asad menggunakan senjata sementara rakyat tidak menggunakan senjata;
Damsyik dan Haleb pun sudah mula bangun; sebuah kampung 6 km dari Golan diserang, tapi Asad tak menyerang Israel;

Kini 29,000 orang tentera telah berpaling tadah;
Kapal terbang, 400 kereta kebal digunakan untuk menyerang rakyat dan 21 masjid serta 4 gereja telah dimusnahkan;

Duta di Malaysia ‘Alawi, di Indonesia Sunni fasiq;
Para pemberontak keluar rumah bersedia untuk syahid, berwuduk dan berwangi-wangian dan keluar setiap hari dan malam; pihak kerajaan mesti dibayar untuk keluar;
Kini sudah 10,000 syahid (termasuk budak Kristian yang mati), ada juga puak Druz bersama-sama pemberontak; 39,000 rakyat telah cedera; ambulan tidak boleh membantu, 19 doktor dibunuh, rakyat cedera dibunuh;

109,000 dipenjara, mata dicungkil, lidah dipotong, 413 syahid setelah diseksa, 400 kanak-kanak syahid, wanita diperkosa depan suami;

Zainab al-husni 23 berusia tahun cuba melawan – beliau diseksa dan terus keempat-empat anggotanya dipotong, kemudian dilemparkan ke depan keluarganya;
Umm ‘Abdillah diperkosa oleh lima orang tentera, mereka mengatakan bahawa anaknya bukan Abdullah tapi ‘Abdu Bashar, ‘Abdu Maher (saudara Bashar Asad);

Pemberontak yang ditangkap dipaksa menukar syahadah kepada lailahaillabashar (kelihatan jelas dalam video CD yang mengandungi banyak adega yang mengerikan termasuk anak-anak kecil lelaki dan perempuan yang dibunuh setelah diseksa);
Tanzim an-nisa’ wujud di Syria;

Antakia Ard Mubarak (bumi keberkatan): tentera berada di sana; 29,000 tentera telah memerdekan diri mereka dan menyiapkan diri untuk bertempur dengan tentera Asad;
Pelarian: 16,000 di Turki, 6,000 di Lubnan, 6,000 di Jordan;

Lubnan (Hizbulla), Iraq (Syiah) dan Iran (Syiah) menyokong rejim Bashar Asad;
Syeikh Qaradawi berperanan besar untuk membantu revolusi Syria.


Baca lagi kisah ini: 

lagi maklumat muslim cakna isu Syria dan perkembangan terjadi revolusi!

Memaku dinding hati

Terdapat sebuah cerita menarik yang dikisahkan ramai. Kisah seorang lelaki pemarah. Lelaki itu tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun dalam situasi kecil sahaja. Marahnya sukar dibendung. 

        Satu ketika, bapanya menghadiahkan seguni paku. Lantas dengan hairan lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Apa gunanya paku-paku ini ayah?"

      Ayahnya dengan tenang menjelaskan, "Setiap kali kamu marah, paku tembok batu dihadapan rumah kita dengan paku itu bagi melepaskan kemarahan kamu."

      Pemuda itu mengikut pesanan ayahnya. Hari pertama sahaja pemuda itu sudah memaku sebanyak 37 batang paku di tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, dia dapat mengurangkan rasa marah. Jumlah paku yang digunakan semakin hari semakin berkurang. Akhirnya, dia mendapati, lebih mudah mengawal marah daripada memukul paku yang menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pemuda tersebut langsung tidak marah walaupun sekali. Dia lantas dengan rasa gembira memaklumkan kepada bapanya. Bapanya terus mengucapkan tahniah dan meminta dia mencabut kembali paku itu satu persatu setiap hari. Hari berganti hari dia berjaya mencabut semua paku di tembok tersebut.

       Selesai tugasannya, dia memaklumkan hal itu kepada ayahnya dengan rasa bangga. Bapanya lantas memimpin tangan lelaki itu menuju ke tembok tersebut dan berkata, "Kau melakukannya dengan baik anakku, namun lihatlah kesan lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelum ini.

      Apabila kamu menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, pasti akan meninggalkan kesan parut dan luka sama seperti di tembok ini. Kamu boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Namun luka itu masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal. Insan di sekeliling kita adalah permata yang sukar ditemui.


   
 Mereka membuatkan kita ketawa dan mendorong kejayaan kita. Sahabat juga mampu menjadi seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

      Sabda Nabi dalam hadis yang lain: "Jauhilah kemarahan kerana marah adalah bara api yang menyala dalam hati anak adam". Lihatlah bagaimana jika seseorang berada dalam keadaan marah. Pasti mukanya tegang. Rasulullah menerangkan: "Kemarahan itu daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Apabila marah dengan seseorang maka ambillah wuduk".

Sumber : KLIK SINI

PEMAHAMAN RASULULLAH TENTANG DUNIA


Sahabat yang di sayangi,


Suatu hari ‘Umar bin Khaththab r.a. menemui Rasulullah SAW di kamar beliau, lalu ‘Umar mendapati beliau tengah berbaring di atas sebuah tikar usang yang pinggirnya telah lapuk. 

Jejak tikar itu membekas di belikat beliau, sebuah bantal yang keras membekas di bawah kepala beliau, dan jalur kulit samakan membekas di kepala beliau. Di salah satu sudut kamar itu terdapat gandum sekitar satu gantang.

Di bawah dinding terdapat qarzh (semacam tumbuhan untuk menyamak kulit). Air mata ‘Umar bin Khaththab r.a. meleleh. Ia tidak kuasa menahan tangis karena hiba dengan kondisi pimpinan tertinggi umat Islam itu. 

Rasulullah SAW melihat air mata ‘Umar r.a. yang berjatuhan, lalu bertanya “Apa yang membuatmu menangis, Ibnu Khaththab?” ‘Umar r.a. menjawab dengan kata-kata yang bercampur-aduk dengan air mata dan perasaannya yang terbakar, 

“Wahai Nabi Allah, bagaimana aku tidak menangis, sedangkan tikar ini membekas di belikat Anda, sedangkan aku tidak melihat apa-apa di lemari Anda?

Kisra dan Kaisar duduk di atas tilam dari emas dan kasur dari beludru dan sutera, dan dikelilingi buah-buahan dan sungai-sungai, sementara Anda adalah Nabi dan manusia pilihan Allah!” Lalu Rasulullah SAW menjawab dengan senyum tersungging di bibir beliau, 

“Wahai Ibnu Khaththab, kebaikan mereka dipercepat datangnya, dan kebaikan itu pasti terputus. Sementara kita adalah kaum yang kebaikannya ditunda hingga hari akhir. Tidakkah engkau rela jika akhirat untuk kita dan dunia untuk mereka?” ‘Umar menjawab, “Aku rela.” (HR. Hakim, Ibnu Hibban dan Ahmad) 

Dalam riwayat lain disebutkan: ‘Umar berkata, “Wahai Rasulullah, sebaiknya Anda memakai tikar yang lebih lembut dari tikar ini.” Lalu, Rasulullah SAW menjawab dengan khusyuk dan merendah diri,

“Apa urusanku dengan dunia? Perumpamaan diriku dengan dunia itu tidak lain seperti orang yang berkendara di suatu hari di musim panas, lalu ia berteduh di bawah sebuah pohon, kemudian ia pergi dan meninggalkannya.” (HR. Tirmidzi) 

Betapa Rasulullah SAW sangat sederhana. Ia menyadari bahwa akhirat jauh lebih berharga daripada dunia dan seisinya. 

~Sumber~

4 Golongan lelaki yang akan ditarik ke neraka.



Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. 

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi mengiangatkan semua iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul! 

1. Ayahnya 

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 

2. Suaminya 

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya. 

3. Abang-abangnya 

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 

Firman ALLAH SWT:- 

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
 
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

Peranan lelaki sangat penting dalam membangunkan institusi kekeluargaan.Tanpa ketua keluarga,rumah tangga di ibaratkan seperti telur di hujung tanduk.
Sebagai suami,haruslah berlaku adil dan saksama kepada isteri.Mendidik dan memimpin isteri ke arah jalan yang di redhai Allah.Jika suami lemah,maka ruma tangga akan turut lemah di telan arus moden.Sudahlah,isteri fitrahnya lemah.Apabila berkahwin,pada siapakah dia akan bersandar bahu,merujuk hukum dan melindunginya? Tentulah,kepada suami,ketua keluarga.

Namun pun begitu,tidaklah sepenuhnya tanggungjawab mendidik rumah tangga terserah pada bahu suami.Hal ini bukan bermakna,isteri boleh lepas tangan dalam mendidik anak-anak.Bahkan sebenarnya,tanggungjawab mendidik anak-anak adalah lebiH banyak tertumpu pada si ibu.Anak-anak perlulah di asuh dan di didik supaya menjadi dan mengikut acuan yang di kehendaki oleh syariat islam.

Semoga kita bersama-sama sedar dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...