Hati, Hati, Hati!


Bismillahirahmannirahim.


Hari ini mahu post pasal hati.

Kata Imam Ghazali :

Carilah hatimu di tiga tempat :

♥ Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Qur'an, tetapi jika tidak kau temui...

♥ Carilah hatimu ketika mengerjakan sholat, jika tidak kau temui juga...

♥ Kau carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingat mati, jika kau tidak temui jua...

--> Maka berdoalah kepada Allah. Pinta hati yang baru, karena hakikatnya ketika itu

"Kau tidak mempunyai hati" <--

Allah juga telah berfirman dalam Al- Quran, Surah Al Baqarah, ayat 10.


فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَاكَانُوا يَكْذِبُونَ

 Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu; dan bagi mereka 

siksa yang pedih, karena mereka telah berdusta.




Welcome home Malaysia, i'm back !!

Assalamualaikum WBRKT,

Dari dua benua, saya menulis khas untuk blog ini yang telah saya tinggalkan bersarang dan hampir tidak bernyawa, for the first thing ever, let the pictures told all the stories.

Sambutan hari lahirku yang ke 21, thanks a lot Kak Ain n Kak Tehah =)
Pie chocolates with cruncy n creamy topping.
Thanks a lot to Tirah, Syue, Mizah, Janah for packing my things. I  miss u all !
My desk, susah dan senang, im miss u so much!
Mr Bebear, =)
Pulang sahaja, pantang ada duit lebih, terus ke MPH n Popular, buying all those books! Superb authors!

Tiba-tiba, dapat decent english, terspeaking after duduk sebelah foreinger semasa pulang menaiki kapal terbang dari Dubai to Malaysia. Dan ini tahun kedua, saya menghabiskan cuti musim panas di Malaysia selepas berhempas pulas berusaha keras di Mesir sebagai tolibah Al- Azhar Kaherah.
 Soalan wajib setiap tahun, kenapa pulang Malaysia?

Balik nikah ka?

Balik bercuti ka?

Balik saudara kawen ka?

Jawapan saya,

Pulang untuk mencari sebuah jawapan kepada persolan yang telah lama bersarang dalam kepala after 18 years, pulang untuk membawa kebenaran dan mencari hak sama ada diri patut memaafkan atau tidak.

Kemaafan adalah suatu perkara yg terpuji, adinda.. menghukum atas kesilapan yang lama itu adalah sama jua dengan tidak menerima dirinya sebagai seorang manusia yg pernah berbakti pada dirimu....

Ok, itu bukan suatu perkara yang senang nak buat, memaafkan seseorang setelah berjaya melepasi semua mimpi ngeri. Namun, atas qadak dan qadar Allah, saya wajib menerima ketentuan yang telah di tetapkan.

Ok , tiba-tiba sahaja kan? Tutup cerita itu,

Balik nikah? Of course, jika diizinkan Allah dan family, pasti akan ada announcement yang bakal di buat, waiting patiently ok all my friends. tapi, tak sangka juga, ramai sangat yang bernikah tahun ni. Mabruk alaikuma, wa barik lakuma. Untung-untung tahun ni makan free nasi minyak. huhu. Alhamdulilah.

Kita susah ke senang ke, berjaya ke gagal ke, mesti mengucap syukur kepada Allah, tahu?

Ada faham? Tahun ni balik terus dapat kerja tak bergaji, buat modul untuk bahasa arab. ok. im not confident yet. After 2 years, i left my programs went to Azhar, rasa kekok pun ada.. By the way, doakan yang terbaik sebab kali ini, saya akan usaha yang terbaik untuk berbakti kepada masyarakat. ok. ayat kecamuk sebab tak stabil lagi. Jet lag dah abis masa first day pulang sebab pulang- pulang sahaja melepas rindu pada family, esoknya, saya harus memasak dan menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan cucu :)

Teringat kata-kata Atiqah, Zaleha, pulang ke Malaysia mesti berhadapan dengan masyarakat dengan membawa apa yang masyarakat mahukan, bukan dengan sekadar ilmu yang kita ada tapi tidak di perlukan. Ada faham?

Ok, ada nada- nada tersentak juga di situ. Tapi, thans my friends or this info.

A litttle things but meants to a lot for me.

P/S :  Just nak luahkan apa yang terbuku dalam hati, mungkin orang lain memandang blog sudah tidak relevan di gunakan lagi setelah kemajuan yang begitu pesat dalam TWEETER, FACEBOOK, VIBER. WEE-CHAT, dan those yang sawaktu dengannya, namun, saya tetap akan menulis sehingga hujung nyawa saya, insyaallah.

Syue, Tirah, Fatin Syahira saya menanti tulisan- tulisan anda sebagai pembakar semangat dalam arena ini. Fighting!

Salam juang buat sahabat di Mesir dan Malaysia.

Ukhuwah fillah. Moga Allah redha usaha kita semua.

Wasalam.

Resepi Donut Lembut

Bismillahirahmaniirahim.

Dscf0160
Kredit. 

Anda mahu makan donut lembut? Seperti Donut Big Apple? Tapi tak de kewangan yang kukuh sekarang?

Tetapi masih juga berdegil, mahukan makan donut?

Nak suruh mak buat, mak tengah sibuk dengan urusan lain. Nak pergi beli kat gerai-gerai, kenderaan tak de pule.

Nak jugak, jadi buatlah sendiri!

Okeyh, jika anda sedang menghadapi masalah kecil ini, mari bersama saya cuba resepi donut ini.

Insyaallah, pasti anda akan dapat merasai kelazatan donut yang di perkatakan ini. Sebab saya dah buat semalam, hasilnya, marbelous. Haha.:D

Seriously,  saya tak tipu, masuk api neraka tau tipu-tipu ni.

Bahan-bahannya :

Mauripan a.k.a yis. ( Tak kisahla nak pakai jenama apa pun )
Gula pasir
Air suam
Tepung gandum
Tepung Susu ( Suka hatilah jenama apa pun )
Garam
Marjerin a.k.a Planta ( Tak kisahla jenama pape pun, janji HALAL )

Pertama sekali,  baca bismillahirahmaniirahim. Kang  kongsi dengan syaitan kang bila tak baca nama Allah. Masukkan satu sudu yis kedalam cawan yang berisi air suam. Air suam tu setengah cawan. Masukkan juga sesudu gula pasir. Kacau air sehingga gula larut. Tunggu sebentar sehingga naik buih-buih dalam cawan tu. Dalam area separuh buih naik, kira okeyhlah tu. Itu tanda yis dan gula sudah beroperasi dengan serasi.

Next, masukkan dua cawan tepung gandum, dua sudu marjerin, dua sudu tepung susu, sedikit garam, gaulkan sebati. Agak- agak semua dah sebati, masukkan yis campuran tadi dalam adunan tu. Saya gaul guma tangan yang bersih tau. Berselawatlah, moga-moga semua orang yang makan donut itu mendapat kebaikan.

Campurkan sedikit air jika rasa-rasa ia ( Tepung adunan ) masih lagi berderai. Gaul adunan sehingga menjadi doh.
Resepi Donut Lembut Simple Senang dan Sedap
Selepas.
Resepi Donut Lembut Simple Senang dan Sedap
Sebelum. Kredit. Ni gambar doh orang lain. Saya tak de kamera. Pinjam gambar 

 Biarkan selama setengah jam. Biarkan sehingga doh naik. Cik adik lehlah tutup adunan tu dengan tuala bersih. Jangan di biarkan makanan tanpa di tutup. Nanti boleh mewarisi kepapaan.

Alhamdulilah, bila dah naik, bolehlah bentukkan jadi donut. Bulatkan ia dan tebuk tengah. Dan goreng dengan minyak yang banyak dan panas.

Jangan masuk sekali banyak kerana donut akan mengembang lagi dalam kuali. Pastikan api sederhana kecil. Kang hangus, tak jamin.

Akhir, saya gaul dan tabur gula atas donut masa ia sedang panas. Kalau tak kang, gula tak melekat. Bagi yang kreatif dan mempunyai coklat lebih, cairkan coklat dan letak atas donut. Tabur gula-gula manik atau badam. Ohooho Perhhhh... Sebijik macam donut Big Apple. Tak tipu ni!

Okeyh siap. Saya buat donut ini semalam secara kecil- kecil dapatlah dalam dua puluh biji.  Okeylah tu. Dah buat banyak- banyak tu, bagilah dan kongsilah kebahagiaan anda berjaya buat donut itu kepada ahli keluarga dan jiran- jiran terdekat.

Insyaallah, pasti berjaya.

Wan kata dah boleh jual kat kedai. Ohh, malu. Atok pula makan dengan lahap tanpa komen pape. Hehe.
Bagi kat adik-adik tusyen sket. Diorang cakap sangat lembut donut ini. :)

 Ada orang campur kentang dalam donut. Itu saya tak tahu. Saya buat resepi ini berbekalkan tunjuk ajar mak cik saya. Dah banyak kali nak buat, tapi malas. Semalam, terciptalah hari ini dalam sejarah. Hehe.

Saya sememangnya peminat donut! Oh, donutku! :)

@_______@ Kegembiraan melampau boleh menyebabkan anda pening. Eh?

Moga Allah Redha usaha kita ini. Amin.

Inspirasi Meningkatkan Prestasi

Bismillahhirahmanirahim,


Just nak post satu kisah yang mencetus motivasi, membuat semua urat saraf adrenalin melonjak semangat. 

Sebuah kisah pelari pecut 400 Meter, di Sukan Olimpik Barcelona tahun 1992, benama Derek.

Beliau merupakan pelari pecut yang kuat semangat. Beliau menghadapi kesakitan yang melampau pada kakinya sewaktu berlari selepas 150 meter.

Kadang-kadang tak semua yang kita harapkan akan sentiasa mendapat hasilnya.

Beliau mengumpul kekuatan untuk berlari kembali dengan keadaan yang teramat sakit.

Saat berlari anak, bebarapa anggota penyelamat mungkin, mahu menyuruhnya berhenti, tetapi beliau enggan.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki yg memandang dari kejauhan berluru masuk ke dalam kawasan pandang, dia ditahan oleh beberapa orang sekuriti, tapi berjaja juga melepasi.

Siapkah dia?

Dialah ayah Derek. Sambil memegang Derek, dan berusaha menenangkan Derek yang meraung kesedihan, mereka bersama-sama meneruskan larian.

Para hadirin memberikan sorakan gemuruh kepada anak dan bapa ini.

Sungguhpun, kita tak dapat apa yang kita mahu, kita mesti tetap berusaha. Walau Allah tak mengkabulkan sekarang permintaan anda, bersabarlah, masanya akan datang. Tak kira sekarang, cepat atau lambat.

Never give up, bahkan apabila jatuh, bangkitlah kembali meneruskan bacaan ilmu, usah gusar dengan kecewa semalam, tapi pandanglah ke hadapan, mencipta dan menggapai impian!

Salam juang  dalam medan ilmu!

Moga Allah redha usaha kita semua.



Sahabatku berlima

Bismillahhirrahmaniirahim.

Mawar berduri, indah berseri, mekar mewangi.
Dari kiri, Hang jebat, Hang lekiu, Hang Lekir, Hang Tuah, bawah Hang kesturi.

Hujan turun selebat-lebatnya di daerah Gemas. Angin sejuk yang mencengkam tulang membuatkanku lagi bertambah malas mahu melakukan apa-apa. Dalam fikiran terasa mahu tidur menenangkan fikiran dan hati yang terasa kian sesak dan sarat dengan perasaan sayu nak balik ke Mesir.

Jantung pula terasa berdegup pantas.  Lagi bebarapa hari mahu tinggalkan Malaysia. Sudah empat bulan bercutian di Malaysia. Terlalu banyak kenangan dan suka duka yang mencengkam sukma. Raya kelima, eksiden di Kuala Pilah. Tak boleh berjalan selama sebulan. Saat itu jugalah kawan-kawan maahad bertali arus datang berziarah. Daripada sikapku ingin berahsia, akhirnya semua mengetahui. Oh, itulah ukhuwah.

Sebulan pula setelah sampai ke Malaysia, pada bulan ramdhan, aku, dan Syue pergi berziarah ke rumah Farah Hana. Selama empat hari makan, tido, borak, melakuakan terawih bersama, berpuasa dan bergelak ketawa di rumahnya. Seakan usrah pula, dan saat itu juga aku berpeluang berjumpa Fatin Syahira, Afiqah Rahman, Nana, Kak Risha. Itulah kali terakhir berjumpa kalian. Dan kini, aku sangat merindui kalian!

Aku sangat senyap di laman muka buku. Berkemungkinan besar, aku juga tak tahu hal kawan-kawan yang lain, tapi aku sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan.

Cuma, alhamdulilah. Aku memiliki sahabat seperti Syue dan Zafreena yang sentiasa memaklumkan keadaan kawan--kawan. Mereka seperti berita yang mengkabarkanku pelbagai cerita. Hari itu, ibu Latifah telah pulang kepada penciptaNya. Aku berasa sangat gementar, apakah esok lusa aku pula di jemputNya?

Meniti alam 20-an ini, sudah beberapa orang kawan-kawanku mendirikan rumah tangga. Dan begitulah sunnah nabi di teruskan dan di hidupkan. Moga kalian bahagia bersama keluarga baharu. Dan aku, masih lagi meniti waktu,menunggu waktu berubah status dari Cik ke Cik Puan.

Walau apa pun, perjalanan aku dan kawan-kawan yang lain, masih lagi panjang. Aku menanam hasrat untuk berjaya dalam pelajaran bersama sahabatku tercinta. Kami berlima di Mesir. Siti Syuhaida, Siti Athirah, Siti Ramizah dan Nurul Jannah. Moga kami cepat-cepat pulang ke tanah air bersama segulung ijazah dan dapat menabur bakti pada keluaraga dan masyarakat.

Dengarlah sahabatku berlima, aku ingin bermadah dan berpesan. Ku titpkan semangat dan kata-kata motivasi buat bekalan juang kita bersama. 

Walau tahun ini kita berlainan arah, akan aku pastikan, kita sentiasa dapat bersama. Berusrah dan menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan bersama. Meski akulah paling banyak mempunyai kesilapan diri, tidak mampu membawa kawan-kawan bersamaku, akan aku pastikan semngat kalian sentiasa menyala-nyala tinggi. Maafkn aku kerana akulah yang bersalah. Dan aku sangat menyesalinya. Namun, aku harap aku takkan mengulanginya lagi.

Akan aku sentiasa pastikan, kita bersama menongkah badai, membelah lautan samudera. Bersama- sama menuju ke arah redha Nya. Jika aku tersasar, ingatkan diriku. Pimpin aku bersama-sama ke jalanNya. Jangan tinggalkan aku keseorangan. Andai kata aku mengalah dan aku memberontak. Usah berkecil hati denganku. Ingatkan aku kembali dengan peringatan dan amaran amaran dari Nya. Kuatkan hatiku kembali dengan ayat motivasi dari kalamNya.

Aku juga manusia biasa seperti kalian. Aku mahu ukhuwah ini berterusan dan berpanjangan. Akanku semat kata-kata semangat kalian bersama ku. Terlalu merindui saat buat nota bersama-sama, terlalu merindui studygroup yang kadang-kadng celotehnya lagi panjang berbanding syarah kitab. Terlalu merindui semua itu.

Tunggu Mesir, kami datang dengan azam baharu. Dengan misi dan visi yang bermutu. Kami mahu menuntut ilmu sepuasnya. Jalan ini masih sangat panjang. Luas. Doakan agar langkah kita sentiasa bersama dan berpanjangan.

Jika dahulu asyik pikir perkara remeh temeh, sekarang kena mula mengorak langkah. Kena tinggalkan zaman kanak-kanak ribena. Mesti berfikir matang agar tindakan selaras dengan perbuatan. Insyaallah.

Emm, lama betul monolog hati. Hujan juga sudah berhenti. Tapi kotak memori ini masih lagi berusaha mengingati kalian. Malam ini, Ramizah sudah pulang. Moga selamat sampai. Minggu depan kami pula.

Doakan kami. Doakan kami agar cepat pulang dengan cemerlang. Amin.

Semuanya telah berkecamuk. Oh, apakah perasaan ini. Ya Allah tenangkan hatiku. Moga Allah sentiasa redha usaha kami. Amin.

Ok, da pening. @_______@

Sekian, celotehku.

Cinta Kelas Pertama.

Ini milik saya. Anda bila lagi ?

Bismillahirahmannirahim.

Assalamualaikum dan Salam Bahagia.

Akibat minat membaca yang terlampau menebal dalam diri, akhirnya saya telah membeli Novelet Tarbiyah ini. Saya tak kisah jika anda nak muntah hijau dengar statement ini. Hehehe. Dengan harga sebanyak RM22.00 tunai, saya membelinya secara tunai di MPH Jaya Jusco.  Walaupun di ketahui,duit tinggal RM50 sahaja. Ribuan ucapan maaf buat SQ kerana tak dapat nak membeli untuk anda. Al - maklumlah duit di poket ala- ala kering gitu. Mafkan saya ya!

Antara kelebihan kita membaca ialah, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita yang sememangnya sedang kurang.

Diumpamakan ilmu manusia ini hanyalah setitis di bandingkan dengan ilmu Allah yang melaut banyaknya.

Allah juga berfirman dalam Kitabnya yang mulia,

"Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu (agama) beberapa derajat." (Al-Mujaadilah:11)

Sayang seribu kali sayang tau jika tak de sifat membaca ni.

Bangsa membaca ialah mangsa berilmu.

Oh,ok. Jangan nak berjauh-jauh pula. Saya nak kongsi sedikit catatan yang saya peroleh dalam buku ini. Buku Sebarkan Cinta Mu telah saya habiskan lama dahulu. Ok, buku ini pula mengisahkan tentang Cinta High Class. Menurut pandangan saya, buku ini di bahagikan kepada dua segmen. Bahagian pertama, kisah perjalanan hidup seorang suami. Bahagian kedua pula tentang peribadi seorang isteri pula. 

Bahagian pertama.

Kisah tentang luahan hati suami yang semasa zaman belajarnya berusaha menjadi seorang penuntut ilmu yang berjaya. Berusaha menjadi seorang remaja yang tidak hanyut dengan cinta islamik. Berupaya menahan diri dan membentengkan diri dari cinta si bunga yang kunjung tiba.Beliau berusaha menyibukkan diri dengan majlis ilmu dan alam pekerjaan. Sehingga sampai masanya, dia juga bernikah dan hidup berkeluarga seperti manusia normal yang lain.

Seterusnya, ...

Bahagian kedua.

Mengisahkan tentang Qaniah Sumaila yang berusaha menjadi wanita solehah untuk mendapat suami yang soleh jua. Pelbagai kisah hidup dan inspirasi moden yang boleh di contohi dengan watak protogonis ini. Watak antagonisnya pula menyumbang pengajaran dan pelajaran buat si pembaca.

Demi mendapatlan cinta yang suci itu jalannya payah dan berliku. Biar usahanya berliku namun hasilnya menambat hati hingga ke Syurga ukhrawi.

Mengawini wanita solehah itu adalah sebaik-sebaiknya dan ia perhiasan yang sangat abadi kerana mampu menjaga suami dan anak-anak meneladeni hidup yang penuh panca roba ini.

Buku ini bukan berkisarkan cinta bahagia sahaja, tetapi ia turut mengajarkan suami peribadi yang mulia mendidik isteri dan anak-anak agar dapat membentuk keluarga bahagia. Bagaimana peranan suami dalam memimpin sebuah keluarga meski hidup sarat dengan kesibukan kerja sebagai seorang doktor. Ia turut mengajari kita menjadi isteri yang taat menjaga maruah keluarga, bagaimana menambat hati suami dan menjadi hamba yang taat pada Allah.

Buku ini penting buat seseorang yang mencari pengertian cinta dalam hidupnya. Cinta bukan sekadar memiliki sahaja, tapi memerlukan pemahaman dan kekuatan mental dan fizikal untuk menjayakan. Buat para daie, sebenarnya cinta islamik menyukarkan dakwah anda. Oh, Ok sentap! Untuk menghasilkan keluarga yang berkualiti memerlukan suami dan isteri yang taat dan bertaqwa kepada Allah.

Jika kita setia dengan janji Allah, nescaya janjiNya pasti buat penahan hawa nafsu.  
Ok,habis.


Lagi dua minggu, bersamaan 10 hari nak balik ke RNSK, Mesir pada 28hb Oktober 2012. Balik nanti musim sejuk. Ohoho. Hati macam sayu nak tinggalkan keluarga di Malaysia. Terlalu sayu nak tinggalkan wan atok mak dan famili serta orang-orang yang menyenangi diri ini. Tak lupa juga, kirimkan doa buatku supaya dapat meneruskan pengajian tahun dua di ardul kinanah tahun ini. Insyaallah mahu cemerlang untuk keluarga dan ummah! Amin,

Untuk sahabat-sahabatku, Siti Nur Syuhaida, Siti Athirah, Siti Ramizah dan Nurul Jannah, tahun ini tahun mujahadah kita. Kita harus berusaha sekuat mungkin. Mari kita tinggalkan zaman mehnah ini, Biar derita sekejap tapi bahagia selamanya. Terus berusaha untuk cemerlang bersama. Moga Allah redha usaha kita semua.Amin.

Pengajian Bahasa Arab,
Fakulti Am Bahasa,
Kuliyah Al Azhar,Kaherah.

Terus cemerlang untuk keluarga dan ummah!!
Allahuma amin.

Perkara Yang Wanita Solehah Perlu Jaga

Indah dan mempersona!


Bismillahirahmaniirahim,

Assalamualaikum, dan Selamat Berbahagia,

Menjadi seorang wanita muslimah, terdapat beberapa perkara dan sebenarnyanya bukanlah beberapa, tetapi banyak perkara yang perlu di teliti dan di jaga rapi. Hal ini kerana wanita itu di ciptakan indah dan mempersona oleh Allah.

Oleh itu, mari kita ambil perhatian tentang bebarapa perkara ini, moga yang sedikit menjadi amalan. Moga kita juga termasuk dalam golongan yang sedikit
 ( Ahli Syurga )

1. Bulu kening.

Menurut Bukhari, Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi
Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki)
semacam hantu loceng.

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.


3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal, kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada.

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi.
Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya 
– Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani,

 Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah s.w.t. – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher.

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan.

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah s.a.w. dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah s.a.w:

“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja,” – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan.

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata.


Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad s.a.w;

“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara).


Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda Rasulullah s.a.w;

“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah SWT. akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah SWT. – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian.

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah s.w.t. akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud:

“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut.

“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...