Just want to say..


Sometimes,

U have to put on a smile,
   
and

Pretends everythings is okay.

Hold back the tears, and

Walk away..^^



Jangan engkau kahwini wanita yang enam ini.


Assalamualaikum.

Kepada semua insan yang bergelar wanita, dengarlah sini.
Sedang daku berblogwalking, maka saya berjumpa this artikel,

READ IT AND FAHAMKAN.:)
Selamat beramal!:)

Jangan Engkau Kahwini Wanita Yang Enam Ini




1- Wanita Ananah:-

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

2- Wanita Mananah:-

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.

3- Wanita Hananah:-

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4- Wanita Hadaqah:-

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5- Wanita Baraqah: -

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6- Wanita Syadaqah:-

Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan."

klik sini:)

Pahit tapi manis

Inilah Ustaz Taufiq dan banat STAM 2010!

Berkatalah benar meskipun pahit.

Itu kata hikmah arab yang saya belajar dahulu.
Di Maahad Ahmadi, Gemencheh.


Lama tak update sibuk sahaja membaca entri orang lain:) Bak kata seorang kenalan, ..."tak de ilham..."
Terpanggil untuk menulis lantas kerana terkenangkan rasa rindu pada zaman persekolah..

Rindu sungguh! Terutama pada barisan sume guru-guruku, para ustaz dan ustazah..
Tahun terakhirku berlalu di Maahad Stam, sepanjang setahun disitu, pelbagai pengalaman ilmu yang ku kutip.

Pahit tapi manis!
Nak tahu? Huhhuhu, tak nak pun Cik Qalam tetap nak cerita..


Kisahnya bermula apabila satu hari Ustaz Taufiq, ustaz yang mengajar subjek Fiqh dan Mirath masuk. Ustaz Taufik ni ustaz kesayangan kami, banat lahh ..hehhe..sebab pe. Sebab ustaz ni baik:)
Pagi itu, Cik Qalam rasa sangat bad mood..Ntahla..dah tak ingat nape..But..yang pasti akanku ingat sampai mati..PERISTIWA ITU..

"Saya nak buat kuiz hari ni..kuiz mirath.."macam nak tercabut jantung dengar! ntahla..tak tahulah, Cik Qalam ni memang ade masalah cikit dalam bab matematik..di sebabkan Mirath ni subjek mengira juge..hadoi...takut..T_T
Dengan semangat waja, hati pun berlagak berani, ala boleh punya, ada lah juga suntikan semngat sket dari diri sendiri..Tetibe..

Zaleha, kamu jadi ayah, Hana kamu jadi mak, Aah kamu jadi nak lelaki, okey, Ramizah, kamu jadi cucu..

Soalannya, jika ibu meninggal dunia, ayah dapat berape?

Permainannya punyalah senang, sape yang jadi ayah kenalah cari jawapannya, Salah, kena denda.

Huhhuh. telahku katakan awal-awal.aku memang lemah ingatan sket bape yang ayah kan dapat mase tu..Aku men hentam je la..

Jeng...jengg...SALAH!

Tau pe yang Cik Qalam kena.


ZALEHA! Ustaz jerit nama Qalam..Soalan ni pun boleh salah ke? Minggu depan nak trial.Apa yang kamu ingat ni..Sangat touching di situ..^^ macam nak berair mata ni..tahan je..

Ok. Masuk dalam almari.Itu pengalaman yang tak boleh lupa. Serius. Gara-gara aku salah bg jawapan. Sume anak- beranak kena masuk dalam almari.Almari tu boleh tahan besarnya, bayangkan la sume ahliku leh masuk:)

Then. Dari luar.Ustaz kunci almari tu..Sedihnya..kawan-kawan yang len sume keliling almari itu.Ustaz suruh.Maka, apabila kami telah dikunci..

Ustaz beserta kawan-kawanku yang len menepuk-nepuk almari itu..T_T huuuu...Bingit telingaku..lepas tu, ustaz buke balik almari tu..huhuhu..macam pening-pening lalat kami semua..

Yang penting, memang sahlah kena gelak..hadoi..aku yang sememangnya bad mud..terus keluar dan mendiamkan diri.Ego la tu...Diam je..Ustaz cakap pun aku angguk je.geleng sekali.  Sebenarnya daku malu..malu yang tersangat!

Saat itu, daku berazam. Saya mesti MUMTAZ STAM dalam Mirath!

Cik Qalam belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Bukan kerana nak MUMTAZ semata-mata, tapi nak cari redha ALLAH dan Guru.

Alhamdulilah, prestasiku semakin cemerlang selepas peristiwa itu,:)

Aah,sahabatku yang garang.Mengajarku sampai pandai Mirath.Cik Qalam selalu juga stay up same ngan dia.Sampai juga diketuk
pale oleh Aah.Gerun:)

Result keluar. Saya MUMTAZ MIRATH.Alhamdulilah:)
Buat Ustaz Taufik, saya sayang ustaz.Terima kasih kerana menyedarkan saya, Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih.

Peristiwa itu manis. Semanis usahanya:) Sepahit-pahit ubat, akhirnya jadi penawar juga. Bukankah manis jika kita sembuh dan sihat? Yang pahit itu juga manis:)
Hidup jika asyik manis sahaja pun tak best.

Maaf ya sahabatku kerana membuatkan kalian bersamaku masa dalam almari..hehhhe:P

Soal jawab hamba pada Allah.

 
Assalamualaikum. 
 
Semoga ada manfaatnya! :)
 
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah me...ngetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " – Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." – Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
- Surah Ali-Imran ayat 200


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
 

QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" – Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…"– Surah At-Taubah ayat 111



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
 

QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. " – Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
 
 
QURAN MENJAWAB "… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." – Surah Yusuf ayat 12
 
 Y a  Allah. Ampunilah aku atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. 

Amin.

Jom jadi hamba bersyukur :)


Nafsu VS Iman?


Assalamualaikum,

Salam ceria.
Simpatikanlah diriku ini, senyumlah secebis untukku. Moga-moga dengan secebis senyumanmu, bisa mewarnakan hidupku ini.


Alhamdulilah. Lafaz rabbu jalil ku panjatkan syukur padanya, apalah sedikit kalimah syukur yangku ucapkan jika dibandingkan dengan nikmatnya yang melaut padaku.Alhamdulilah.
Tanpa kata. Tanpa ayat indah. Saya ingin berbicara. Berbicara tentang hidup.

Hidup.
Saya hidup untuk apa? Saya bernafas untuk apa? Saya makan untuk apa? Saya sedih untuk apa? Saya gembira untuk apa? Saya yakin untuk apa?

Jawablah soalan ini dengan  mata hati, bukan dengan akal. Hal ini kerana apabila iman dicampur dengan nafsu.Lain tak bukan nafsu akan menyampuk. Sengaja membuat iman terdiam Sengaja nafsu membalas iman dengan pelbagai hujah yang bernas lagi mantap.
Maka, akan diamlah iman. Tersedan iman. Iman mula mencari diri. Mula berbas-basi.Mulai goyah. Mulai syak. Betul ke bicara nafsu? Iman pun   pening.

Begitulah hidup. Hidup mesti dipandu iman. Bukan nafsu. Jika tidak parahlah hidup. Asyik terbelenggu nafsu. Akhirnya rosak iman dalam hati.
Hati pula adalah anggota penting. Bersih hati, bersihlah jiwa dan anggota. Bersih segalanya. Tapi kotor hati, alamatnya rosaklah jiwa dan anggota.

Hu..hu..Check hati, hati kita bersih atau kotor? Waalahualam.

U decide!

(^-^)


Dari saya


Otak mati.
Akal hilang.

Tubuh longlai.

Hati lesu.

Rupanya hempedu,

Madu habis,

Pahit di hati,

Laut tenang,
kembali bergelora.

Aku masih disini..

Mencari erti PERCAYA,

Erti KEBENARAN,

yang sebenar!


Mencari makna hidup dengan sepenuh hati.

Ke arah Jalan Lurus.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...