Hukum Si Pengumpat dan Pengaib

Dari Aisyah RA, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: Ya Rasulallah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul SAW.: Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.


(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)



SYARAH AL HADIS:

Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis diatas antaranya:


Orang yang ingin mendapat fatwa dan orang yang teraniaya dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). Tetapi hal ini termasuk kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan.



Nafkah isteri adalah tanggungjawab atau kewajiban suami. Adapun kadar nafkah ialah secukupnya. Ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi: Ambillah dengan baik yang dapat mencukupkan keperluanmu dan keperluan anak anakmu.



Kadar kecukupan yang dimaksudkan ialah berdasarkan adat dan keadaan manusia, berbeza-beza kadarnya disebabkan kerana perbezaan masa dan tempat, apakah dia orang yang hidup senangkah atau dia orang yang hidupnya susah.



Jika orang yang wajib mengeluarkan nafkah tersebut enggan memberinya kepada pihak yang berhak menerimanya atau bersifat sangat kedekut, maka orang yang berhak menerimanya atau orang yany mengatur perbelanjaan anak-anaknya itu dibolehkan mengambil harta (duit) orang tersebut walaupun tanpa pengetahuannya. Ini kerana sebabnya nyata dan zahir. Dan ini bukan kes khianat, dan ini tidak termasuk kedalam larangan Nabi saw. : ” Jangan kamu khianat kepada orang yang mengkhianati kamu “.



Nafkah anak adalah kewajiban dan tanggungjawab ayahnya. Bukan tanggungjawab ibu dan bukan pula tanggungjawab orang-orang lain seperti datuknya, pamannya dan lain-lain.



Bahawa orang yang diserahkan tanggungjawab mengatur sesuatu urusan perbelanjaan dan kewangan, dapat diterima ketentuannya tentang jumlah kadar yang diperlukan ini kerana dia adalah orang yang memikul amanah, dan dia memiliki kuasa dalam hal itu.



Bahawa orang yang meminta sesuatu fatwa yang ada kaitannya dengan orang lain, jika orang yany ditanya (mufti) dapat menerima kebenaran perkara yang diajukan itu maka tidak perlulah dimaklumkan perkara tersebut kepada orang lain itu. Lebih lebih lagi jika perkara tersebut dapat mendatangkan mudarat (bahaya) sebagaimana persoalan yang terkandung dalam Al Hadis diatas. Barangkali akan rusak rumahtangga Hindon jika aduan itu dimaklumkan kepada Abu Sofyan.



JENIS-JENIS MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN :



Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.

Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:



(1) KES PENGANIAYAAN.

Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.



(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.



(3) MINTA FATWA.

Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.



(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.

Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.



(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.

Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.



(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.

Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.

—————————–



Satu lagi Hadis dan kupasan..

Di dalam kitabnya yang berjudul ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu. Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu:



1. Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.



2. Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: 
Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencecahnya dari terus melakukannya.



3. Meminta fatwa: Diharuskan bagi orang yang ingin menanyakan fatwa mnceritakan apa yang berlaku bagi membolehkan mufti mengeluarkan hukum yang bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.



4. Memberi peringatan kepada Muslimin serta menasihati mereka.



5. Orang yang terang terang melakukan maksiat: Dibolehkan mengumpat ke atas mereka ini bagi menyedarkan kesalahan mereka. Sebagai contoh mereka berjudi atau minum arak di jalanan, dibolehkan mengumpat atau mengata mengenai hal mereka.



6. Pengenalan kepada seseorang insan yang mana tidak dikenali orang tersebut kecuali dengan gelaran: Contohnya polan bin polan tidak dikenali di tempat asalnya kecuali dengan gelaran tertentu, maka dibolehkan.



Disediakan oleh:

Ust Muhamad Farhan bin Ismail
Jabatan Feqh Wa Usul
Universiti Mu’tah
Jordan. 


Sumber:

http://taraknamav2.wordpress.com/2007/08/11/hukum-mengumpat-dan-mengaibkan-orang/#comment-518

Tempua


Tempua hinggap,

 Tempua senyap,

Tempua sengaja buat lelap,

Datang Si Diri,

Sambil berdiri,

Menyendiri,

Di atas kepalanya,

Sarang tempua,

Terdengar di telinganya,

Tempua kuning,Tempua Hitam,Tempua Putih,

Bermesyuarat,

Mahu apa dia datang sini,

Masakan untuk bermain,

Bukan juga untuk menyanyi,

 Tapi apa ya?

Kata Tempua,



Unggas seperti kita menghiburkan manusia,


Dia datang dengan hati,

Biarkan dia pulang dengan hati,


Tapi,


Boleh di ,percayakah?


Dia manusia,


Sumenya tidak boleh dipercaya,


Bikin pemusnah generasi kita sahaja,


Biarkan diri,


Aku kenal siapa diri,


Tapi Tempua..

Arh..mengapa kita perlu percaya?

Sarang kita berharga,

Anak-anak kita mutiara,

Generasi kita  tiada tara!!!

Aku kata,Biarkan!

Diri sedar,


Alam,unggas,manusia,tumbuhan dan haiwan


Bergantung,


Tapi,




Diri hanya mahu ketenangan.


Diri hanya mengecap kebahagiaan,


Diri tidak akn minta lebih,


Cukuplah diri melihat ehsan tempua padanya,


Diri pergi..


Selamat tinggal SEPI.


Selamat tinggal SAYU,


Selamat tinggal SEDIH!




Diri bahagia tertawa suka,


Tempua pula tersenyum lebar.




Saya diri dan tempua adalah ciptaan adunan alam.


Mana mungkin bikin terpisah!


Jangan susahkan alam.


Kelak,kita manusia menderita!




Inspirasi alam mewarnai kehidupamku:)

Impian dicuri?


Untuk jadi hebat dan luar biasa,

jadilah diri kita sendiri!


Pejam mata,celik.

Pejam mata, celik.
Pejam lagi,


Celik juga.
Aduhai,nape ni mata?

Nape tak mengantuk?
Jam dah pukul dua belas malam.

Comel dah lama tidur, orang bekerjalah katakan,tidak macam kite ni,tak keje..( suri rumah la katakan..:)

Emm,buka laptop nak menaip je rasanya..:)

Siapa anda yang anda fikirkan sekarang adalah anda pada masa hadapan!

Oleh itu, saat ini saya mula memikirkan saya adalah soerang ahli motivator yang berjaya sahsiah, kerjaya,ibadah,akhlak,dan bagai-bagai la.

Amin. 
Berbalik pada persoalan SIAPAKAH ANDA..??
Saya manusia,..saya hamba Allah..Saya Khalifah Allah..Saya orang..

Macam-macam jawapan.Semuanya BETUL!! Tapi kita harus faham, apa yang kita mahukan sekarang.
Pastikan ianya jelas,terang dan nyata.Spesifik.

Contohnya, Saya Nurzaleha Binti Ab Talib mempunyai impian besar untuk menjadi seorang Motivator Sukses yang terkenal di Malaysia pada tahun 2020.

Insyaallah,amin.
Jangan peduli apabila orang kata kita poyo. Alah..berlagak...cakap je lebih...Cakaplah APA PUN, bagi saya, SAYA AKAN TETAP PERJUANGKAN APA PUN YANG SAYA INGIN CAPAI.

Ingat yea, JANGAN CURI IMPIAN ORANG LAIN! Faham? Huhuhu, dewasa kini ramai orang suka mencuri impian orang len..
Sebagai contoh, Comel ingin menjadi Perdana Menteri. Pada kita,alah..ye la tu..Ingat! Siapa yang kata alaaa...x mungkin..ye la tu...itulah SI PENCURI IMPIAN!

Huhuhuhu,mahukah impian anda dicuri? Jangan..jangan biarkan diri anda diselubungi rasa PENCURI ATAU TERKILAN KERANA IMPIAN KENA CURI..
Anda ialah apa yang anda fikirkan sekarang!

Berusaha melakukan anjakan paradigma untuk diri,keluarga,Ummah,dan Negara.

Secangkir Memoir

Hidup ini tidak sukar,

Tetapi kita yang selalu membuatnya payah!
Bukankah firman ALLAH,

Dalam Surah Al Insyirah, 
"Setiap kesusahan itu pasti akan ada kesenangan"

ALLAH ITU MAHA ADIL..
ALLAH ITU MAHA PENYANYANG..

ALLAH ITU MAHA PEMURAH..

Kata mak kepadaku,

Air yang dicincang takkan putus,
Walaupun kami adik-beradik suka bergaduh, dan mungkin kadang-kadang berkelahi sesama sendiri,

Tapi, ukhuwah yang terbina secara neutralnya tidak akan terpisah.
Inikan lagi lidah,lagikan tergigit, apatah lagi suami isteri..Adik beradik lagilah pula..

Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing beelang,

Dua tiga boleh ku cari, 
Tapi adik-beradikku takkan mampu ku hilangkan.

Masih terpahat kukuh di ingatan,
Saat mak bercerita perihal nama kami adik-beradik,sewaktu ayah meletakkan nama...

Kata ayah..."Ayah harap..Kakak ni dapat jadi orang yang bagus,pandai, baik..etc..

Saat Nabirah lahir pula, ..."Moga anak anak ayah menjadi anak yang pintar,cantik dan cergas.."

Kemudian, apabila, Nazmi lahir, adik bongsuku,.."Moga anak ayah berjaya dan dapat pegang jawatan yang hebat pada masa hadapan.."
Allah..

Allah..
Allah..

Moga doa ayah termakbul.amin.
Sekarang, tanggungjawab kami belajar..belajar..belajar...

Sepertimana kata hadis,
"Menuntut ilmu adalah wajib bg setiap orang islam"

Kata pepatah arab juga..
"Tuntutlah ilmu dari mula buaian sehinggalah ke lianag lahad."


Kenangan tinggal kenangan.

Berubah untuk ke arah yang lebih baik!

Puisi Tempua dan diri

Seindah pagi,
 
Seharum kesturi,
Seceria Mentari,
 
Menyinari hari,
Membugar rasa hati,
 
Hingga tidak terperi,
Kasih suci,
 
Nan abadi,
Menerangi pelangi,
 
Warna-warni,
Menghiasi kamar diri,
 
 
Jenguk-jenguk Tempua,
Mahal sekali jengukan tempua,
 
Angguk-angguk,geleng-geleng TEMPUA,
Seperti memahami rasa hati,
 
Tempua berkata,
Sabarlah diri,
 
Kan...,
 
Mentari masih menerangi,
Pelangi masih lagi berwarna-warni,
 
 
Unggas pula masih riang menyanyi,
Takutkan apa?
Sesalkan apa?
 
Kufurkan apa?
 
Risaukan apa diri?
Diri terdiam,
 
Terdiam barangkali,
Senyum-senyum sekali-sekali,
Tiba-tiba,
 
Tempua pergi,
Diri sendiri lagi..
 
 
Kenapa...pergi?
 
Kenapa diri menyendiri lagi?
Tempuaaaaaaaaaaaaaa....

Suara hati menjerit ngeri,

Mulianya hatimu,
 
Jengukan tempua,
Meninggalkan bekas,

Dalam hati,

Moga-moga,

Tempua,

Dirahmati selalu,
 
Moga-moga,

Dicucuri rahmat nan abadi,
Moga-moga,

Kasih ilahi yang kau cari,

Moga bersemi dalam hati.

:)
Insan biasa transformasi luar biasa.

Nukilan, Kalamkudus92,1.45pm.

Hepy Bufday Bonda:)



Sanah helwa ya ummi!

25 mei 2011!
Ini kek Tiramisu..Kek yangku belikan khas untuk mak sebagai tanda Cik Qalam menyayangi bondaku..:)

Kasih sayang boleh di aplikasikan dalam pelbagai cara.Oleh itu, salah satu yang bolehku aplikasikan ialah membahagiakan bonda dengan memngingati tarikh lahirnya serta membelikan beliau kek.
Inilah kali pertama, kami menyambut hari lahir mak.Biarlah, saat ini yang berbaki berapa bulan lagi dirumah, Cik Qalam ingin berbakti pada bonda. Kerjayaku sururimah jadi memaksaku untuk berjimat cermat..hehehe,


Mak, hanya ini yang mampu ku beri..lain akak tak mampu,hehehhe, muah:)
Sayang bonda sangat-sangat..Kata mak, ...'mak tak beli pun kek untuk anak-anak..jawabku,tak payah pun mak,NI kek ni khas untuk anaknya kepada maknya...:)

Selamat hari lahir mak..kek ni ala koko sikit la..ntah mak suke ke tak..but,its ok.Cubaanku yang pertama membelikan mak kek.
Semoga dirimu diberkati Allah:)

Doakan anakandamu ini berjaya di dunia dan di akhirat.
AMIN.

Berusaha untuk menjadi anak yang solehah,walaupun tak berapa nak solehah lagi :)

Bermotivasi, Bersemangat, dan Bersunggguh-sungguh.

Siapa sukses?

SAYA DAN ANDA,HEBAT! ALLAH AKBAR!
Acap kali apabila berprogram kalimah, SIAPA SUKSES akan bermain-main di bibir para motivator mahupun juga peserta.

Rindu nak ulang, rindu nak cakap, rindu berprogram, rindu peserta, rindu rakan fasilitator, rindu ukhuwah, rindunya!
Mengimbau kembali temuduga Cik Qalam di IPG Raja Melewar, apakah cita-cita anda?

Jawapanku mudah.
Saya ingin menjadi seorang AHLI PSIKOLOGI..Ala-ala kaunseling, tapi menjurus kepada motivator..wah..wah..wahh..

Para panel temuduga pun tersenyum simpul penuh makna.Cik Qalam pula dengan semangat yang bersinar-sinar, tersenyum penuh yakin.:)
Moga cita-cita anda terlaksana dan tercapai. Selang sebulan, Cik Qalam pun dapat tawaran ke IPG Bangi, untuk Ijazah Sarjana Muda pendidikan Bahasa Arab sekolah rendah.

Alhamdulilah, namun, tawaran itu datang sejurus Cik Qalam membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir.Nak kara terkilan, adalah jugak, tapi untuk menepis rasa itu, Cik Qalam terus merujuk pada bondaku.
Jawapan mak mudah.

Pergilah Mesir.
Alhamdulilah. Zuss..ilang terus rasa terkilan milan ni..hehehhee...

Tapi, tak semangat juga...Pergi Mesir kawan-kawan perjuangan tak de..:(
Farah Hana, ke IPG Maktab Bangi, menolak tawaran Mesir.
Siti Athirah tak dapat..Comel pun tak juga..aduhai..hiba pula rasanya..
Tapi, ingatlah..

..kadang-kadang perkara yang kita rasa baik sangat tapi bukan pun yang terbaik sebenarnya,Dia ada rencana yang lebih baik..pada kita kita rasa berat, Tapi Allah takkan bebankan sesuatu keberatan melainkan ALLAH tahu dan yakin hambaNya mampu!..
Jadi istilah berat, terbeban, tak semangat, tak bermotivasi ni tak patut wujud dalam diri...walaupun kadang-kadang Cik Qalam pun rasa macam tu, huhuhuhu

Tapi....!!!!
Yang patut ada ialah kita perlu bersemangat, bermotivasi selalu dengan ayat Quran, insan hebat, Rasullullah,para ulamak,serta insan-insan istimewa di sekeliling kita..

Saat melangkah, kita akan melangkah ke hadapan, no turning point.
Saat tersungkur, bangun dan bangkit.Nak menangis boleh, but, jangan biarkan kita dikuasai rasa nangis sahaja..rasa lemah hati dan tak cekal

JANGAN!!!!
Kerana, manusia memang diciptakan dengan emosi.Tapi kita sebagai pengguna emosi harus bijak menguasai diri agar emosi tak berlebihan menguasai kita!


Kata -kata papatah arab, Berusahalah dan jangan malas, Sesungguhnya penyesalan akan datang kepada orang yang sentiasa bermalas-malasan.
So, Saya Nurzaleha Binti Ab Talib Sukses, Kaya, Berjaya, dan bahagia! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...