2021

Tak sangka masa memang makin mencemburui kita. tapi hakikatnya menulis masih lagi menjadi cita-cita dan impian aku dari dulu sampai sekarang..cuma,wadahnya saja yang telah berbeza..

Walaupun sudah lama tidak menulis di sini, aku tetap tidak dapat melupai blog ini. yang saban tahun, kekal berdiri utuh di sini, sedangkan aku sudah tua di mamah usia.

Hakikatnya, hidup ini masih panjang,, aku telah mempunyai tiga orang cahaya mata, suami yang baik, hidup yang lebih baik cuma kerjaya sahaja yang masih terumbang ambing.

Apapun, aku masih bersyukur. ..di tawarkan menjadi guru kafa, aku mempunyai banyak masa bersama keluarga..alhamdulilah.

Tahun 2021 ini, memang tahun yang mencabar. 

Isu pandemik covid 19 masih belom berakhir.

Isu PDPR yang hangat.

Isu kerjaya.


SEMOGA TAHUN 2021 INI IMPIAN AKU MENDAPAT JADI SEORANG GURU KPM DI MAKBULKAN ALLAH. AMINNNNNN

Untaian jiwa


Bismillahirahmanirrahim,

4 Dec 2019.

Kebetulan sungguh sis menulis pada tarikh ini. Tarikh lahir Zalika yang sangat kental dan semangat menghadapi cabaran hidup! Aku sentiasa akan doakan kau bahagia dengan apa yang kau buat. As long as mendapat keredhaan Allah, amin.

Bermula semalam, kepala sedikit pusing, rasa tekak mual dan hati pun berdebar-debar. Aku cuba istighfar,lama cuba menenangkan hati lama-lama surut juga rasa gusar hati..

Iya, aku selalu begitu..bila aku stress dengan sesuatu. Bila aku tak dapat nak menaip, aku akan tulis di status WS sebagai terapi sebenarnya walaupun tak de siapa pun kisah apa yang aku tulis. Cuma bagi aku, bila aku luahkan, sekurangnya minda dan hati aku lapang sedikit. Walaupun hakikatnya, kepala rasa nak pecah tak tertanggung..

Dan rasa sakit kepala itu tentu akan berlarutan beberapa hari, kesannya pagi ini pun aku masih rasa bengalnya lagi. Aku nak bercerita pada suami tapi sebabkan minggu ini minggu yang sibuk sebab nak tutup akaun..dia sampai rumah pun lewat..jam sembilam malam sampai..pergi awal juga, kadang 6. 30 pagi dah gerak ke Putrajaya..Dia bila balik rumah pun akan sambung buat kerja sampai 1.30 pagi. Takde masa nak dengar cerita aku yang terperuk hari-hari di rumah.

Aku tahu saja sebenarnya, waktu dia sibuk sekarang ni..jadi sebagai isteri kenalah tolak ansur kan? Haha, dan nak buat macam mana time dia sibuklah kepala aku asyik banyak nak fikir macam-macam benda..haih, tak membantu langsung..Masalah memang akan tiba menyerabutkan kita. Kalau tak, bukan masalah namanya..

Manusia mulut longkang itu banyak, jadi kena sentiasa cuba kuatkan hati walaupun rasa rapuh sangat..

Suami aku bila aku serabut, dia akan selalu cakap.. abang kan mampu nak tanggung ayang..tak yah fikir mulut orang lain..diorang tak tahu pun susah senang kita macam mana..

Dan sedikit sebanyak, kata-kata itu menjadikan aku kuat dan cuba bangkit dari kata negatif orang. Tapi, ujian datang berulang kali. Cuba untuk menjadikan kita kuat dan tabah. Cuba menguji keimanan dan Allah mahu kita meninggikan darjat dengan mendekatiNya.

Mungkin Allah nak tegur, dulu rajin solat malam, sekarang di mana?

 Dulu rajin berdoa, sekarang berdoa di mana?

 Berdoa di fb?

 Di status WS?..Allahuu

Dimana dhuhamu?

Dimana amalam mu?

Di mana mengajimu?

Allah memberi dugaan di saat mahu kita dekat kepadaNYA.. 

Saat Allah memberi, pasti akan lebih banyak lagi.

 Saat Allah menduga rasa tak tertanggung, tapi begitulah..tiada sesiapa pun yang akan kekal dengan kita melainkan Allah sahaja..

Allah lah yang mendengar sebaik-baik luahan..Allahu, lemah dan dangkalnya aku..

Semoga ada sinar pelangi selepas hujan ribut yang melanda hatiku ini.

Take care anD see you again,QQ92!

************************************************************

3 DEC- Alhamdulilah, adikku dah selamat melahirkan baby perempuan.

Petrosains on anniversary! :)


Bismillahirahmanirahim.

16/11/2019 ( yang ke enam)

Let the pictures speaks up..:P

Bertolak jam 7.30 pagi dari Rantau. Kami semua di jemput oleh kak long.

Bersarapan di RNR Seremban. Tiba di Petrosains jam 11.30 pagi. Semasa suamiku berhenti di Seremban depan Maybank.  Ada di jual bunga ros, ketika itu sis tak perasan pun dan langsung tak terfikir pun akan dapat sekuntum bunga ros. Syukur alhamdulilah atas segala nikmat suka dan gembira. Tq dear, as for my life this is the second time, i got the roses. First, at my brothers convo, second in this day.


Ambil gambar sebelum lupa nanti.
Masuk Petrosains bayar sebanyak Rm53.80 +- merangkumi tiga orang dewasa, dua orang kanak-kanak. Seorang 5 tahun dan seorang 2 tahun 5 bulan. Rasanya Furqan( 2 tahun) tak di kenakan bayaran. Pada aku, kos tiket ni berbaloi sangat berbanding masuk Aquaria KLCC. Sebabnya, harga tercekik leher kalau pergi Aquaria. Haha. Ok, jangan lupa naa bawak kad pengenalan. Kalau tak, caj harga warga asing nanti. Hehe.

First masuk je, lepas naik bebola hitam separuh tu, kita akan turun tangga dan diaorang akan tangkap gambar kita 5 kali. Macam biasa, dia akan suruh kita buat gaya sana sini, ikut sahajalah, nanti kalau nak, beli gambar tu.. Kalau taknak, pun tak pe.

Satu keping gambar besar + dua keping magnet peti ais + dua keping free gambar kecil dan nanti dapat download gambar kat email bersamaan Rm55.00. Pun rasa berbaloi juga. hee.


Bergambar kenang-kenangan di Petrosains.

  1. Okey, dengan angkasawan pula ambil gambar.










Okey, masuk je ada 12 seksyen.

  1. Space ( angkasa lepas)
  2. Time tunnel
  3. Geotime diorama
  4. Science section
  5. Sparkz
  6. Maker Studio
  7. Oil Platform
  8. Speed
  9. Play Lab
  10. Educators hub
  11. Future energy
  12. 3D theatre.

Gigih betullah menaip. Haha!

Kalau nak cerita satu-satu memang krem tangan  nak taip nanti. So tengoklah gambar.


Bila dah beli tiket, kita ada masa yang perlu di patuhi untuk masuk. Macam kami masa tiket masuk jam 12.15. So, sementara tunggu waktu nak masuk tiket, kami pergilah kedai cenderamata. Sudais dan Furqan beli dino lagi. kak long beli t-shirt untuk dia dan kanak-kanak. Kami berdua pun sama beli tshirt. Harga dia masih mampu milik.


Dah jalan sampai 8 seksyen, kami berhenti makan dahulu. Ok, pasal makanan ni, harga dia memang harga standard. Nak cakap berpatutan tu tak pastilah. HAHA! Contoh, donat coklat rm4.50(+-), bihun goreng+ telur rm5.00.. Bagi aku yang marhaen ni, sebab dah lapar, beli sajalah. HAHA.


Yang ni kat pelantar minyak. Sudais ni sekarang pandai nak bergambar. Mata dia tu nampak je suit ni, ambil , pakai dan cakap mak long take pictures, please! :P 


Yang ni kat tempat GEORAMA. Budak-budak memang teruja kat sini. nampak ada dino yang besar, yang bergerak-gerak, siap ada jambatan gantung boleh lalu. Okey, sangat best!


Ni boleh lah cuba, berbagai games dan equipments. Ok before lupa, dia tutup hari Isnin. Tapi public days dan cuti sekolah dia buka.


 Ni dino yang kat bawah lembah tu..

Kami masuk 12.15 tengahhari- jam 3.15 petang keluar. Kat dalam tu, ada saja surau dan tandas. Tapi orang ramai,jadi kami solat kat hotel saja. Menginap di Oasia Hotel. Dekat sangat, alhamdulilah. Trip ini mak long yang sponsor sebab meraikan Sudais yang dapat achievement dalam pelajaran. Kami pun kak long sponsor sebab anniversary. Tq so much kak long. :)

Bila kat hotel, kami naik grab saja bila nak pi makan. Senang, pantas, mudah dan tak stress hadap jem. haha!


 Nak cakap rezeki, dapat hotel yang ada ruang tamu besar, siap boleh masak. aduh, macam duduk kat Royale Chulan sangat!


Anak-anak keletihan dah.


Abang yang still nak minum botol lagi,huhuu.


Malam, sebab semua perut nak makan nasi tambah lauk kampung. Jadi kami makan kat Bukit Aman, Chef Ismail punya restoren. Kat sini Buffet. Dewasa RM53.  kanak-kanak atas 5 tahun dia caj. Kami masa datang tu, diorang caj tiga dewasa sahaja. anak-anak free, tapi pendapat aku, bagus buat ,macam ni.. anak-anak kan..apalah dia makan sangat..

Ada macam-macam makanan, gulai ikan, gulai ayam, patin tempoyak, berbagai hidangan nasi-mee- lauk pauk-sate-roti canai-ayam bakar-air-abc- eh banyak dan berbaloi sangat-kuih muih lagi. Bagi yang cita rasa kampung macam sis, boleh pergi. Macam kami, walk in sahaja. Cuma ada baik,kalau call.. sebab takut penuh dengan reservation orang lain. Untuk makan dan grab, suamipunya turn bayar. HAHA!




Kamera sis ni ada ini sahaja gambar elok tentang restoren ni. Nama dia Restoren Rebung Chef Ismail. Untuk info, Chef Ismail ni chef selebirti tulahh.. Beliau memang orang negeri, so piao sangat rasa makanan dia..huhu..

 Bila dah selesai makan, kami pi menara Kuala Lumpur tangkap gambar pula, then balik hotel. Bila anak-anak dah tidur, ummi abi pergi jalan kaki pergi Menara berkembar berdua-duaan sambil menikmati waktu pagi tengah malam di ibu kota dan balik singgah pula Family mart. kahkah, hancuss diet!

Oklah, done for today post.  :) 

Sudaisy endless story

Bismillahhirrahmaniirahim,

1 December 2019

Sudah dua cuti sekolah bermula, 23hb sahaja Sudaisy dah pulang ikut pak su balik kampung. Dan sudah tentu, Sudaisy akan banyak di utamakan oleh uwan berbanding pak su. Haha! Kami memang dah berjanji, kalau cuti skolah panjang bermula barulah Sudaisy boleh balik kampung.

Janji di tunaikan,maka umminya kena tinggal dengan Furqan di Rantau. Sebab abi kan kerja 5 hari seminggu. hehe

27hb, wan bawa Sudaisy pergi Family day di bawah GPW( Gerakan Persatuan Wanita) di Qashrina Puteri homestay,Pantai Puteri, Melaka. Ok, sangat menarik sebab 24 jam dia duk bergmabar dengan dino sahaja. Mandi kolam, berjumpa kawan baharu, bermain sukaneka. Pendek kata, ada sahajalah idea dia kat sana. Alhamdulilah sangat dia tak buat perangai.



Gambar tiada kaitan pun dengan hotel tu, sebabnya handphone ummi bermasalah. Kalau ada gambar orang share tak boleh reshare :( Makanya, yang ada dalam memory ialah gambar yang kita tangkap sendiri atau save sahaja. GRRR..

Ringkasan 2019


Bismillahirrahmannirrahim,

Secara ringkasnya, ini kronologi yang perlu di ingati dan titik tolak kepada perpindahan ke fasa baharu.


Mac 2019- Suami telah di hantar berkursus ke Putrajaya selama 4 bulan dan Sudais juga telah bersekolah di Pasti Tahfiz Pintar, Rantau untuk usia 5 tahun. di sebabkan, masa abi yang bekerja awal pagi dah pergi ke Putrajaya dan balik malam. aku membuat keputusan untuk bercuti tanpa gaji di Baitulmal Gemas.


Dalam masa yang sama. aku juga membuat permohonan untuk mnjadi Guru Sandaran di Seremban. Perancangan Allah itu, aku kira cUkup sempurna. Seminggu selepas permohonan aku di hantar, PPD Seremban telah menghubungi aku dan meminta untuk aku melapor diri di SMK Senawang pada 11 Mac 2019 sehingga Mei.


Cerita memulakan karier baharu ini aku akan buat posting lain. Sebab dah nama pun post ini, ringkasan sahaja sebab mewakili setahun yang aku tak tulis ekoran blog hacked.


Tamat sahaja guru ganti di sana, suami aku masih lagi tak habis posting kat Putrajaya. aku mendiamkan diri dari Baitulmal, tak pasti nak buat keputusan macam mana. Akhirnya, waktu itu sedang mingu akhir Ramdhan, aku berdoa kepada Allah semoga aku redha dengan segala keputusan yang bakal aku ambil.


Jun 2019 ( Raya Aidilfitri) turn raya di Rasah, Seremban. Kemudian, selepas beberapa hari baru pulang ke Pasir Besar. hari pertma di Pasir Besar sahaja aku dah tergelincir dan kesakitan itu berterusan sehinggalah ke beberapa hari.


Habis beraya di PB, tiba di Rantau hari Rabu. Esokknya, ingat nak puasa enam, tapi bangun sahur bleeding. ( aku fikirkan ini mesti gugur sebab haid aku tak pernah lewat). tak jadi puasa, dan tunggu suami pulang dari Putrajaya


Jumaat- di bawa ke Hospital dan doktor sahkan gugur..


Berehat di rumah dua minggu dan kemudian berkhidmat pula ke SMK Methodist ACS, Seremban.


Ada cerita  sampai aku tertekan sangat bila gugur, tapi aku simpan lagi. Biar Allah sahaja mengetahui hati hambanya cuba belajar redha dan sabar dengan mulut bawang.


Tamat kontrak 3 Oktober, maka menjadilah aku seorang pekerja sektor oil and gas, nurse, doktor, isteri dan umi. hehe. Suri Rumah tanggalah! hehe. Aku bersyukur dan aku gembira. Alhamdulilah.


1 Oktober - mula eat clean

3 Oktober itu juga Sudais ikut rombongan kali pertama bersama kawan-kawan di A famosa.


5 November- abi sakit dan kena jaga seminggu. dia mc juga due to diebetis dan bisul. hmmm


11 November- graduasi Sudaisy 5 tahun di Kompleks Pas, Ampangan.


16 November 2019- Sambut anniversary kami yang ke 6. Melancong ke Kuala Lumpur, Petrosains, Menara Kuala Lumpur, checkin hotel Oasia sampai lupa esoknya Sudaisy punya hari graduasi dan jamuan akhir tahun di Masjid Rantau. aiyooooo


27 November- Cuti sekolah bermula dan dia balik kampung.


Ada banyak tapi will sharing again



Getting my treassure blogs, again:)


Bismillahirahmannirahim..

Masya Allah, syukur alhamdulilah. getting my blogs again after too many obtacles..

Hampir setahun rasanya dia bersarang selepas aku tekad mencurahkan semua isi hati, drama dan kenangan di sini. Syukur alhamdulilah. syukur.!

So, this is post of appreacition. Testing, ummusudais is coming for real and fresh starter. insya ALLAH!

Lawatan Furqan ke ladang binatang

Bismillahirahmaniirahim,


Sejak Furqan di asuh oleh pengasuh lain, kerana acik eton tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada anakanada kerana menjaga iparnya yang sakit dan anaknya yang baru melahirkan anak...aku terpaksa mencari pengasuh baharu.

Acik Mai ni memang tinggal agak jauh, jadi aku keberatan sebenarnya nak hantar,,tetapi apakan daya,semua yg aku minta tuk jadikan pengasuh, semuanya tak boleh...dan aku hantar juga kepada cik Mai walaupun berat hati.

Tetapi, Allah punya percaturan sangat baik. Kita sangkakan benda yang buruk itu rasanya tak baik, tetapi itulah yang terbaik untuk kita.

Acik Mai ni baik, dan idioms dont judge the book by its cover ternyata benar.. menjaga Furqan seperti anaknya sendiri, bawa dia kemana-mana dan aku bersyukur atas nikmat Allah..Alhamdulilah..

Semalam, Cik Mai bawa furqan jalan-jalan ke Bukit Rokan di sanalah tempat suaminya bekerja.. Aku juga tak tahu dimana tapi memang best tengok gambar yang di hantar cik Mai.. 

jom, cekedot,hehe.

Budak kenit yang comel

sukala tu jenjalan

famly pengasuh yang baik

bergambar dengan unta

yeahh, takut dengan burung unta

nangiss :( haha

gembiranyaaaa

takut juga dengan kuda :D

Furqan agaknya takut tengok binatang besar-besar ni, tu yang menangis..hehe
ok, bye.



Tragedi gigi patah

Bismillahirahmannnirahim,

Semasa bercuti di Terengganu dan baru sahaja check in di Grand Puteri, Terengganu.. Mahu mandikan anakanda yang bertuah ini.. well, anak anak bila masuk bilik air sudah tentu sangat suka bermain air.

tak semena mena furqan tergelincir dan jatuh terlangkup. aku segera menyelamatkan furqan, tetapi giginya telah patah separuh. dan percutian memang spoil sebab furqan dah meragam. kesian, anak umi. bila pulang ke negeri sembilan..isu gigi furqan memang hot. Penat umi nak ceritakan satu-satu.. dan of course, abimu marah umi..adohailaaa anakanda...

Sekarang sudah lebih dua bulan berlalu, ajaibnya,gigi furqan tak jadi rongak. alhamdulilah.

 hari kejadian

sekarang, nampak seperti patah siket je.



Cuti-cuti Kelantan

Bismillahirahmanirrahim,

love

Syukur kepada Allah kerana memberi peluang dan pengalaman merasa bermusafir ke negeri orang. Kelantan, negeri tumpah kelahiran almarhum Nik Aziz.

Alhamdulilah.

Tanggal 22hb, adinda Nabirah telah menjalani konvokesyen di UMK Pengkalan Chepa,kemudian di susuli adinda Nazmi tanggal berikutnya iaitu 24hb Okt di UMK,Pengkalan Chepa.
adinda Nabirah, konvo isnin


Kami menyewa homestay deeja, di Bachok. Alhamdulilah, selesa dengan rumah dan ruang tamu yang luas dan besar. Tiga bilik yang sederhana besar, dua daripadanya bilik berhawa dingin. Suasana sawah bendang di belakang rumah, di tambah dengan kerbau, itik dan bangau menggamit kenangan kembali.

adinda Nazmi, Rabu konvo.

Negeri kelantan, serambi mekah. penuh dengan sifat tawadhuk ahli ilmu dan kesederhanaan penduduk yang menerima pembangunan setempat seadanya. 
big family

Menariknya di Kelantan, pelbagai makanan nasi kak wok, nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu dan kuih muih pelbagai bentuk dan rupa,rasa sedia terhidang. pendek kata, tak susah nak cari makanan di sini. Makanan pun murah dan senang di dapati.

husband and wifey

mydin terengganu

Antara tempat makan yang menarik untuk di review,

Nasi ulam cikgu,
nasi kerabu kak ma,
nasi kerabu kambing,
pantai senok, gerai makan coconut shake oreo, magggi tiram, udang celup tepung.

Tempat yang di kunjungi,

Pasar khadijah
pantai senok
pantai irama
pantai pcb
umk pengkalan chepa
Pengkalan kubor
Khota Baru.

ok, nak post gambar.

dua ketul heros

Bonda sayang

Pantai Batu Burok, terengganu


 Pantai Senok, Bachok





20 September 2018


Bismillahirahmaniirahim,

"Ingat tak hari ini hari apa sayang?"

Aku pun berfikir sehabis baik, emm hari ini 10 muharam kenapa? anibersary ke tapi 12 muharam kalau bulan islam..hmmm apa ya?

Dan tetiba kenangan pahit menerjah fikiran, ia tarikh inilah tarikh suamiku tidak di sambung kontrak ptptn nya. Bagaimana dengan airmata dia memandang aku dan anak-anak. Bagaimana dengan perasaan yang lemah gemalai dia menunggu berhari-hari apakah ada deringan talifon dari HQ untuk dia kembali bertugas. 

Tetapi tiada.

Diam,terjeda dia berhari-hari. 

Setelah dua minggu, masing-masing saling mengumpul kekuatan untuk menghadapi cabaran ujian yang Allah beri. Aku memujuk memberi semangat supaya kita bersabar dan bertabah atas ujian Allah yang besar ini. 

Memujuk suami supaya terus move on dengan kisah hidup pahit yang realiti ini.

Apa tidaknya, aku tidak bekerja. Furqan baru berusia 3 bulan dan Sudais makin meningkat besar. Kami ada hutang peribadi yang perlu di bayar setiap bulan. ada bayaran pinjaman yayasan yang perlu di jelaskan. ada bayaran duit motorsikal yang perlu di jelaskaskan. Ada duit sewa rumah yang tak terbayar, bahkan duit pula telah susut sedangkan kami tiada langsung simpananan!


Terasa hidup ini gelap seperti tidak namapak jalan. Tiba-tiba mak hadir memberi cadangan, pulanglah ke Pasir Besar. Tinggal dengan emak kembali.

Cadangan yang menyebabkan suami aku malu kerana terpaksa menumpang kasih emak kembali. dan itu bermakna mak yang bakal menanggung semua kos kami.

Caturan Allah itu sangat cantik sekali, apabila tiba-tiba Ustaz Shukri menelefon menawarkan kerja sebagai EPD di Baitulmal Gemas. Alhamdulilah. cantik sekali!

Bulan Oktober sepatutnya aku mulakan kerja tapi ada beberapa perkara yang buat aku perlu selesaikan dahulu, maka November baru aku lapor diri. apapun, alhamdulilah atas segala nikmat.

November juga suami menerima panggilan iv SPA untuk jawatan kerani dan juga bahagian kewangan.

dan lewat Januari 2018 keputusan dia keluar dan lulus berjaya,kembali memelukku saat aku sudah lewat untuk bekerja. syukur ya Allah atas segala nikmat.

Sepanjang aku bekerja, aku suruh suami yang menjaga anak-anak. dia yang menghantar dan menjemput aku daripada bekerja. Dan, dia telah sedaya upaya berusaha mencari pelbagai pekerjaan namun jawapan yang hampa sahaja, sehingga tekadnya untuk bekerja di KFC Gemas dan pagi itu dia mendapat jawapan iv yang lulus. aku berasa sangat gembira.

Benarlah, doa orang yang di aniaya itu makbul, jangan sesekali menganiaya orang. Semoga awak-awak semua diberi hidayah dan Allah sahaja yang akan membalas perbuatan terkeji itu. aminn
 















Mee goreng mamak

Bismillahirahmanirahim,


Bahan-bahan:


Mee kuning

3 ekor sotong
Udang saiz kecil segenggam 
Fish ball
Fish cakes
Taugeh
Daun kucai
Sebiji telur
Sos tiram
Cili kisar
Kicap
4 biji bawang merah kecil ( ditumbuk bersama garam kasar)
4 biji bawang putih ( di tumbuk bersama garam kasar)

Cara-cara membuat : 



  1. Basuh mee kuning supaya rasa kapur dapat di nyahkan.
  2. Panaskan minyak masak secukupnya.
  3.  Tumis bawang yang telah di tumbuk sehingga naik bau dan garing.  Masukkan fish ball, fish cakes, sotong dan udang. tumis lagi sehingga garing dan naik bau.
  4. Masukkan telur sebiji dan goreng sehingga masak dan garing,
  5. Tumiskan cili kering yang di kisar mengikut jumlah pedas yang di ingini.
  6. Masakkan cili sehingga garing supaya tidak sakit perut nanti.
  7. Masukkan sos tiram secukup rasa,perasakan segala rendah jika tidak cukup garam,maka tambahkan garam secukup rasa
  8.  Masukkan mee dan gaul rata. Setelah gaul sebati, masukkan taugeh dan daun kucai.
Siap!

Dan buat mee goreng basah ni setelah beberapa kali try error, macam macam cara ubai suai akhirnya jadi.

Sebab buat ni nak mengurangkan suami supaya tak pergi kedai mamak lagi,ahhahhaa.

Ok, bai:)


#ummiiscubarajin 


Sagu gula merah

Bismillahirahmanirahim,

Saja nak share resepi supaya dapat bantu orang lain sama -sama memasak dengan sedap dan cinta.


  1. Sagu segenggam di rendam seketika
  2. Selepas di basuh, di rebus dalam periuk dan letak air lebih kurang sejengkal siket dari paras sagu yang di rebus. letak pewarna merah, kuning, hijau kalau suka.
  3. Rebus sehinnga hilang warna putih berbiji dan angkat dan letak dalam bekas, letak dalam peti ais dan sejukkan
Gula melaka

  1. Cairkan gula melaka tu mengikut banyak gula yang kita mahu mengikut jumlah sagu.
  2.  Letak daun pandan untuk wani.
  3. Selepas betul-betul gula melaka cair, angkat dan letak dalam botol simpan dalam peti ais.
Susu.

Saya menggunakan susu menggantikan santan sebab rasa sedap.

Bila cuaca panas, maka letakkan sagu tadi, kemudian gula melaka mengikut jumlah manis yang kita mahu dan tuangkan susu sejuk, dan memang walllaaaahhhhh makan sejuk dalam keadaan cuaca yang panas



Hari masak sedunia

Bismilahhirahmanirahim.

Taktahu la kenapa macam trigger nak post semua aktiviti kat blog,sebab macam nak jadikan macam diari sebenarnya. Supaya suatu hari,aku akan ingat semua benda yang pernah aku buat dan apa yang pernah lalui dan semoga anak, dan suami pun akan baca di saat aku sudah tiada nanti.

Tiada buku diari yang aku dapat tinggalkan,selain tulisan tulisan yang berjiwa besar dan kadang kecil untuk tatapan semua.

31 OGos 2018,jatuh pada jumaat,sabtu ahad Dah memang cuti. Dan setiap kali cuti,memang aku ada aim aku sendiri apa yang nak di capai. Maka,sepanjang tiga hari ,memang memasak sahaja kerjanya..


Mee goreng mamak
Nasi goreng cili api
Sagu gula melaka
Donut coklat
Kari daging

Semua yang aku buat semua untuk bahagiakan keluarga.terinspirasi dari semua chef yang suka masak dan Letak gambar bekal for the beloved ones.

Semoga ummi sentiasa rajin masak dan mencuba masakan baharu.amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...